KISAH
NABI YUNUS A.S.
Beliau adalah Nabi yang mulia yang
bemama Yunus bin Mata. Nabi Muhammad saw berkata: "Janganlah kalian
membanding-bandingkan aku atas Yunus bin Mata."
Mereka menamakannya
Yunus, Dzun Nun, dan Yunan. Beliau adalah seorang Nabi yang mulia yang diutus
oleh Allah s.w.t kepada kaumnya. Beliau menasihati mereka dan membimbing mereka
ke jalan kebenaran dan kebaikan; beliau mengingatkan mereka akan kedahsyatan
hari kiamat dan menakut-nakuti mereka dengan neraka dan mengiming-imingi mereka
dengan syurga; beliau memerintahkan mereka dengan kebaikan dan mengajak mereka
hanya menyembah kepada Allah s.w.t.
Nabi Yunus senantiasa
menasihati kaumnya namun tidak ada seorang pun yang beriman di antara mereka.
Datanglah suatu hari kepada Nabi Yunus di mana beliau merasakan keputusasaan
dari kaumnya. Hatinya dipenuhi dengan perasaan marah pada mereka namun mereka
tidak beriman. Kemudian beliau keluar dalam keadaan marah dan menetapkan untuk
meninggalkan mereka. Allah s.w.t menceritakan hal itu dalam firman- Nya:
"Dan (ingatlah
kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka
bahawa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya) maka ia menyeru dalam
keadaan yang sangat gelap: 'bahawa tidak ada Tuhan (yang berhak disembah)
selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang
zalim.'" (QS. al-Anbiya': 87)
Tidak ada seorang pun
yang mengetahui gejolak perasaan dalam diri Nabi Yunus selain Allah s.w.t. Nabi
Yunus tampak terpukul dan marah pada kaumnya. Dalam keadaan demikian, beliau
meninggalkan kaumnya. Beliau pergi ke tepi laut dan menaiki perahu yang dapat
memindahkannya ke tempat yang lain. Allah s.w.t belum mengeluarkan
keputusan-Nya untuk meninggalkan kaumnya atau bersikap putus asa dari kaumnya. Yunus
mengira bahawa Allah s.w.t tidak mungkin menurunkan hukuman kepadanya kerana ia
meninggalkan kaumnya. Saat itu Nabi Yunus seakan-akan lupa bahawa seorang nabi
diperintah hanya untuk berdakwah di jalan Allah s.w.t. Namun keberhasilan atau
tidak keberhasilan dakwah tidak menjadi tanggungjawabnya. Jadi, tugasnya hanya
berdakwah di jalan Allah s.w.t dan menyerahkan sepenuhnya masalah keberhasilan
atau ketidakberhasilannya terhadap Allah s.w.t semata.
Terdapat perahu yang
berlabuh di pelabuhan kecil. Saat itu matahari tampak akan tenggelam. Ombak
memukul tepi pantai dan memecahkan batu-batuan. Nabi Yunus melihat ikan kecil
sedang berusaha untuk melawan ombak namun ia tidak mengetahui apa yang
dilakukan. Tiba- tiba datanglah ombak besar yang memukul ikan itu dan
menyebabkan ikan itu berbenturan dengan batu. Melihat kejadian ini, Nabi Yunus
merasakan kesedihan. Nabi Yunus berkata dalam dirinya: "Seandainya ikan
itu bersama ikan yang besar barangkali ia akan selamat. Kemudian Nabi Yunus
mengingat-ingat kembali keadaannya dan bagaimana beliau meninggalkan kaumnya.
Akhirnya, kemarahan dan kesedihan beliau bertambah.
Nabi Yunus pun menaiki
perahu dalam keadaan guncang jiwanya. Beliau tidak mengetahui bahawa beliau
lari dari ketentuan Allah s.w.t menuju ketentuan Allah s.w.t yang lain; beliau
tidak membawa makanan dan juga kantong yang berisi bawaan atau perbekalan, dan
tidak ada seorang pun dari teman-temannya yang menemaninya; beliau benar-benar
sendirian; beliau melangkahkan kakinya di atas permukaan perahu.
Si nahkoda perahu
bertanya kepadanya: "Apa yang engkau inginkan?" Mendengar pertanyaan
itu, Nabi Yunus pun bangkit: "Saya ingin untuk bepergian dengan
perahu-perahu kalian. Apakah kita berlayar dalam waktu yang lama?" Nabi
Yunus menampakkan suara yang penuh kemarahan, rasa takut, dan kegelisahan.
