Ilmu rasa itu, ada tujuh tahap atau
tujuh makam.
1) Maqam taubat
2) Maqam wara’
3) Maqam zuhud
4) Maqam fakir
5) Maqam sabar
6) Maqam tawakkal
7) Maqam ridho
Ketujuh-tujuh tangga (maqam) itu, adalah melibatkan penyucian hati secara
kesufian (pemurnian hati secara makrifat). Tujuh pemurnian hati diatas, adalah
penyusian hati mengikut turutan tertib dari satu maqam kepada suatu maqam. Setiap tangga penyusian hati itu, adalah bertujuan untuk sampai kepada tahap
tercapainya “pembebasan hati dari segala ikatan dunia”. Bertujuan untuk
mencipta kedudukkan atau suasana hati yang tidak lagi terpandang makhluk!.
Suasana hati orang-orang yang berada didalam ketujuh-tujuh maqam tersebut
itu, adalah orang yang memandang bahawa setiap apa yang dicipta oleh Allah dan
setiap apa yang belum tercipta itu, tidak lagi beharga dihatinya. Tidak beharga
itu, seumpama tertanggalnya sehelai bulu romo dari tubuhnya!. Tamak kepada dunia
atau tertilik hati kepada makhluk itu, merupakan mata pedang yang sedang
membunuh kehidupan para sufi!.
Kehidupan seorang ahli makrifat atau seorang ahli sufi itu, adalah orang
yang merdeka jiwanya dari tertilik makhluk!. Untuk menikmati ketujuh-tujuh
tangga ilmu rasa itu, adalah mereka-mereka yang sanggup membelakangi selain
Allah secara mutalak atau membelakagi dunia secata total. Rasa makrifat kepada
Allah itu, “tidak boleh dimadu” dengan mahluk!. Rasa ingat kepada Allah itu,
tidak boleh dimadu dengan ingat kepada makhluk!.
Tidak mungkin tercapai hati seseorang untuk sampai kepada tahap penyucian
hati dari ikatan atau belenggu dunia, selama dunia atau selama sifat makhluk
ini masih terlekat dihatinya!. Untuk meyisihkan hati dari tertakluk kepada dunia
itu, hendaklah melalui tujuh maqam rasa atau tujuh martabat rasa!. Selepas
melalui tujuh maqam taubat itu, barulah datangnya ilmu “rasa”.
Beza rasa orang awam berbanding rasa orang makrifat itu, adalah
Rasa makrifat orang awam itu, adalah diatas dasar “terlepas dari dosa-dosa”.
Manakala rasa makrifat orang makrifatullah itu, adalah diatas dasar “tidak
lalai dari mengigati Allah!”.
Untuk sampai atau untuk melalui ketujuh-tujuh anak tanggak atau tingkatan maqam
rasa, hendaklah melalui tujuh peringkat.
1) Rasa Melalui Taubat.
Perkara taubat itu, bukan sahaja diajar oleh agama Al-Quraan, malahan diajar
juga oleh agama-agama Injil, Taurat dan Zabur. Semua 4 kitab terdahulu
memulakan ilmu dengan upacara taubat.
Taubat Orang Awam
Taubat bagi golongan orang-orang awam (golongan feqah) itu, adalah dengan
melafaskan ucapan penyesalan. Sesal pelangaran atau ketidak patuhan kepada
perintah Allah. Dengan menghentikan “seketika” perkara-perkara yang
mendatangkan dosa. Dengan berjanji untuk menghentikan seketika dan berjanji
untuk tidak megulangi doda buat “seketika”. Bilamana gagal memenuhi sumpahnya,
lalu mereka memuhun ampun pada Tuhan. Bertaubat orang awam sebanyak 67 kali
satu hari, namun mengulangai berbuat dosa sebanyak 167 kali satu hari.
Bertaubat lagi dan buat lagi, ini taubat golongan orang awam (orang yang
berilmu syariat atau feqah).
Taubat Orang Makrifat.
Manakala taubat bagi golongan yang berilmu makrifat atau yang berilmu
hakikat itu, adalah bertaubat mereka atas kelalaian terhadap Allah Taala.
Dipandang berdosa besar kiranya mereka lupa, lalai atau alpa kepada Allah
walaupun sesaat!.
Taubat orang makrifat itu, adalah bererti mengalamani “mati didalam hidup!”.
Dari Mana Asal Datangnya Dosa, Sehingga Memaksa Kita Bertaubat?
