(SAJAK HAKIKAT)
Tanpa
cahaya tidak kelihatan warna
Malam hari, tidak kelihatan warna
Adanya gelap diketahui adanya cahaya
Semua yang tidak kelihatan diketahui kerana ada bandingan dan lawannya.
Malam hari, tidak kelihatan warna
Adanya gelap diketahui adanya cahaya
Semua yang tidak kelihatan diketahui kerana ada bandingan dan lawannya.
Tetapi
Allah tidak ada bandingan atau lawannya
Dia Melihat semua
Mata tidak nampak Dia
Kerana Dia tidak ada lawan dan bandingNya
Dia Melihat semua
Mata tidak nampak Dia
Kerana Dia tidak ada lawan dan bandingNya
Ruh tidak
berbentuk
Tetapi ia mengambil bentuk
Badan dan benda berbentuk
Di situlah Ruh mengambil bentuk
Tetapi ia mengambil bentuk
Badan dan benda berbentuk
Di situlah Ruh mengambil bentuk
Apabila
gelombang fikiran
Timbul dari lautan Ketuhanan
Ia menutup dirinya dalam bunyi dan perkataan
Di situlah dirinya dizhohirkan
Timbul dari lautan Ketuhanan
Ia menutup dirinya dalam bunyi dan perkataan
Di situlah dirinya dizhohirkan
Ombak
berbentuk berupa
Kemudian hancur binasa
Tinggallah laut sahaja
Tempat asalnya.
Kemudian hancur binasa
Tinggallah laut sahaja
Tempat asalnya.
Penjelasannya
Setiap sesuatu dalam alam ini
dapat diketahui kerana adanya bandingan atau lawannya.
- Kalau tidak ada gelap, tidaklah diketahui adanya cahaya.
- Kalau tidak ada susah, tidaklah diketahui adanya senang dengan nikmatnya.
- Jika tidak ada malam, tidaklah diketahui nikmatnya siang.
Inilah hal-ahwal yang berkaitan
dengan sesuatu yang baru atau alam ini.
Berkenaan Allah, ianya Maha
Suci dari sebarang bandingan atau lawannya; malah sebaliknya Dia
Yang Meliputi akan segala maujud yang dirasa, yang dipandang, yang
didengar dan yang disentuh. Mata yang kasar ini selama-lamanya tidak
nampak Dia; kerana yang kasar itu manakan mungkin melihat
sesuatu yang tidak ada lawan atau bandingannya. Allah itu Maha Tinggi dan
Maha Suci daripada sebarang kekurangan dan persamaan kerana sesuatu yang berupa
dan berbentuk ada hadnya.
Demikian pula Ruh yang tidak
berbentuk itu. Ia bukannya sesuatu yang boleh dilihat dengan mata yang
kasar ini. Ia juga tidak berada di dalam dan tidak berada di luar badan
kerana ianya tidak berbentuk sebagai bentuknya badan yang kasar ini.
Badan dan benda-benda ada bentuknya, ukurannya dan saiznya. Pada
badanlah ruh itu mengambil bentuk, tetapi bukan menetap di
dalamnya. Dengan kerana itu, ia tidak hancur dan ikut binasa
apabila badan dan bentuk itu musnah. Ia tetap dengan keadaannya yang
asal. Ini adalah kerana ia adalah;
Ruh ini
bukanlah jisim dan bukanlah 'aradh', kerana ia datang dari urusan Allah
Taala sebagaimana firmannya yang bermaksud: 'Katakanlah hai Muhammad
bahawa Ruh itu adalah urusan Tuhanku.(Surah Al-Israk ayat 85)
Allah berfirman lagi yang
bermaksud: 'Hai Jiwa yang Tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan
keadaan redho dan diredhoi." (Surah Al-Tahrim ayat 12)
Urusan
Allah bukanlah berupa jisim dan bukan pula 'aradh', malahan
ia adalah suatu kekuatan 'ILAHIYAH'
seperti 'AKAL YANG PERTAMA' (Al-'Aklul-Awal), Luh dan Qalam. Kekuatan Ilahiyah adalah Jauhar-Jauhar
Tunggal yang bukan dari benda, malah ia merupakan sinar-sinar abstrak yang
dapat difahami oleh akal (Ma'quulah). Bukan boleh dirasa. Apa yang kita sebut
sebagai ruh dan Qalbu adalah dari Jauhar-Jauhar itu. Ia tidak rosak, tidak
layu, Tidak binasa, tidak mati bahkan;ia terpisah dari
badan dan menantikan perkembalian pada hari kiamat.
Bandingannya
adalah seperti sebuah lautan. Ombak membentuk dan berupa pada lautan
itu. Bentuk dan rupanya akan hancur binasa apabila lautan itu tenang atau
ombak itu menghempas pantai. Dengan itu yang tinggal cuma lautan
sahaja. Laut adalah tempat asalnya.
Fikiran itu
menzhohirkan dirinya dalam bunyi dan perkataan. Sebenarnya fikiran itu
tersembunyi dalam bunyi dan perkataan itu. Demikian pula apabila badan
atau penzhohiran itu binasa, maka tinggallah ruh sahaja. Apabila
yang majazi(bukan hakiki) binasa, maka tinggallah Yang Hakiki. Apabila
alam semesta binasa tinggallah Allah saja.
Wahai diriku, naiklah
melepasi nama dan bentuk. Naiklah dan naiklah lagi dengan Qudrat TuhanMu
melepasi ombak, melepasi bunyi, melepasi perkataan, melepasi
fikiran dan melepasi apa sahaja yang tidak hakiki agar dapat menjejaki maksud
isyarat AuliaMu seperti mana berikut;
"Orang-orang yang mempunyai
makrifat itu, apabila kembali dari kenaikkan mereka ke Alam
Hakikat itu, sebulat suara mengakui bahawa mereka tidak melihat apa pun
kecuali Allah Yang Maha Esa sahaja. Ada yang sampai ke peringkat ini dengan saintifik, ada pula
percubaan dan secara subjektif. Di sini, mereka nampak Keesaan Yang Mutlak dan akan tenggelam di
dalamnya. Berbilang-bilang dan banyak tidak ada pada pandangan
mereka. Mereka kagum dan terpesona memandang KeEsaan itu. Tiada
daya upaya mereka kecuali menyebut "Allah", bahkan menyebut
diri mereka sendiri pun tidak berupaya. Tiada apa lagi bersama mereka
kecuali Allah.
Mereka
mabuk dalam suasana yang di dalamnya aqal mereka sendiri pun lenyap,
hingga ada yang berkata "Dalam
baju ini tidak ada yang lain kecuali Allah"