7 golongan dan rombongan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut
Add caption |
Iblis dan Syaitan akan
sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari
terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang
paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut.
Syaitan mengganggu
manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan
rombongan.Hadith Rasulullah s.a.w.. menerangkan:Yang bermaksud: “Ya
Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu
maut.”
Rombongan 1
Akan datang Syaitan
dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas,
perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat.
Maka disebabkan orang
yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba
kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan
Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang
dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t. inilah jenis mati
fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
Akan datang Syaitan
kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa
binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang
berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu
memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat
sekuat hati.
Maka seketika itu juga
akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai
mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t., matinya itu
sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
Akan datang Syaitan
mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan
merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang
hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada
burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba
untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).
Jika dia minat dengan
dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik.
Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang
kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka
matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah s.w.t..
Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.
Rombongan 4
Akan datang Syaitan
merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan
mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam
sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu
kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang
dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya
Rombongan 5
Akan datang Syaitan
merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi
ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di
dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu
dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang
dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Syaitan,
berkata dengan
rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami
bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan
menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan
marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.”
Maka dia pun sudi
mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu
matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di
dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan 6
Akan datanglah Syaitan
merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab,
lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan
dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di
sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan
ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit
itu, kemudian penyakit itu datang kembali.
Lalu datanglah pula
Syaitan yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang
kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik,
tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”
Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”
Berkata ulamak Syaitan:
“Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru
sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi.
Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu
hendak mengetahui Zat Allah s.w.t. hendaklah kamu patuh kepada kami.”
Ketika itu orang yang
dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan
dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga,
(syurga palsu yang dibentangkan oleh Syaitan bagi tujuan mengacau orang
yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam
sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu:
“Bagaimanakah Zat Allah?” Syaitan merasa gembira apabila jeratnya mengena .
Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu. “
Apabila tirai dibuka
selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang
dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar,
seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata Syaitan: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah.”
Berkata orang yang dalam
sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar
besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada
di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan
dan belakangnya.
Sedangkan Zat Allah
tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat
kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui
dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini.”
Dalam keraguan itu maka
Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang
itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan
terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.
Rombongan 7
Rombongan Syaitan yang
ketujuh ini Syaitan terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan
ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad s.a.w. bahawa umat Muhammad
akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar
(ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.
Ketahuilah bahawa
Syaitan itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang
setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu
hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan
talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan
Syaitan dan Iblis yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang
yang sedang dalam sakaratul maut.
Bersesuaian dengan
sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih
hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”
sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com
sumber dari peribadirasulullah.wordpress.com
http://zarmiislam.blogspot.com/2014/10/7-golongan-dan-rombongan-mengganggu.html