Dahulu
kala hiduplah enam orang buta. Mereka sering mendengar penduduk bercerita
tentang gajah. Namun kerana mereka semua belum pernah melihatnya seumur hidup
lantaran buta sejak lahir. Mereka ini berkawan rapat semenjak kecil lagi. Maka
mereka sangat ingin mengenali gajah secara "live" di hadapan mereka
dan menyentuhnya dengan tangan mereka sendiri.
Maka mereka beramai - ramai telah berpakat meminta tolong kepada Si Celik (pemilik gajah), agar diberi peluang kepada mereka untuk bermain dengan gajah.
Si Celik pun menuntun mereka berjalan berpimpin tangan menuju ke arah seekor gajah jantan. Si Celik menyuruh mereka menyentuh gajah tersebut.
Orang buta pertama berjalan mendekati gajah. Namun malang, kakinya tersandung tunggul dan ketika terjatuh, dia merempuh sisi tubuh gajah yang besar itu. “Oh, sekarang aku sudah tahu!”, katanya dengan penuh yakin. Katanya,
“Gajah itu seperti tembok!”
Orang buta kedua pula meraba bahagian gading gajah.
“Mari kita lihat...,” katanya,
“Oh! Gajah ini bulat, licin dan tajam. Jelas lah gajah lebih mirip sebuah tombak!”.
Si buta yang ketiga kebetulan memegang belalai gajah yang bergerak menggeliat - geliat.
“Kalian salah!”.
Jeritnya,
“Gajah ini seperti ular!”
Berikutnya,orang buta ke empat melompat penuh semangat dan jatuh menimpa lutut gajah.
“Ah!” katanya,
“Bagaimana kalian ini, sudah jelas binatang ini mirip sebatang pohon!”.
Si buta yang kelima memegang telinga gajah.
“Kipas!” teriaknya,
“Bahkan orang yang paling buta pun tahu,gajah itu mirip kipas!”.
Orang buta ke enam pula, segera mendekati sang gajah, dia menggapai dan memegang ekor gajah yang berayun - ayun.
“Aku tahu, kalian semua salah!” Katanya,
"Gajah mirip dengan tali!”
Demikian lah ke enam - enam orang buta itu bertengkar dan berdebat. Si Celik hanya menggeleng - geleng kepala melihat telatah mereka. Kemudian Si Celik memanggil dan membawa mereka ke bawah sebatang pokok, untuk berehat sambil minum2.
Semasa duduk2 di bawah pokok, mereka masih lagi membahas tentang gajah. Masing - masing tidak mahu mengalah dan menegakkan hujah masing2. Masing2 merasa paling benar dan menolak pendapat sesamanya, kerana bagi mereka, semuanya salah lantaran tidak menepati apa yg masing2 telah rasai dan dipelajari dari gajah tersebut.
Saat keadaan hampir menjadi tegang, Si Celik berusaha mendamaikan mereka dan Si Celik cuba menjelaskan akan perihal sebenar tentang gajah itu.
Namun, belum pun sempat Si Celik menjelaskan keadaan sebenar, tiba2 sebatang dahan kecil jatuh menimpa kepala salah seorang dari Si Buta. Menjerit kesakitan lah dia. Dia melaung "Aduh! Kau pukul aku ya!". Dengan serta merta Si Buta yg ditimpa dahan kecil tadi bangun dan terus menghayun penyepak ke arah muka salah seorang dari rakannya.
Maka haru biru lah keadaan. Mereka ber-enam telah saling gaduh pukul memukul. Si Celik yg mahu meleraikan perkelahian mereka telah turut sama kena pukul.
KESIMPULAN DAN PENGAJARAN.
Apa yg mereka masing2 belajar tentang gajah itu benar belaka. Cuma mereka hanya belajar sedikit sahaja tentang gajah dan belum benar2 mengenal gajah secara keseluruhan. Maka bertegang urat lah mereka menegak hujah dan merasa paling benar dan paling tahu. Kerana kejumudan dan kecetekan akal fikiran serta kekurangan ilmu, mereka sanggup bergaduh sesama saudara. Bagi mereka, hanya mereka lah yg betul dan orang lain semuanya salah.
Kerana kebodohan dan kelemahan serta kesalahan diri sendiri yg tidak mengenal gajah, habis dengan Si Celik yg cuba membantu pun turut sama menjadi mangsa keadaan. Sudahlah buta mata, buta hati pula. Bukan sahaja telah menzalimi diri sendiri, malah menzalimi orang lain pula. Jangan lah cuba disempitkan dan dikecilkan ke Maha Luasan ilmu Allah dengan kelemahan akal dan ilmu tak seberapa yg pernah kita pelajari. Merendah diri lah dan belajar terus belajar. Kisah ini hendaklah dikias dan diletak pada DIRI sendiri. Berlapang dada lah. Mudahan Allah memberi kefahaman dan hidayah. In shaa Allah.