بِــــــسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيـــمِ

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG DI STIKOM MUHAMMADIYAH BATAM - RAIH MASA DEPANMU BERSAMA STIKOM MUHAMMADIYAH BATAM - TERDEPAN - MODEREN - DAN - ISLAMI, - KALAU ADA KRITIKAN YANG MEMBANGUN SILAKAN DIKIRIMKAN KE KAMI - DAN TERIMAKASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

RUKUN ISLAM

RUKUN ISLAM : 1. DUAKALIMAH SYAHADAT, 2. SHOLAT, 3. PUASA, 4. ZAKAT, 5. NAIK HAJI

RUKUN IMAN : 1. PERCAYA KEPADA ALLAH, 2. PERCAYA KEPADA MALAIKAT, 3. PERCAYA KEPADA KITAB ALLAH, 4. PERCAYA KEPADA NABI DAN RASUL ALLAH, 5. PERCAYA KEPADA HARI AKHIRAT, 6. PERCAYA KEPADA QODHA & QHADAR ALLAH

PILIH MENU

Sabtu, 20 Desember 2014

MATI SEBELUM MATI



MATI SEBELUM MATI

APABILA TELAH MENGENAL TUHAN, APAKAH KITA BEBAS DARI DOSA?
Selagi BELUM merasakan "MATI YANG HIDUP " atau Mati Sebelum Mati" (Mati segala peranan makhluk) maka selagi itu, jasad akan tertakluk dengan syariat dan hukum-hukumnya.Selagi tertakluk kepada syariat, maka selagi itu ada dosa dan pahala !
TELAH MENGENAL TUHAN ?
Jika makhluk itu mengatakan dia telah mengenal Tuhan, maka itu tanda dia belum mengenal !
Kenapa?
Kerana, Tuhan itu Maha Suci dari segala sesuatu. Makhluk itu tidak mampu untuk KENAL kepada TuhanNya melainkan Tuhan itulah yang memperkenalkan DiriNya kepada DiriNya melalui DiriNya sendiri. Makhluk itu hanya menjadi 'bekas' atau tempat PENZAHIRAN Ketuhanan. Dia menyatakan DiriNya melalui 4 'Elemen Hidup' yang dizahirkan pada jasad:
1. NAMA (As'ma)
2. SIFAT
3. PERBUATAN (Af'al)
4. USUL (Zat)
Tanda kenal adalah KELU dan Mati segala pancaindera zahir dan batin untuk menyatakan KENAL itu. Tiada suatu perkataan (Nama), tiada suatu Perbuatan, tiada Sifat dan tiada ilmu Usul pun yang dapat memperkatakan dan menjelaskan KENAL kepada Tuhan. Selagi boleh memperkatakan akan apa yang dikenal, itu tanda masih belum mengenal !
Kelu itupun, bukanlah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan KENAL akan Tuhan. Kelu itu hanya sekadar perkataan PERUMPAMAAN bagi memudahkan kita faham sahaja. Realitinya, selagi kita masih boleh Kelu, itulah tanda, kita ini masih makhluk yang terbatas. Masakan, sesuatu yang bersifat terbatas itu boleh mengenal sesuatu yang Tidak Terbatas ?
Tuhan itu Maha Esa yang tiada keterbatasan batin dan zahir. Dia tiada PERMULAAN dan Dia tiada PENGAKHIRAN, namun DIA punca setiap yang MULA dan DIA juga punca setiap yang Akhir, meliputi batin dan zahir !
Selagi BELUM merasakan "MATI YANG HIDUP " atau Mati Sebelum Mati" (Mati segala peranan makhluk) maka, selagi itu jasad akan tertakluk dengan syariat dan hukum-hukumnya.Selagi tertakluk kepada syariat, maka selagi itu ada dosa dan pahala !
Jika diri itu BENAR-BENAR telah merasai MATI yang HIDUP, maka barulah diriNya tidak tertakluk kepada dosa dan pahala ! Kenapa? Kerana kehendak apa lagi yang ada pada diri yang telah Mati? Maka dosa dan pahala apa lagi yang boleh dihimpun oleh orang yang telah Mati ?
Soalnya, apakah benar diri itu BENAR-BENAR merasai MATI Yang HIDUP atau Mati Sebelum Mati ?
Ramai yang mengaku mereka telah Mati Sebelum Mati! (MSM)
Benarkah ?
Benar atau salah, hanya diri kita sendiri sahaja yang dapat mengesahkannya. Hanya diri kita sendiri yang tahu apakah kita telah benar-benar merasai Mati Sebelum Mati ! Kita boleh menipu orang lain, tetapi kita tidak pernah boleh menipu diri kita sendiri !
Mati Sebelum Mati itu adalah bahasa RASA bukan bahasa Kata-Kata!
Selagi masih boleh berkata-kata dan selagi boleh memperkatakan apa yang ingin diperkatakan, maka itu tanda diri belum Mati ! Apakah orang Mati boleh menyatakan dirinya telah Mati ? Hanya diri 'MATI Yang HIDUP', dapat menyatakannya!