Nahkoda itu berkata sambil mengangkat kepalanya: "Kita akan berlayar
meskipun air tampak sedang pasang." Nabi Yunus berkata dengan mencoba
sabar dan menyembunyikan kegelisahannya: "Tidakkah engkau mendahului agar
jangan sampai pasang itu terjadi wahai tuanku?" Si nahkoda berkata:
"Laut kita biasanya terkena pasang, maka ia akan segera mereda ketika
melihat seorang musafir yang mulia." Yunus bertanya: "Aku akan pergi
bersama kalian dan berapa ongkos perjalanan?" Si nahkoda menjawab:
"Kami tidak menerima ongkos selain emas." Yunus berkata: "Tidak
jadi masalah."
Nahkoda itu
memperhatikan Nabi Yunus. Ia adalah seorang yang berpengalaman di mana ia
sering mondar-mandir dari satu pelabuhan ke pelabuhan yang lain. Seringnya ia
mengunjungi suatu tempat ke tempat yang lain menjadikannya seorang lelaki yang
mampu menangkap perasaan manusia. Nahkoda itu merasakan dan mengetahui bahawa
Nabi Yunus lari dari sesuatu. Nahkoda itu membayangkan bahawa Nabi Yunus
melakukan suatu kesalahan tetapi ia tidak berani untuk mengungkapkan kesalahan
kepada pelakunya kecuali jika pelakunya seorang yang bangkrut. Ia meminta
kepada Nabi Yunus untuk membayar ongkos sebanyak tiga kali lipat dari vang
biasa dibayar musafir. Nabi Yunus saat itu merasakan kesempitan dalam dadanya
dan diliputi dengan kemarahan yang keras dan keinginan kuat untuk meninggalkan
negerinya sehingga ia pun memberikan apa yang diminta oleh si nahkoda.
Nahkoda itu
memperhatikan kepingan-kepingan emas yang ada di tangannya dan ia menggigit
sebagaiannya dengan giginya. Barangkali ia akan menemukan potongan emas yang
palsu namun ia tidak menemukannya. Nabi Yunus hanya berdiri menyaksikan semua
itu sementara dadanya tampak terombang-ambing: terkadang naik dan terkadang
turun laksana ayunan. Nabi Yunus berkata: "Tuanku tentukan bagiku kamarku.
Aku tampak letih dan ingin istirahat sebentar." Si nahkoda berkata:
"Memang itu tampak di raut wajahmu. Itu kamarmu," sambil ia menunjuk
dengan tangannya. Kemudian Nabi Yunus membaringkan diri di atas kasur dan
beliau berusaha untuk tidur tetapi usahanya itu sia-sia. Adalah gambar ikan
kecil yang hancur berbenturan dengan batu menyebabkan beliau tidak dapat tidur
dengan tenang. Nabi Yunus merasakan bahawa atap kamar akan jatuh menimpa
dirinya. Akhirnya, Nabi Yunus tidur di atas kasurnya di mana kedua bola matanya
berputar-putar di atas atap kamar tetapi pandangan-pandangannya yang gelisah
itu tidak menemukan tempat perlindungan. Tempat tinggalnya di kamar itu dan
atapnya dan sisi-sisinya tampak semuanya akan runtuh. Nabi Yunus pun mulai
mengeluh dan berkata: "Demikian juga hatiku yang tergantung dalam
jiwaku."
Demikianlah, terjadi
suatu pergulatan penderitaan yang hebat dalam diri Nabi Yunus saat ia terbaring
di atas ranjangnya. Penderitaan yang keras cukup memberatkannya sehingga beliau
pun bangkit kembali dari tempat tidurnya tanpa sebab yang dapat dipahami. Dan
tibalah waktu pasang. Perahu melemparkan tali-talinya. Kemudian perahu itu
berjalan sepanjang siang dan ia memecah airnya dengan tenang, dan angin pun
bertiup padanya dengan sangat lembut dan baik. Lalu kegelapan menyelimuti
perahu itu dan tiba-tiba lautan pun berubah. Bertiuplah angin yang cukup
kencang yang sangat mengerikan yang nyaris menghancurkan perahu dan bergolaklah
ombak yang cukup dahsyat laksana orang yang kehilangan akalnya. Ombak itu
meninggi bagaikan gunung dan menurun bagaikan lembah.
