SEJARAH NABI DAN RASUL
MENGAPA KISAH-KISAH AL-QUR’AN
Sejumlah ayat-ayat al-Quran telah memaparkan kisah dan cerita para
nabi serta hayat kehidupan mereka. kerana di sebalik kisah-kisah tersebut
tersimpan pelajaran-pelajaran berharga dan kisah-kisah tersebut pada hakikatnya
adalah harta simpanan yang memiliki banyak rahsia dan misteri, ayat-ayat
tersebut telah mendapatkan perhatian dari para sejarawan, penulis buku sejarah
dan kisah-kisah para nabi as dan para peneliti kajian agama secara istimewa.
Setiap dari mereka telah mengambil pengetahuan sesuai dengan kemampuan
masing-masing dari mata air segar itu.
Sebelum kami memaparkan kisah-kisah para nabi A.S. dengan
berlandaskan al-Quran, perlu kiranya kami kemukakan terlebih dahulu satu
mukadimah penting yang dapat kita jadikan acuan dalam menelaah kisah-kisah para
nabi a.s. di dalam al-Quran.
Mukadimah ini akan memaparkan pembahasan-pembahasan berikut ini:
Pertama,
titik perbedaan antara kisah-kisah al-Quran dan kisah-kisah lain.
Kedua,
tujuan kisah-kisah al-Quran.
Ketiga,
faktor pengulangan dalam kisah-kisah al-Quran.
Perbedaan antara Kisah-kisah Al-Quran dan Kisah-kisah Lain
Secara dasar, kisah-kisah al-Quran sangat berbeda dengan
kisah-kisah lainnya dari berbagai segi dan sisi. Akan tetapi, dapat dikatakan
bahawa titik pembeda paling mustahak antara kedua jenis kisah itu adalah tujuan
yang hendak dicapainya. Pada hakikatnya, tujuan itulah yang menjadi pembeda
utama antara kedua jenis kisah itu.
Setiap orang yang ingin menceritakan atau menulis sebuah cerita,
ia pasti memiliki sebuah tujuan yang ingin dicapainya. Sebahagian orang sangat
meminati seni cerita kerana unsur seninya belaka. Dengan kata lain, ia menekuni
bidang seni ini supaya bakat seninya bertambah maju dan berkembang pesat.
Sebahagian yang lain menekuni bidang seni ini dengan tujuan hanya ingin mengisi
kekosongan waktunya. Dan kelompok ketiga menelusuri kehidupan seni hanya ingin
mengetahui dan menukil biografi dan sejarah generasi yang telah lalu (seperti
saya dan saudara).
Ringkasnya, setiap orang menekuni seni cerita ini atas dasar
faktor dan dorongan tertentu, serta ingin mencapai tujuan yang diinginkannya.
Hal itu dikeranakan seni cerita memiliki daya tarik khusus yang tidak dimiliki
oleh seni-seni lainnya.
Al-Quran pun tidak luput dari kaedah di atas. Ia pun memiliki
tujuan tertentu dalam kisah-kisah yang dipaparkannya. Yang pasti, tujuannya di
balik pemaparan kisah-kisah itu tidak terlepas dari tujuan universalnya. Yaitu,
hidayah dan memberikan petunjuk kepada umat manusia, mendidik mereka secara
benar dalam setiap sisi kehidupan, mengadakan reformasi sosial secara mendasar,
dan akhirnya menciptakan individu dan masyarakat yang soleh, berkeperibadian
Ilahi, dan beriman.
Tujuan Kisah-kisah Al-Quran
Jika kita menelaah kisah-kisah al-Quran dengan saksama, kita akan
memahami bahawa dengan perantara kisah-kisah itu Allah ingin menyampaikan inti
penting yang dikemas dalam bentuk cerita dan kisah. Di antara tujuan-tujuan itu
adalah sebagai berikut ini:
a. Membuktikan kewahyuan al-Quran dan kebenaran
misi Nabi Muhammad s.a.w.; semua yang disampainya adalah wahyu yang turun dari
Allah demi membimbing umat manusia ke jalan yang lurus. Dengan memperhatikan
kecermatan dan kejujuran al-Quran dalam menukil kisah-kisah itu, kewahyuannya
akan dapat dibuktikan. Al-Quran sendiri telah mengisyaratkan hal ini ketika ia
menukil kisah-kisah para nabi, baik di permulaan maupun di akhir kisah. Ia
berfirman,
“Kami akan menceritakan kepadamu cerita terbaik
dengan apa yang telah Kami wahyukan al-Quran ini kepadamu meskipun sebelumnya
engkau termasuk di antara orang-orang yang lupa (baca : tidak mengenal kisah
itu)”. (Q.S. Yusuf [12] : 3)
Setelah menukil kisah Nabi Hud as, Ia berfirman,
“Itu semua termasuk dari berita-berita ghaib
(yang) Kami wahyukan kepadamu. Sebelum ini, engkau dan kaummu tidak
mengetahuinya. Maka, bersabarlah! kerana masa depan berada di tangan
orang-orang yang bertakwa”. (Q.S. Hûd [11] : 49)
b. Membuktikan kesatuan agama dan akidah seluruh
nabi a.s.. kerana mereka semua datang dari Allah, intisari dakwah mereka adalah
satu dan mereka mengajak umat manusia kepada satu tujuan. Dengan mengingatkan
kembali tujuan yang satu ini, di samping ingin menegaskan kesatuan akar dakwah
seluruh agama dan umat manusia, al-Quran juga ingin menekankan bahawa intisari
dakwah para nabi as tidak berbeza antara satu dengan lainnya.
