بِــــــسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيـــمِ

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG DI STIKOM MUHAMMADIYAH BATAM - RAIH MASA DEPANMU BERSAMA STIKOM MUHAMMADIYAH BATAM - TERDEPAN - MODEREN - DAN - ISLAMI, - KALAU ADA KRITIKAN YANG MEMBANGUN SILAKAN DIKIRIMKAN KE KAMI - DAN TERIMAKASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

RUKUN ISLAM

RUKUN ISLAM : 1. DUAKALIMAH SYAHADAT, 2. SHOLAT, 3. PUASA, 4. ZAKAT, 5. NAIK HAJI

RUKUN IMAN : 1. PERCAYA KEPADA ALLAH, 2. PERCAYA KEPADA MALAIKAT, 3. PERCAYA KEPADA KITAB ALLAH, 4. PERCAYA KEPADA NABI DAN RASUL ALLAH, 5. PERCAYA KEPADA HARI AKHIRAT, 6. PERCAYA KEPADA QODHA & QHADAR ALLAH

PILIH MENU

Rabu, 15 Oktober 2014

ZAHIR DAN BATIN


ZAHIR DAN BATIN
(SAJAK HAKIKAT)




Tanpa cahaya tidak kelihatan warna
Malam hari,  tidak kelihatan warna
Adanya gelap diketahui adanya cahaya
Semua yang tidak kelihatan diketahui kerana ada bandingan dan lawannya.

Tetapi Allah tidak ada bandingan atau lawannya
Dia Melihat semua
Mata tidak nampak Dia
Kerana Dia tidak ada lawan dan bandingNya

Ruh tidak berbentuk
Tetapi ia mengambil bentuk
Badan dan benda berbentuk
Di situlah Ruh mengambil bentuk

Apabila gelombang fikiran
Timbul dari lautan Ketuhanan
Ia menutup dirinya dalam bunyi dan perkataan
Di situlah dirinya dizhohirkan

Ombak berbentuk berupa
Kemudian hancur binasa
Tinggallah laut sahaja
Tempat asalnya.

Penjelasannya

Setiap sesuatu dalam alam ini dapat diketahui kerana adanya bandingan atau lawannya.

  • Kalau tidak ada gelap,  tidaklah diketahui adanya cahaya.
  • Kalau tidak ada susah,  tidaklah diketahui adanya senang dengan nikmatnya.
  • Jika tidak ada malam,  tidaklah diketahui nikmatnya siang.

Inilah hal-ahwal yang berkaitan dengan sesuatu yang baru atau alam ini.
Berkenaan Allah,  ianya Maha Suci dari sebarang bandingan atau lawannya;  malah  sebaliknya Dia Yang Meliputi akan segala maujud yang dirasa,  yang dipandang, yang didengar dan yang disentuh.  Mata yang kasar ini selama-lamanya tidak nampak Dia;    kerana yang kasar itu manakan mungkin melihat sesuatu yang tidak ada lawan atau bandingannya.  Allah itu Maha Tinggi dan Maha Suci daripada sebarang kekurangan dan persamaan kerana sesuatu yang berupa dan berbentuk ada hadnya.

Demikian pula Ruh yang tidak berbentuk itu.  Ia bukannya sesuatu yang boleh dilihat dengan mata yang kasar ini.  Ia juga tidak berada di dalam dan tidak berada di luar badan kerana ianya tidak berbentuk sebagai bentuknya badan yang kasar ini.  Badan dan benda-benda ada bentuknya,  ukurannya dan saiznya.  Pada badanlah ruh itu mengambil bentuk,  tetapi bukan menetap di dalamnya.  Dengan kerana itu,  ia tidak hancur dan ikut binasa apabila badan dan bentuk itu musnah.  Ia tetap dengan keadaannya yang asal.  Ini adalah kerana ia adalah;

Ruh ini bukanlah jisim dan bukanlah 'aradh', kerana ia datang dari urusan Allah Taala sebagaimana firmannya yang bermaksud: 'Katakanlah hai Muhammad bahawa Ruh itu adalah urusan Tuhanku.(Surah Al-Israk ayat 85)
Allah berfirman lagi yang bermaksud: 'Hai Jiwa yang Tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan redho dan diredhoi." (Surah Al-Tahrim ayat 12)

Urusan Allah bukanlah berupa jisim dan bukan pula 'aradh', malahan ia adalah suatu kekuatan 'ILAHIYAH' seperti 'AKAL YANG PERTAMA' (Al-'Aklul-Awal), Luh dan Qalam. Kekuatan Ilahiyah adalah Jauhar-Jauhar Tunggal yang bukan dari benda, malah ia merupakan sinar-sinar abstrak yang dapat difahami oleh akal (Ma'quulah). Bukan boleh dirasa. Apa yang kita sebut sebagai ruh dan Qalbu adalah dari Jauhar-Jauhar itu. Ia tidak rosak, tidak layu, Tidak binasa, tidak mati bahkan;ia terpisah dari badan dan menantikan perkembalian pada hari kiamat.