Mulailah gelombang
ombak menyapu permukaan perahu sehingga para awak perahu itu pun mulai terkena
air. Dan di belakang perahu itu terdapat ikan paus yang besar yang mulai
mengintai. Ia membuka mulutnya. Kemudian terdapat perintah kepada ikan paus itu
untuk bergerak menuju permukaan laut. Ikan paus itu menaati perintah dari Allah
s.w.t dan ia segera menuju permukaan laut. Ia mulai mengikuti perahu itu
sebagaimana perintah yang diterimanya. Angin yang keras tetap bertiup kemudian
kepala perahu mengisyaratkan dengan tangannya agar beban perahu dikurangi. Dan
angin semakin bertiup kencang. Sementara itu, Nabi Yunus merasakan ketakutan.
Dalam tidurnya beliau melihat segala sesuatu berguncang di kamarnya. Beliau
berusaha berdiri tegak, tetapi tidak mampu. Kemudian kepala perahu berteriak
dan berkata: "Sungguh angin kencang bertiup tidak seperti biasanya.
Bersama kita seseorang lelaki yang salah sehingga kerananya angin ini bertiup
dengan kencang. Kita akan melakukan undian pada semua awak. Barangsiapa yang
namanya keluar kami akan membuangnya ke lautan."
Nabi Yunus mengetahui
bahawa ini adalah tradisi dari tradisi-tradisi yang biasa dilakukan oleh awak perahu
jika mereka menghadapi angin yang keras. Tetapi saat itu beliau terpaksa harus
meng-ikutinya. Episode penderitaan Nabi Yunus akan dimulai. Beliau adalah
seorang Nabi yang mulia tetapi harus tunduk pada hukum ala berhala yang
menganggap bahawa lautan mempunyai tuhan. Dengan kepercayaan itu, mereka
meyakini bahawa bertiupnya angin yang kencang akibat murka dari tuhan. Oleh
kerana itu, harus diadakan upaya untuk menenangkan dan memuaskan tuhan-tuhan
yang mereka yakini itu. Nabi Yunus pun terpaksa mengikuti undian itu. Nama
beliau dimasukkan bersama dengan nama penumpang lainya, dan dilakukanlah
undian. Yang keluar justru namanya. Lalu diadakan undian yang kedua, dan kali
ini pun yang keluar nama Nabi Yunus. Akhirnya, diadakan undian yang ketiga.
Lagi-lagi yang keluar nama Nabi Yunus. Kemudian ditetapkan bahawa Nabi Yunus
harus dibuang ke lautan. Saat itu para awak penumpang memperhatikan Nabi Yunus.
Nabi Yunus mengetahui bahawa beliau berbuat kesalahan ketika meninggalkan
kaumnya dalam keadaan marah. Nabi Yunus mengira bahawa Allah s.w.t tidak akan
menurunkan hukuman padanya. Namun ia dianggap salah kerana meninggalkan kaumnya
tanpa izin-Nya. Allah s.w.t memberikan pelajaran kepadanya.
Nabi Yunus berdiri di
samping perahu dan melihat lautan yang dipenuhi dengan ombak yang mengerikan.
Dunia saat itu gelap dan di sana tidak ada cahaya bulan. Bintang-bintang
bersembunyi di balik kegelapan. Warna air tampak gelap dan hawa dingin menembus
tulang. Alhasil, air menutupi segala sesuatu. Kemudian nahkoda perahu berteriak:
"Lompatlah wahai musafir yang misterius." Tiupan angin semakin
kencang. Nabi Yunus berusaha menjaga keseimbangannya, dan beliau menampakkan
keberaniannya saat ingin terjun ke lautan. Nabi Yunus pun terjun dan berada di
permukaan lautan laksana sampang yang mengambang. Ikan paus berada di depannya.
Ikan itu mulai tersenyum kerana Allah s.w.t telah mengirim padanya makanan
malam. Kemudian ikan itu menangkap Nabi Yunus di tengah-tengah ombak. Kemudian
ikan itu kembali ke dasar lautan. Ikan itu kembali dalam keadaaan puas setelah
memenuhi perutnya.
Nabi Yunus sangat
terkejut ketika mendapati dirinya dalam perut ikan. Ikan itu membawanya ke
dasar lautan dan lautan membawanya ke kegelapan malam. Tiga kegelapan:
kegelapan di dalam perut ikan, kegelapan di dasar lautan, dan kegelapan malam.