Dosa itu, bukan sesuatu perkara yang baru dan dosa itu, bukan pendatang yang
terjadi kemudian!. Dosa atau pahala itu, sesungguhnya datang secara semulajadi
bersama-sama dengan diri kita sedari azali!.
Segala perbuatan yang mendatangkan dosa atau pahala itu, adalah datangnya
dari ketetapan Allah.
Untuk membuang atau untuk mendatangkan dosa itu,
sesungguhnya adalah datannya dari Allah. Kita selaku makhluk yang dijadikan,
tidak berdaya untuk mendatang atau membuangkan dosa!. Untuk itu, mari kita
serahkan diri kepada Allah, semoga diri tidak lagi menanggung dosa!.
Bukan hanya pahala datangya dari Allah, sesungguhnya dosa dan taubat juga
adalah datangnya daripada Allah!. Taubat, dosa atau pahala itu, sesungguhnya
adalah datangnya dari anugerah atau datangnya dari kurnia Allah. Taubat itu,
sesungguhnya anugerah Allah. Datangnya taubat itu, sesungguhnya adalah dari
Allah kepada manusia, tidak dari manusia kepada Allah. Datangnya perasaan
penyesalan atau tercetusnya perasaan menyesal itu, adalah dari Allah, bukan
datangnya dari diir sendiri!.
Jika boleh saya bertanya kepada tuan, siapakah yang menjadikan diri kita dan
siapakah yang menjadikan perbuatan kita?. “Wallah hu Kholakokum, Wamatakmalun”
(Aku jadikan kamu dan apa-apa yang kamu perbuat). Sesungguhnya taubat itu,
bukan datangnya dari diri kita, tetapi datangnya dari Allah. Taubat yang
datangnya dari Allah itulah, yang dikatakam sebenar-benar taubat!.
Bilamana taubat itu datangnya dari diri kita, itulah makanya setiap 67 kali
bertaubat yang masih melakukan dan mengulangi perkara yang sama itu adalah 167
kali. Iaitu banyak mengulangi dari yang bertaubat.
2) Maqam wara’.
Wara’ itu, adalah meninggalkan perkara yang syubhat. Iaitu meninggal atau
menjauhi segala perkara yang belum jelas atau perkara yang belun nyata, samaada
dalam hal yang haram atau yang halal.
Didalam Islam wara’ itu, adalah langkah kedua sesudah taubat!, menandakan
bahawa Wara’ itu, adalah suatu perkara yang penting bagi menerbit pembenaan
mental untuk membersih hati dari ikatan dunia.
Wara’ itu, ada dua tingkat;
1) Pertama: wara’ dari segi zahir.
Erti wara’ dari segi zahir itu, adalah tidak bergerak, kecuali bergeraknya kita
itu, adalah hanya untuk beribadah kepada Allah dan hanya untuk taat kepada
ketetapan Allah.
2) Kedua adalah wara’ batin atau warak hakiki.
Erti wara’ hakiki itu, adalah bilamana tidak masuk dalam hatinya kercuali Allah
Taala.
Wara’ itu adalah meninggalkan perkara-perkara yang berbau syubhat (perkara
yang belum jelas) kepada perkara yang sudah jelas, terang, nyata dan diyakini.
Orang wara’ itu, adalah orang melakukan perbuatan ibadah dengan benar-benar
mengenal Allah Taala. Bukannya ibadah yang sekadar memperlakunkan atau ibadah
dibuat-buat sebagai memenuhi tuntutan budaya, tanpa mengenal siapa yang
disembah!.
Wara’ itu, adalah orang mengerjakan sesuatu ibadah dengan jelas terlihat,
terpandang dan tertilik Allah dalam setiap pekerjaan ibadah yang dilakukan.
Tahu dari mana datanngnya ibadah dan tahu pula siapa yang mengerjakan ibadah!.
Orang wara’ itu, adalah orang yang tahu bahawa datangnya ibadah itu, adalah
dari Allah dan yang mengerjakan ibadah itu, adalahjuga bukan dirinya!.
Ibadah oranng wara’ itu, bukan dari Allah kepada Allah atau dengan Allah.
Perkataan dari Allah, kepada Allah dan dengan Allah, semua itu hanyalah
perkataan istilah!. Istilah itu, adalah perkataan yang sekadar memberi makna,
tidak memberi kenyataan. Untuk mengelak beribadah dengan hanya sekadar
beristilah, kita hendaklah membuang perkataan istilah dari Allah, kepada Allah
atau beserta dengan Allah.