Bandingannya adalah seperti sebuah lautan.  Ombak membentuk dan berupa pada lautan itu.  Bentuk dan rupanya akan hancur binasa apabila lautan itu tenang atau ombak itu menghempas pantai.  Dengan itu yang tinggal cuma lautan sahaja.  Laut adalah tempat asalnya.

Fikiran itu menzhohirkan dirinya dalam bunyi dan perkataan.  Sebenarnya fikiran itu tersembunyi dalam bunyi dan perkataan itu.  Demikian pula apabila badan atau penzhohiran itu binasa,  maka tinggallah ruh sahaja.  Apabila yang majazi(bukan hakiki) binasa,  maka tinggallah Yang Hakiki.  Apabila alam semesta binasa tinggallah Allah saja.

Wahai diriku,  naiklah melepasi nama dan bentuk.  Naiklah dan naiklah lagi dengan Qudrat TuhanMu melepasi ombak,  melepasi bunyi,  melepasi perkataan,  melepasi fikiran dan melepasi apa sahaja yang tidak hakiki agar dapat menjejaki maksud isyarat AuliaMu seperti mana berikut;
"Orang-orang yang mempunyai makrifat itu,  apabila kembali dari kenaikkan mereka ke Alam Hakikat itu,  sebulat suara mengakui bahawa mereka tidak melihat apa pun kecuali Allah Yang Maha Esa sahaja.  Ada yang sampai ke peringkat ini dengan saintifik,  ada pula percubaan dan secara subjektif. Di sini,  mereka nampak Keesaan Yang Mutlak dan akan tenggelam di dalamnya.  Berbilang-bilang dan banyak tidak ada pada pandangan mereka.  Mereka kagum dan terpesona memandang KeEsaan itu.  Tiada daya upaya mereka kecuali menyebut "Allah",  bahkan menyebut diri mereka sendiri pun tidak berupaya.  Tiada apa lagi bersama mereka kecuali Allah.
Mereka mabuk dalam suasana yang di dalamnya aqal mereka sendiri pun lenyap,  hingga ada yang berkata "Dalam baju ini tidak ada yang lain kecuali Allah"

HAKIKAT







DEFINISI HAKIKAT
Hakikat bermaksud apa yang sebenarnya berkaitan sesuatu perkara itu. Boleh juga dikatakan “substansi “ sesuatu benda atau perkara itu. Jadi ianya ialah apakah sebenarnya sesuatu perkara itu. Ianya juga berkaitan dengan sesuatu yang asli, dan sesuatu yang kekal yang disebut sebagai hakiki.

DEFINISI ILMU HAKIKAT
Ilmu Hakikat merupakan salah satu cabang Ilmu Agama Islam. Baginda Rasullullah banyak merujuk tentang ilmu ini dalam Hadith Hadith baginda. Namun begitu orang orang yang menentang Ilmu Hakikat akan mendakwa bahawa Hadith Hadith itu sama-ada palsu atau daif. Begitulah sifat orang yang menentang kebenaran.

Apa yang ditulis di dalam Risalah Kecil ini merupakan intipati intipati Ilmu Ilmu Hakikat.
ini merupakan salah satu cabang Ilmu Tasauf  Islam. Ianya menumpukan kepada Hakikat Manusia yang dirujuk sebagai Insan, Hakikat Alam Maya pada alam ini dan juga Hakikat Zat Wajibul Wujud yaitu Allah Tuhan yang menciptakan kesemuanya. Tumpuan utama ialah dalam hal hal Mengenal Allah atau Makrifatullah dan kaitan Rahsia Allah dengan Diri Sebenar manusia itu.

Berlandaskan satu Hadith Qudsi yang menegaskan bahawa sesiapa yang mengenal dirinya akan mengenal Allah Tuhannya, maka Ilmu Hakikat ini juga dirujuk sebagai Ilmu Mengenal Diri.



ADAKAH ILMU HAKIKAT atau ILMU MENGENAL DIRI ITU ILMU YANG BENAR, TIDAK DIMURKAI DAN TIDAK SESAT ?

Pertelingkahan ilmu antara Ahli Fiqih yang menggelarkan diri mereka sebagai Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan Ahli Tasauf  telah bermula dari awal abad ketiga Hijrah dan telah terus berlarutan sampai hari ini, zaman kita ini.