Tujuan ini telah sering diisyaratkan dalam
beberapa ayat al-Quran. Realiti ini dapat kita telaah dalam surah al-A’râf [7]
: 59, 65, 73, dan 85.
Sebagai contoh, Allah berfirman,
“Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya. Lalu,
ia berkata, ‘Wahai kaumku, sembahlah Allah, tiada Tuhan bagi kalian selain-Nya.
Sesungguhnya aku takut azab yang besar terhadap kalian”. (Q.S. Al-A’râf [7] :
59)
Menyembah Allah adalah satu tujuan yang
diproklamirkan oleh seluruh nabi dan rasul as.
c. Menjelaskan kesatuan tatacara dan saranan
para nabi as dalam berdakwah, kesatuan sikap mereka dalam menghadapi
masyarakat, bagaimana sikap masyarakat dalam menanggapi ajakkan mereka, dan
kesamaan adat-istiadat yang berlaku di dalam masyarakat ketika mereka mulai
berdakwah.
Realiti ini dapat kita telaah bersama dalam
surah Hûd [11] : 25, 27, 50, dan 61.
d. Menceritakan pertolongan-pertolongan Ilahi
terhadap para nabi a.s. dan menekankan realiti bahawa peperangan ideologi itu
pasti berakhir dengan kemenangan di pihak para penolong Allah. Dengan demikian,
para nabi a.s. akan semakin tegar dalam menjalankan misi mereka, dan para
pengikut mereka akan lebih bersemangat untuk mengembang misi tersebut.
Realiti ini dapat kita renungkan bersama dalam
surah al-‘Ankabût [29] : 14-16, 28, 34, 37, 38, 39, dan 40.
e. Membenarkan khabar-khabar gembira dan
peringatan- peringatan Ilahi secara nyata dengan memberikan contoh-contoh nyata
tentang hal itu. Semua itu adalah suatu implementasi dari rahmat Ilahi bagi
orang-orang yang taat dan azab Ilahi bagi para pembangkang.
f. Menjelaskan rahmat dan nikmat Ilahi yang
telah dicurahkan atas para nabi a.s. sebagai hasil kedekatan hubungan mereka
dengan Allah. Sebagai contoh, hal ini dapat kita temukan dalam kisah Nabi
Sulaiman, Daud, Ibrahim, Isa, Zakaria, dan lain-lain.
g. Mengemukakan permusuhan kuno syaitan terhadap
umat manusia di mana ia selalu menanti kesempatan untuk menyesatkannya. Kisah
Nabi Adam a.s. adalah sebuah contoh riil untuk hal ini.
Faktor Pengulangan Kisah-kisah Al-Quran
Salah satu pembahasan penting yang mungkin sering kita pertanyakan
setiap kali kita menelaah kisah-kisah al-Quran adalah mengapa sebahagian kisah
al-Quran diulangi dalam surah yang lain?
Untuk menjawab pertanyaan itu, perlu kita perhatikan dua faktor
berikut ini:
a. Tujuan yang berbeza menuntut pengulangan
kisah. Setiap kisah yang disebutkan dalam sebuah surah al-Quran tentunya demi
mencapai sebuah tujuan tertentu. kerana terdapat tujuan lain yang berbeza
dengan tujuan tersebut, hal itu menuntut supaya kisah itu diulangi lagi di
surah lain demi mencapai tujuan yang lain pula. Oleh kerana itu, jika satu
tujuan telah menjadi faktor untuk sebuah kisah supaya disebutkan pada sebuah
surah, faktor lain yang berbeza dapat menjadi faktor tersendiri untuk kisah itu
supaya disebutkan lagi di surah yang lain.
b. Kerana dakwah Islam melalui sesi yang
berjenjang dan berbeza- beza, dan al-Quran juga turun sesuai dengan tuntutan
setiap sesi dakwah itu, secara logik kisah yang terdapat di dalamnya sesuai
dengan tujuan yang ingin dicapai dalam setiap sesi dakwah itu akan mengalami
pengulangan dalam beberapa surah.
Harapan kami, semoga rubrik ini dapat bermanfaat bagi kita dalam
mengembang risalah Ilahiah yang suci ini dan kisah-kisah para nabi a.s. ini
dapat menjadi model teladan dalam kita mengembang misi Ilahi. Amin!
Catatan
Saya zarmi sukses cuma
merangkum dari Internet.