Nabi Yunus merasakan bahawa dirinya telah mati. Beliau mencoba menggerakan
panca inderanya dan anggota tubuhnya masih bergerak. Kalau begitu, beliau masih
hidup. Beliau terpenjara dalam tiga kegelapan.
Yunus mulai menangis
dan bertasbih kepada Allah. Beliau mulai melakukan perjalanan menuju Allah saat
beliau terpenjara di dalam tiga kegelapan. Hatinya mulai bergerak untuk
bertasbih kepada Allah, dan lisannya pun mulai mengikutinya. Beliau mengatakan:
"Tiada Tuhan selain Engkau ya Allah. Wahai Yang Maha Suci. Sesungguhnya
aku termasuk orang yang menganiaya diri sendiri." (QS. Hud: 87)
Ketika terpenjara di
perut ikan, beliau tetap bertasbih kepada Allah s.w.t. Ikan itu sendiri tampak
kelelahan saat harus berenang cukup jauh. Kemudian ikan itu tertidur di dasar
lautan. Sementara itu, Nabi Yunus masih bertasbih kepada Allah s.w.t. Beliau
tidak henti-hentinya bertasbih dan tidak henti-hentinya menangis. Beliau tidak
makan, tidak minum, dan tidak bergerak. Beliau berpuasa dan berbuka dengan
tasbih. Ikan- ikan yang lain dan tumbuh-tumbuhan dan semua makhluk yang hidup
di dasar lautan mendengar tasbih Nabi Yunus. Tasbih itu berasal dari perut ikan
paus ini. Kemudian semua makhluk-makhluk itu berkumpul di sekitar ikan paus itu
dan mereka pun ikut bertasbih kepada Allah s.w.t. Setiap dari mereka bertasbih
dengan caranya dan bahasanya sendiri.
Ikan paus yang memakan
Nabi Yunus itu terbangun dan mendengar suara- suara tasbih begitu riuh dan
gemuruh. Ia menyaksikan di dasar lautan terjadi suatu perayaan besar yang
dihadiri oleh ikan-ikan dan hewan- hewan lainya, bahkan batu-batuan dan pasir
semuanya bertasbih kepada Allah s.w.t dan ia pun tidak ketinggalan ikut serta
bersama mereka bertasbih kepada Allah s.w.t. Dan ia mulai menyadari bahawa ia
sedang menelan seorang Nabi. Ikan paus itu merasakan ketakutan tetapi ia
berkata dalam dirinya mengapa aku takut? Bukankah Allah s.w.t yang
memerintahkan aku untuk memakannya. Nabi Yunus tetap tinggal di perut ikan
selama beberapa waktu yang kita tidak mengetahui batasannya. Selama itu juga
beliau selalu memenuhi hatinya dengan bertasbih kepada Allah s.w.t dan selalu
menampakkan penyesalan dan menangis: "Tiada Tuhan selain Engkau ya Allah Yang
Maha Suci. Sesungguhnya aku termasuk orang yang menganiaya diri sendiri."
Allah s.w.t melihat ketulusan taubat Nabi Yunus. Allah s.w.t mendengar
tasbihnya di dalam perut ikan. Kemudian Allah s.w.t menurunkan perintah kepada
ikan itu agar mengeluarkan Yunus ke permukaan laut dan membuangnya di suatu
pulau yang ditentukan oleh Allah s.w.t.
Ikan itu pun menaati
perintah Ilahi. Tubuh Nabi Yunus merasakan kepanasan di perut ikan. Beliau
tampak sakit, lalu matahari bersinar dan menyentuh badannya yang kepanasan itu.
Beliau berteriak kerana tidak kuatnya menahan rasa sakit namun beliau mampu
menahan diri dan kembali bertasbih. Kemudian Allah s.w.t menumbuhkan pohon
Yaqthin, yaitu pohon yang daun-daunnya lebar yang dapat melindungi dari sinar
matahari. Dan Allah s.w.t menyembuhkannya dan mengampuninya. Allah s.w.t
memberitahunya bahawa kalau bukan kerana tasbih yang diucapkannya nescaya ia
akan tetap tinggal di perut ikan sampai hari kiamat.