Oleh kerana mereka mereka yang mendakwa diri sebagai Ahli Sunnah Wal-Jamaah itu merupakan pihak majoriti dan selalunya merupakan pihak berkuasa atau pemerintah, maka ramai juga umat Islam dahulu dan sekarang yang beranggapan bahawa Ilmu Mengenal Diri ini sesat dan menyesatkan. Ramai pula di antara mereka mereka itu bertaraf  ulama.  Kita merujuknya sebagai Ulama’ Syariat atau Ulama’ Fiqih.

Penulis ingin menegaskan kepada pembaca bahawa Ilmu Hakikat ini merupakan satu bidang Ilmu Islam seperti Ilmu Fiqih dan Ilmu Syariat jua.  
Ianya merupakan Ilmu Syariat Batin atau boleh kita katakan peningkatan ilmu kepada tahap yang lebih tinggi dan lebih mendalam dari Ilmu Syariat biasa yang kita rujuk sebagai Syariat atau Zahir.

Seperti Ilmu Islam yang lain juga berdasarkan Dalil Dalil NAQLI dan Dalil Dalil AQLI.
Terdapat banyak Ayat Ayat Al-Quran dan Hadist Hadist baik Hadisth Qudsi mahupun Hadith Biasa yang menjadi asas asas dan hujah hujahnya.

Banyak ulama-ulama yang telah menulis kitab kitab yang berkaitan dengannya. Dan ramai pula di antara ulama’ ulama ‘ ini yang ada susur galurnya menuju Rasullullah melalui Sayyidina Ali dan keturunan keturunannya. Malah Sultanul Aulia’ Syeikh Abdul Qadir Jailani membincangkan Ilmu Hakikat ini secara khusus di dalam kitab SIRRUR ASRAR nya. Jadi jika orang bertaraf  Sultanul Aulia’ mengakui kebenaran Ilmu Hakikat ini, bagaimana pula ulama’ ulama’ bertaraf manusia biasa boleh menghukum ilmu ini sesat dan menyesatkan? Pembaca fikirkanlah sendiri.


ILMU AGAMA ISLAM ITU BERTINGKAT, SEPERTI KEHIDUPAN MANUSIA DI DUNIA INI BERTINGKAT-TINGKAT.

Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa kehidupan kita di dunia ini penuh dengan tingkatan tingkatan, atau tahap tahap atau level level atau “ hierarki “. Itulah Keagungan, Keindahan dan Kesempurnaan Penciptanya, Allah SWT.

Begitu juga halnya dalam menuntut ilmu.

  • Kita awali dari Sekolah Dasar sebagai asas,
  • meningkat ke Sekolah Menengah Pertama,
  • kemudian meningkat lagi Sekolah Menengah Atas dan
  • meningkat lagi ke Universitas
·         Dan seterusnya

Dalam proses peningkatan Ilmu ini penyingkiran berlaku di mana jumlah atau kuantitas akan terus berkurang hingga dari segi pekerjaan yang berlandaskan pencapaian ilmu, maka adalah lebih ramai swasta dari pegawai dan lebih ramai buruh / pekerja dari Managernya.

Dan akhirnya didalam kehidupan kita di dunia ini kita dapati adalah lebih ramai orang susah dari orang kaya dan orang yang kaya raya adalah lebih sedikit dari orang yang kaya.

Kita juga dapati dalam sistem kehidupan didunia, tingkat tingkat itu saling perlu memerlukan dalam arti sering landas berlandaskan, di mana yang ramai atau yang di bawah itu menjadi asas kepada “ hierarki” atau piramid kehidupan itu.

Begitu jugalah halnya dalam Ilmu Agama Islam kita. Ilmu asasnya ialah Ilmu Syariat atau Ilmu Feqih seperti Sekolah Dasar menjadi azas kepada sistem pendidikan akademik kita.

Kemudian sesaorang muslim itu wajar pula meningkatkan pengetahuan agama dengan mempelajari dan mengamalkan ILMU TARIQAT,
seterusnya belajar dan mengamalkan Ilmu Hakikat dan akhirnya Ilmu Makrifatullah.

Ilmu Makrifatullah itu bukanlah ilmu yang boleh dipelajari tetapi ianya merupakan matlumat ilmu dan matlumat mengamalkan ilmu. Jadi ianya adalah puncak pencapaian ilmu dan amalan.


KENAPA ORANG ISLAM TIDAK SUKA MENDALAMI ILMU AGAMA.

Pada hakikatnya itulah Kehendak Allah, kerana asas itu hendaklah bagi yang ramai itu. Yang lain merupakan perkara khusus hingga ke tahap khusus lagi khusus.