Beribadahnya orang wara’ itu, adalah beribadah yang bukan datangnya dari
perkataan dari Allah, kepada Allah atau beserta Allah, sudah tidak ada istilah
perkataan dari, kepada atau besereta Allah, tetapi ibadah mereka-mereka yang
benar-benar wara’ itu, adalah ibadah hanya Allah, Allah, Allah………………………………
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian, cuba tuan-tuan
dasarkan atau asaskan perbuatan ibadah tuan-tuan, apakah datangnya kerajinan
ibadah kita itu, datangnya dari diri sendiri?. Apakah ada kuasa kita untuk
mengerjakan ibadah, jika tidak sedia tertulis dan jika tidak sedia terecatat
dari semulajadi di dalam kitab luh mahfuz?. Cuba jawab?…………………………….
Ibadah atau amal kita itu, bukan datangnya dari rajin atau usaha kita,
tetapi datangnya dari Allah!. Wara’ itu, adalah perkara yang tidak masuk dalam
hatinya kecuali Allah, Allah dan Allah……………………………………..
3) Maqam Zuhud
Zuhud itu ertinya, tidak tamak, tidak mengutamakan atau tidak berkeinginan
kepada kepada balasan, upah, imbuhan atau ganjaran!.
Dalam maqam zuhud, kita dikehendaki menjauhi dari perkara-perkara syubhat
(perkara-perkara yang mendatangkan was-was). Manakala didalam perkara zhud
pula, kita diasas atau didasarkan kepada tidak tamak kepada dunia, tidak harap
kepada balasan, ganjaran atau inbuhan dari pekerjaan amal ibadah yang kita
kerjakan!.
Zuhud itu, selalunya kita sasarkan kepada menjauhi atau tidak berkeinginan
kepada perkara-perkara dunia sahaja tetapi menurut sudut pandang ilmu makrifat.
Zuhud itu, adalah termasuk kepada perkara-perkara akhirat seperti balasan
syurga atau takutkan neraka!.
Zuhud itu, selalunya kita hanya disogok atau diperdengarkan kepada
perkara-perkara dunia sahaja. Seumpama menghindari diri dari berkeinginan
kepada perkara-perkara keduniaan. Ada yang sampai tidak mahu pakai kereta, ada
yang sampai tidak mahu beli sofa (sanggup duduk atas lantai) dan ada yang
sanggup berhenti dari bekerja dengan kerajaan, katanya wang gaji dari kerajaan
itu, datangnya dari hasil perkara shubhat. Ada yang menjauhi diri atau
mengasingkan diri daripada bergaul dengan masyarakat!.
Ada yang mendakwa bahawa hanya dengan cara menjauhi diri dari dunia dan dari
masyarakat sahaja yang membolehkan kita berzuhud!. Dengan menolak terus
keduniaan. Ada yang sanggup tidak beli talivisian dan membiarkan anak isteri
tidak tengok TV. Ada yang sanggup me;lihat rumahnya tidak ada sofa, semata-mata
untuk berzuhud.
Zuhud itu, bukan dengan menolak pakai baju ala Melayu dengan memakai baju
ala-ala Afghanistan!. Zuhud itu, bukan berdiri didepan orang ramai dengan
mengeluarkan kayu sugi!. Uhud itu, bukan dengan memakai jubbah atau sarban.
Buykan dengan cara menarik diri untuk tekun beribadah atau menghindarkan diri
dari berkeinginan menikmati kelazatan hidup didunia!.
Zuhud Menurut Sudut Pandang Ilmu Makrifat
Zuhud menurut sudut pandang ilmu makrifat itu, bukan sahaja perkara-perkara
sebagaimana yang tersebut diatas. Zuhud menurut pandanngan ilmu makrifat itu,
adalah “kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput atau dari apa yang
terlepas dari kita” dan “ Kamu jangan terlalu bergembira terhadap apa yang diberikanNya
kepada kita”.
Firman: 57 : 23
Orang zuhud itu, tidak bergembira dengan adanya dunia dan tidak berduka cita
dengan adanya akhirat. Pengertian atau tafsiran zuhud itu, tidak sahaja
berkisar kepada menghindari kelazatan atau kenikmatan hidup didunia sahaja.
Kebanyakkan ulamak hanya selalu mengetegahkan cerita-cerita zuhud yang berat
sebelah dan hanya condong kepada tafsiran feqah. Dengan menceritakan seumpama
contoh cerita Abu Sulaiman Al- Darani, katanya sufi itu;
“sufi itu, suatu ilmu yang sehingga tidak boleh untuk mengenakan (untuk
membeli) kain suf dengan wang ditangan 3 dirham untuk membeli barang yang
beharga 5 darham”.