Allah s.w.t berfirman:
"Sesungguhnya
Yunus benar-benar salah seorang rasul. (Ingatlah) ketika ia lari ke kapal yang
penuh muatan, kemudian ia ikut berundi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah
dalam undian. Maka ia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. Maka kalau
sekiranya ia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, nescaya ia
akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit. Kemudian Kami
lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang ia dalam keadaan sakit. Dan kami
tumbuhkan untuk dia sebatang pohon dari jenis labu. Dan Kami utus dia kepada
seratus orang atau lebih. Lalu mereka beriman, kerana itu Kami anugerahkan
kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu." (QS.
ash-Shaffat: 139-148)
"Dan
(ingatlah kisah) Dzunnun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah,
lalu mereka menyangka bahawa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya),
maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: 'bahawa tidak ada Tuhan (yang
berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah
orang-orang yang zalim.' Maka Kami telah memperkenankan doanya dan
menyelamatkannya dari kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang
yang beriman." (QS. al-Anbiya': 87-88)
Kita sekarang ingin
membahas masalah yang menurut ulama disebut sebagai dosa Nabi Yunus. Apakah
Nabi Yunus melakukan suatu dosa dalam pengertian yang hakiki, dan apakah para
nabi memang berdosa? Jawabannya adalah: Para nabi adalah orang-orang yang
maksum tetapi kemaksuman ini tidak bererti bahawa mereka tidak melakukan
sesuatu yang menurut Allah s.w.t itu pantas mendapatkan celaan (hukuman). Jadi
masalahnya agak relatif. Menurut orang-orang yang dekat dengan Allah s.w.t:
Kebaikkan orang-orang yang baik dianggap keburukaan bagi al-Muqarrabin
(orang-orang yang dekat dengan Allah s.w.t). Ini memang benar. Sekarang, marilah
kita amati kasus Nabi Yunus. Beliau meninggalkan desanya yang banyak dipenuhi
oleh orang-orang vang menentang. Seandainya ini dilakukan oleh orang biasa atau
oleh orang yang saleh selain Nabi Yunus maka hal itu merupakan suatu kebaikan
dan kerananya ia diberi pahala. Sebab, ia berusaha menyelamatkan agamanya dari
kaum yang durhaka. Tetapi Nabi Yunus adalah seorang Nabi yang diutus oleh Allah
s.w.t kepada mereka. Seharusnya ia menyampaikan dakwah di jalan Allah s.w.t dan
ia tidak peduli dengan hasil dakwahnya. Tugas beliau hanya sekadar menyampaikan
agama. Keluarnya beliau dari desa itu - dalam kacamata para nabi - adalah hal
yang mengharuskan datangnya pelajaran dari Allah s.w.t dan hukuman- Nya
padanya.
Allah s.w.t memberikan
suatu pelajaran kepada Yunus dalam hal dakwah di jalan-Nya. Allah s.w.t
mengutusnya hanya untuk berdakwah. Inilah batasan dakwahnya dan beliau tidak
perlu peduli dengan kaumnya yang tidak mengikutinya dan kerana itu beliau tidak
harus menjadi sedih dan marah. Nabi Luth tetap tinggal di kaumnya meskipun
selama bertahun- tahun berdakwah beliau tidak mendapati seorang pun beriman.
Meskipun demikan, Nabi Luth tidak meninggalkan mereka. Ia tidak lari dari
keluarganya dan dari desanya. Beliau tetap berdakwah di jalan Allah s.w.t sehingga
datang perintah Allah s.w.t melalui para malaikat-Nya yang mengizinkan beliau
untuk pergi. Saat itulah beliau pergi. Seandainya beliau pergi sebelumnya
nescaya beliau akan mendapatkan siksaan seperti yang diterima oleh Nabi Yunus.
Jadi, Nabi Yunus keluar tanpa izin. Lalu perhatikan apa yang terjadi pada
kaumnya. Mereka telah beriman setelah keluamya Nabi Yunus. Allah s.w.t
berfirman:
"Dan mengapa
tidak ada penduduk suatu kota yang beriman, lalu imannya itu bermanfaat
kepadanya selain kaum Yunus? Tatkala mereka (kaum Yunus itu) beriman, Kami
hilangkan dari mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia, dan Kami
beri kesenangan kepada mereka sampai waktu yang tertentu." (QS. Yunus: 98)
Demikianlah, desa Nabi
Yunus beriman. Seandainya ia tetap tinggal bersama mereka nescaya ia akan
mengetahuinya dan hatinya menjadi tenang serta kemarahannya akan menjadi
hilang. Tampaknya beliau tergesa-gesa dan tentu sikap tergesa-gesa ini
berangkat dari keinginannya agar manusia beriman. Usaha Nabi Yunus untuk meninggalkan
mereka adalah sebagai ungkapan kebenciannya kepada mereka atas ketidakimanan
mereka. Maka Allah s.w.t menghukumnya dan mengajarinya bahawa tugas seorang
nabi hanya menyampaikan agama. Seorang nabi tidak dibebani urusan keimanan
manusia; seorang nabi tidak bertanggung jawab atas pengingkaran manusia; dan
seorang nabi tidak dapat memberikan hidayah (petunjuk) kepada mereka.
