j
CARA MENCARI KETENANGAN HATI
Assalamualaikum Saudaraku
Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun
zikrullah yg bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati?
1.
Ramai yg berzikir
tetapi tidak tenang.?
2.
Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit
hutang, atuh sakit,d icerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan
subhanallah alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tdk tenang juga?
”Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut
atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah
zikir.
Zikir yg berkesan melibatkan tiga dimensi –dimensi lidah (qauli),hati
(qalbi) dan perlakuan (fikli).
Mari kita lihat lebih dkt bagaimana
ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.Katalah lidah kita mengucapkan
subhanallah ertinya Maha Suci Allah.Itu zikir qauli.Namun,pada masa yang sama
hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat,sifat dan af’al
(perbuatannya). Segala ilmu yg kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah
dirasai bukan hanya diketahui.Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat
kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.
Dimensi kata, rasa dan tindakan Jika seorang
hamba yg berdosa bertaubat kepadaNya,Allah bukan sahaja mengampunkannya,malah
menghapuskan catatan dosa itu,bahkan menyayangi dan memberi “hadiah”kepadanya.
Firman Allah: At Tahrim 8
“Wahai
orang-orang yang beriman!
Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yg
semurni-murninya,mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu
dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya
sungai-sungai…”
Firman Allah lagi: al baqarah 222.
“Sungguh, Allah menyukai org yg taubat dan menyukai
org yg menyucikan diri” al baqarah 222.
Sifat ini berbeza sekali dgn kita manusia yg kekadang
begitu sukar memaafkan kesalahan org lain. Dan segelintir yg mampu memaafkan
pula begitu sukar melupakan.Hendak memberi hadiah kepada org yg bersalah
mencaci, memfitnah dan menghina kita?
Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya
hati kita yg sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan.
Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi,apabila
kita bertasbih, rasa-rasa inilah yg harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir
qalbi namanya. Tdk cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke
dimensi ketiga. Hendaklah org yg bertasbih itu memastikan
perlakuannya benar-benar menyucikan Allah.Ertinya, dia melakukan perkara yg
selaras dgn suruhan Allah yg Maha Suci dan meninggalkan apa yg dilarangNya. Yang
halal,wajib, harus dan sunat dibuat.
Manakala yg haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat,
mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dpt
dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah–zikir fikli! Sekiranya
ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dpt dilakukan
maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang
hati akan dapat merasakan empat perkara:
Rasa kehambaan.Rasa bertuhan.
Memahami maksud takdir.
Mendapat hikmah di sebalik ujian.
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup
kita,agar kehidupan kita baik dan benar,maka kita perlu menjaga kebersihan hati
kita.Jangan sampai hati kita kotori dgn hal-hal yg dpt merosak kehidupan kita
apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita
di dunia ini dan di akhirat nanti.
Utk menjaga kebersihan hati maka kita juga
perlu utk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran,
ucapan kita dari hal-hal yg dilarang oleh
Allah SWT.
Dgn menjaga hal-hal tersebut kita dpt menjaga
kebersihan hati kita.Dgn hati yg bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan
akhirat.Rasa kehambaan.
Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati
seorang hamba Allah terhadap TuhanNya.Antara rasa itu ialah rasa
miskin,jahil,lemah,bersalah,hina dan lain-lain lagi.Bila diuji dengan
kesakitan,kemiskinan,cercaan misalnya,seorang yang memiliki rasa kehambaan
nampak segala-galanya itu datang daripada Allah.Firman Allah:“Katakanlah
(Muhammad),tdk akan menimpa kami melainkan apa yg telah ditetapkan Allah bagi
kami.Dialah pelindung kami,dan hanya kpd Allah bertawakal,org-org yg beriman.”
At Taubah: 51
Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia
wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba?
Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak
mempersoalkan mengapa aku yang diuji?
Kenapa aku,bukan orang lain?
Ini samalah dgn mempersoalkan Allah yg mendatangkan
ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati
menjadi tenang.