Namun begitu, pada umumnya umat islam hanya mengetahui perkara atas agama yaitu : Rukun Iman dan Rukun Islam saja. Pada mereka tidaklah perlu mendalami ilmu agama. Yang penting ialah beramal ibadah sebanyak mungkin dan sebaik mungkin kerana amal ibadah inilah yang membuat mereka tidak dihumbankan ke neraka, sebalik nya akan mendapat nikmat syurga. Inilah yang dikatakan
DARAJAT.

Yang demikian ramailah umat islam pada hari ini berpendapat bahawa membaca Al-Quran itu hanyalah dengan “ mengaji “ dan melagukan Al-Quran kerana pahalanya banyak. Tidaklah perlu dibaca dan dikaji Al-Quran itu untuk menggali ilmu Ketuhanan apatah lagi ilmu dunia. Dalam hal ini memanglah benar bahawa kitab Al-Quran itu telah mereka sucikan dengan menyimpan di dalam almari sahaja atau membacanya di malam jumaat atau di malam malam bulan Ramadhan untuk mendapat pahala sebanyak mungkin.

Mereka SOLAT kerana takut berdosa dan ingin masuk syurga. Sedangkan Allah telah memberi peringatan bahawa SOLAT itu amat berat sekali bagi mereka yang mengerti. Allah juga memberi peringatan paling keras kepada mereka yang lalai dalam SOLATnya. Tempatnya ialah Neraka Wailul dan hadiahnya adalah sumpahan CELAKA dari Tuhan mereka. ( Celakalah bagi orang yang lalai di dalam SOLAT mereka )
 

Peringatan ini ditujukan kepada mereka YANG LALAI DI DALAM MELAKUKAN PERBUATAN SOLAT ( Zahir & Batin ) mereka dan BUKANNYA kepada mereka YANG LALAI MENDIRIKAN SOLAT atau tidak SOLAT.
Wahai pembaca fahamilah ayat ini betul betul. 

Penulis ingin bertanya kepada para pembaca secara ikhlas.
Apakah benar bahwa kelalaian dalam SOLAT itu berlaku semasa anda membaca Fatihah, di mana ketika anda membaca Fatihah itu, bermacam macam lintasan fikiran berlaku di benak anda ? 


Jika ini benar, maka SOLAT anda adalah tidak khusu’ dan telah diberi tanda pembatalan oleh Allah dengan adanya lintasan lintasan fikiran tadi ketika anda membaca Fatihah. Fatihah itu adalah
INTI kepada SOLAT anda. Fikirkanlah sebabnya dan dalamilah ilmu agama anda wahai saudaraku untuk mendapat jawapannya agar solat anda diterima Allah kerana khusu’.

Penulis ingin bertanya bahwa apakah dikatakan ikhlas jika anda berbuat sesuatu untuk mendapatkan balasan ? Balasan pahala dan syurga ? 

Mereka sebenarnya terlupa tentang
HUSNUL KHATIMAH & SU’UL KHATIMAH yaitu hak memberi pahala & syurga atau hak menghukum dosa dan neraka adalah Hak Mutlak Allah Taala’ . Mereka juga tersilap faham bahawa mereka sepatutnya bergantunglah kepada Allah Tuhan mereka dan bukannya bergantung kepada amal mereka. Puncanya ialah mereka tidak faham akan konsep TAUHID sebenarnya yang berlandaskan NAFI & ISBAT di mana pada hakikat nya manusia itu tidak dapat berbuat apa-apa pun, kesemuanya adalah AF’AL atau kelakuan Allah dengan menjadikan manusia itu sebagai sandarannya sahaja.

Allah berFirman :

Aku jadikan kamu dan segala perbuatan kamu ( baik buruk atau baik ) tetapi manusia itu ego dan masih juga mengatakan aku yang berbuat. Allah itu Tuhan aku ini hambanya.

Apabila pihak yang menguasai “ pemerintahan agama “ terdiri dari ulama ulama Fiqih maka kesedaran dan peluang untuk mendalami Tauhid & Aqidah sebenar terbantu akibat hukum sesat pada Tarikat apa lagi Ilmu Hakikat. Maka berterusanlah kehendak Allah akan kekuatan asas Ilmu Agama di mana golongan syariat kekal di tahapnya kerana kejahilan yang sebenarnya merupakan
SESAT yang mereka dakwa itu. Sesat itu ialah kejahilan.

Selanjutnya ramailah umat islam yang bergantung pada amal dan bukan kepada Allah. Ramailah umat islam yang tidak mengerti apakah yang dikatakan Nafi & Isbat kerana mereka sangatlah yakin bahawa merekalah
 yang berbuat. Merekalah yang berusaha, merekalah yang pandai , merekalah yang berjaya dan mereka jugalah yang solat, puasa, menunaikan rukun haji, berzakat dan sebagainya.
Dicatat oleh Zarmi