Yunus bin Matta adalah
seorang nabi yang di utuskan oleh Allah s.w.t untuk berdakwah di sebuah tempat
bernama Niwana. Nabi Yunus seorang pendatang ke Niwana semata-mata atas
perintah Allah s.w.t untuk berdakwah kepada penduduknya.
Nabi Yunus mendapati
penduduk Niwana merupakan manusia yang menyekutukan Allah dengan menyembah
berhala. Nabi Yunus mengajar mereka tentang ilmu tauhid dan keimanan. Nabi
Yunus juga memberi nasihat kepada mereka tentang kebodohan mereka menyembah
berhala sedangkan berhala itu adalah hasil buatan manusia. Nabi Yunus
menasihatkan mereka bahawa berhala tersebut tidak dapat memberi apa-apa manfaat
kerana berhala itu tidak boleh bergerak dan berkata- kata. Nabi Yunus
mengingatkan mereka supaya menyembah Allah s.w.t yang telah menciptakan manusia
dan Allah sajalah yang wajib ditaati.
Oleh kerana ajaran
yang di bawa oleh Nabi Yunus itu ajaran baru, maka tidak ramai manusia yang
mahu menerimanya. Mereka lebih suka menyembah berhala-berhala yang di sembah
oleh datuk nenek mereka secara turun temurun. Walaupun Nabi Yunus memberi
nasihat, tetapi mereka tetap berkeras dengan berkata "Ini adalah Tuhan
kami (yakni berhala-berhala), datuk nenek kami telah lama menyembah tuhan-tuhan
kami dan kami tetap tidak akan berganjak dari meninggalkan agama kami".
Nabi Yunus berkata
"Aku hanya menyampai apa yang Allah menyuruh aku sampaikan kepada kamu
semua, oleh itu kamu beriman dan bertauhidlah menurut agama yang aku bawa
sebagai amanat Allah s.w.t". Berkata Nabi Yunus lagi "Aku ini
hanyalah pesuruh yang mana Allah s.w.t telah perintahkan kepadaku supaya
menyelamatkan kamu semua daripada lembah kesesatan dan lembah kegelapan serta
menyiarkan kepada kamu tentang agama yang suci bersih lagi murni dan
membersihkan hati-hati kamu dari kufur dan syirik, demi untuk kebaikan kamu di
dunia dan di akhirat."
Walaupaun Nabi Yunus
telah memberi nasihat serta pengajaran supaya kembali ke pangkal jalan, mereka
tetap dengan pendiriannya dan berkata "walau apa sekalipun kamu katakan
kepada kami, kami tetap tidak akan berganjak dari agama kami dan kami juga
tidak takut walau apa pun ancaman yang kamu katakan dan kalau mahu cubalah
datangkan ancaman itu kepada kami, kalau kamu memang orang yang benar."
Setelah Nabi Yunus
melihat keadaan mereka yang tidak menerima peringatannya itu, maka Nabi Yunus
pun meninggalkan Niwana dengan rasa amat marah. Nabi Yunus berdoa kepada Allah
supaya mereka yang keras kepala menerima hukuman yang sewajarnya. Sejak Nabi
Yunus meninggalkan Niwana mereka gelisah melihatkan perubahan yang berlaku di
tempat tinggal masing-masing.
Penduduk melihat
Niwawa mengalami kegelapan, binatang peliharaan mereka juga seperti tidak
tenteram dan di tambah pula dengan angin yang sangat kuat serta guruh yang
mengegarkan. Dengan berlakunya perkara-perkara ini maka tahulah mereka bahawa
ajaran yang dibawa oleh Nabi Yunus itu adalah ajaran yang benar dan bukan satu
ajaran yang direka. Akhirnya mereka menyesal dan keluar beramai-ramai dari kota
pergi ke bukit lalu meminta ampun dan rahmat Allah s.w.t agar dijauhkan
daripada sebarang malapetaka.