Jika kita “memberontak”hati akan bertambah kacau.
Imam Ghazali rhm pernah menyatakan bahawa cukuplah
seseorang hamba dikatakan sudah
“memberontak” kpd Tuhannya apabila dia menukar
kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yg tdk
disukainya.Misalnya,dia tdk lalu mahu makan-minum secara teratur,tdk mandi,tdk
menyisir rambut,tdk berpakaian kemas,tdk mengemaskan misai dan janggut dan
lain-lain yg menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya.Ungkapan mandi tak
basah,tidur tak lena,makan tak kenyang adalah satu“demonstrasi”seorang yg sudah
tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.Bila ditimpa ujian kita diajar utk
mengucapkan kalimah istirja’ – innalillah wainna ilaihi rajiun.Firman
Allah:“Iaitu orang-orang yg apabila ditimpa musibah,mereka berkata sesungguhnya
kami milik Allah dan kepadanyalah kami kembali.”
(Al baqarah 156)Mengapa kita diperintahkan
mengucapkan istirja’? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali
merasakan rasa kehambaan.Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepadaNya kita
akan dikembalikan.Kita layak,patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan
tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.Rasa bertuhan.Rasa kehambaan yang serba
lemah,miskin,kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan.
Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kpd yg
Maha kuat.Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kpd yg Maha sempurna.Bila
miskin,timbul rasa hendak meminta kpd yg Maha kaya.Rasa pengharapan,pengaduan
dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yg Maha sempurna itulah yg
dikatakan rasa bertuhan.Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut,hina,lemah
sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani,mulia dan kuat.Seorang
hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yg merasa lemah di sisi
Allah.Ketika itu ujian walau bagaimana berat
sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan
Allah akan membantunya.Inilah rasa yg dialami oleh Rasulullah SAW yg
menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur
dgn katanya, “la tahzan innallaha maana–jangan takut,sesungguhnya Allah bersama
kita!”Rasa bertuhan inilah yg menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan
mujtahid,
para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan
majoriti masyarakat yg menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yg
mempunyai kuasa.Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup
mereka.Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah
mendapat pertolongan Allah.
Firman Allah:“Dan mohonlah pertolongan dengan sabar
dan solat.”Al Baqarah.
Dalam apa jua keadaan,positif mahupun
negatif,miskin ataupun kaya,berkuasa ataupun rakyat biasa,tdk dikenali ataupun
popular,hati mereka tetap tenang.
Firman Allah:
“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam
hati org yg beriman,supaya keimanan mereka makin bertambah daripada
keimanan yang telah ada.Kepunyaan Allah tentang
langit dan bumi,dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” (Al Fathu 4)
Bila hati tenang berlakulah keadaan yg dijelaskan oleh
Rasulullah SAW melalui sabdanya:
Maksudnya: Amat menarik hati keadaan org beriman,semua
pekerjaannya baik belaka,dan
itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh
kesenangan,dia bersyukur.Dan itu memberikannya kebaikan (pahala).Jika ditimpa
bahaya(kesusahan),dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” – Al
Hadis.Memahami maksud takdir Allah.Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji
kerana itu adalah takdir Allah SWT.Yg mampu kita buat hanyalah meningkatkan
tahap
kebergantungan kita kpd Allah di samping berusaha
sedaya upaya menyelesaikan masalah itu.Ungkapan yang terkenal: We can’t direct
the wind but we can adjust our sail – kita tdk mampu mengawal arah tiupan
angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.Kemudi dalam pelayaran
kehidupan kita hati.
Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila
diuji)hanya akan tenang bila kita beriman
kpd Allah,yakin kpd kasih sayang,
keampunan dan sifat pemurahNya. Dlm apa jua takdir
yg ditimpakanNya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan
negatif.Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yg terbatas,namun pada pandanganNya
yg Maha luas,semua yg ditakdirkan ke atas hambaNya pasti bermaksud baik.
Tdk salah utk kita..bersihkan hati dgn bersangka
baik pada Allah swt..