Cerita-cerita seumpama ini, hanya mengisahkan perkara untuk meniunggalkan
dunia. Sedangkan siapakah yang menceritakan dengan cerita-cerita tentang untuk
tidak melupa dan melalikan Allah?. Siapa yang memandang zuhud dari sudut
Allah?, siapakah yang memperjuangkan Allah, melainkan rata-rata yang kita
temuai, hanya memperjuangkan zuhud dunia dengan langsung tidak meyentuh zuhud
Allah.
Sedangkan menurut sudut pandang atau menurut tafsiran ilmu makrifat, zuhud itu,
adalah menghendaki supaya kita menghindari sesuatu selain Allah.
Barang siapa yang ingin tahu lebih lanjut dan lebih mendalam, mari ikut saya
kita sama-sama mengharungi, menyeberangi dan menghayati ilmu makrifat Tok
kenali. Maksud, erti dan makna sebenar-benar zuhud itu, adalah bilamana sampai
kepada tahap “tidak ada lagi yang hendak dizuhud”. Jika masih ada
perkara-perkara yang hendak dizuhudkan, tandanya masih ada dunia, bilamana
masih ada dunia, ertinya jauh dari Allah, bilamana jauh dari Allah bermakna
belum berzuhud.
Jika masih duduk dalam keadaan berzuhud (membuang dunia), bererti dunia
masih ada terlekat pada tubuh akalnya!. Selagi berpaut hati pada keberadaan
dunia, selagi itu belum berzuhud. Zuhud itu, setelah tidak lagi berpaut hati
pada dunia. Inilah yang dikatakan zuhud, mengikut fahamanan ilmu makrifat.
Zuhut itu, hanya bagi mereka-mereka yang belum nyata Allah. Dunia dan diri bagi
orang makrifat itu, sudah lama terkubur dan terkaram dalam wajah Allah, yang
tidak ada apa lagi hendak dizuhudkan!. Setelah Allah nyata dalam hatinya, sudah
tidak ada lagi yang hendak dizuhudkan.
Saya ulangi sekali lagi bahawa, zuhud bagi orang feqah itu, adalah bererti
mengasingkan diri dari kehidupan dunia untuk bertekun kepada ibadah dan
menjalankan latihan rohani, seumpama menjalankan ibadah puasa, menjaga makan
minum, berzikir dan sebagainya, demi memerangi keinginan hawa nafsu.
Adapun zuhud orang makrifat itu, adalah bererti tidak lagi ingat selain Allah.
4) Maqam Faqir
Mengikut tafsiran ilmu feqah, fakir itu adalah miskin. Meskin seumpama tidak
punya wang, rumah, tanah tidak punya makanan untuk dimakan dan sebagainya.
Manakala fakir menurut suluhan ilmu makrifat itu, adalah mengosongkan
seluruh fikiran dan harapan dari kehidupan masa kini dan kehidupan yang akan
datang dan tidak menghendaki serta tidak berkeinginan apapun kecuali Allah!.
Fakir yang lenyap sifat kesedaran keberadaan diri sendiri selain Allah.
Fakir menurut suluhan makrifat itu, bukan merujuk kepada fakir miskin yang
tidak punya harta atau wang ringgit. Fakir itu, boleh terjadi kepada seorang
jutawan, seorang Raja atau seorang yang memiliki bank sendiri. Fakir itu, bukan
ukurannya pada wang ringgit!. Fakir yang sebenar-benar fakir itu, adalah orang
yang bilamana hatinya tidak kepada yang lain selain Allah. Fakir itu, adalah
orang yang tidak membutuh, berkeinginan atau tidak berkehendak kepada sesuatu
apapun selain Allah!.
Untuk memahami sifat fakir, mari kita imbas kembali sifat wara’. Wara’ itu,
adalah tidak masuk kedalam ingatan hatinya kecuali Allah. Manakala zuhud itu,
adalah meninggalkan sifat keakuan, meninggalkan sifat makhluk dan sifat dunia
kepada segala-galanya terlihat, ternampak dan tertilik Allah.
Adapun sifat fakir itu, bukanya fakir dari segi kekurangan wang ringgit!.
Yang dimaksudkan fakir dari sudut suluhan ilmu makrifat itu, adalah fakir dari
terlihta adanya sifat keberadaan diri atau masih ada sifat keakuan!. Tidak
punya apa-apa termasuk tidak berkeinginan dan tidak berkehendak selain Allah!.
Kita sambung nanti ya.....
ada di dalam KITAB MAKRIFAT TOK KENALI