Allah s.w.t Maha
Mengetahui akan hambaNya yang menyesal dan mohon ampun dariNya, maka Allah s.w.t
pun menerima permintaan mereka, lalu Niwana yang gelap bertukar menjadi cerah,
binatang ternakan tidak lagi dalam ketakutan dan mereka kembali tenang.
Akhirnya mereka semua kembali dengan bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah
menyelamatkan mereka dari bahaya malapetaka. Nabi Yunus telah meninggalkan
Niwana membawa diri tanpa tujuan.
Baginda naik bukit
turun bulit, naik gunung turun gunung dan akhirnya ia sampai di pantai.
Kebetulan pada masa itu dia melihat sebuah kapal hendak belayar, maka dia pun
menghampiri pemilik kapal itu untuk turut serta belayar bersamanya. Setelah
diberi keizinan maka Nabi Yunus menumpang kapal tersebut. Dalam pelayaran itu,
kapal yang ditumpangi Nabi Yunus telah dilanda ribut taufan yang kuat.
Oleh itu kapten kapal
telah memutuskan supaya barang yang dibawa hendaklah dikurangkan. Ini termasuk
penghuni kapal kapal tersebut. Satu pengundian telah dibuat dan dalam undian
tersebut Nabi Yunus dipilih sebagai orang yang harus dibuang ke laut. Oleh
sebab Nabi Yunus adalah orang yang sangat dihormati dan disanjung, maka mereka
mengadakan pemilihan sekali lagi dan kali kedua Nabi Yunus tetap terpilih.
Maka mereka mengundi
sekali lagi dan akhirnya Nabi Yunus tahu bahawa ia adalah kehendak Allah. Nabi
Yunus memikirkan kesalahannya kerana meninggalkan Niwana tanpa mendapat
persetujuan Allah. Ia berfikir keputusan undi itu adalah disebabkan untuk
menebus dosa yang telah dilakukannya. Nabi Yunus beristikharah, tanpa ragu-ragu
Nabi Yunus terjun ke dalam laut yang sedang bergelombang ganas.
Ketika Nabi Yunus
sedang berlawan dengan gelombang, maka Allah s.w.t mengarahkan seekor ikan nun
(yu) supaya menelan Nabi Yunus hidup- hidup, maka ikan nun yang muncul itu pun
menelan Nabi Yunus dan menyimpannya dalam perut tanpa ada cacat-celanya. Ketika
Nani Yunus berada dalam perut ikan nun dia berdoa kepada Allah supaya
mengampuni dosa yang telah dilakukan. Lalu Nabi Yunus membaca doa: "Tidak
ada Tuhan yang benar di sembah hanya Engkau ya Allah, mahasuci Engkau aku
adalah orang yang membuat zalim atas diriku."
Maka Allah perkenankan
permintaannya dan Allah lepaskan dia daripada kedukaan. Demikianlah Allah
selamatkan orang yang beriman. Rasulullah bersabda maksudnya:
"Nama tuhan yang
mulia, siapa yang berdoa dengan nama itu akan diperkenankan doanya. Siapa yang
meminta dengan nama itu, akan diberi apa yang diucapkan oleh Nabi Yunus dalam
perut ikan nun." Firman Allah bermaksud "Jika tidak kerana dia (Nabi
Yunus) daripada orang yang selalu mengucapkan tasbih, nescaya tidaklah ia dapat
keluar dari perut ikan sampai hari kiamat."
Setelah beberapa lama
Nabi Yunus berada dalam perut ikan nun, maka Allah pun melemparkan Nabi Yunus
ke darat. Di tempat Nabi Yunus dilemparkan Allah menghidupkan pokok labu yang
dapat Nabi Yunus bernaung di bawahnya dan dapat pula ia makan buat tersebut dan
kembali segar. Ketika Nabi Yunus dilemparkan ke darat keadaannya amat letih.
Setelah Nabi Yunus
berasa segar kembali maka Allah telah memerintahkannya supaya kembali ke
Niwana. Nabi Yunus terkejut kerana penduduk sedang menanti kepulangannya.
Penduduk tersebut meminta Nabi Yunus mengajar untuk menyempurnakan akidah dan
imam mereka. Nabi Yunus berasa hairan kerana penduduk Niwana dahulunya terdiri
daripada orang yang ingkar dengan perintah Allah tetapi kini hidup dan mati
mereka semata-mata kerana Allah.