KISAH NABI YAHYA A.S.
Allah SWT berfirman:
"Di sanalah Zakaria berdoa
kepada Tuhannya seraya berkata: 'Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau
seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa. Kemudian
Malaikat (Jibril) memanggil Zakaria, sedang ia tengah berdiri melakukan solat
di mihrab (katanya): 'Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran
(seorang puteramu) Yahya, yang membenarkan kalimat (yang datang) dari Allah,
menjadi ikutan, menahan diri (dari hawa nafsu) dan seorang nabi termasuk
keturunan orang-orang soleh." (QS. Ali 'Imran: 38-39)
"Hai Yahya, ambilah al-Kitab
(Taurat) itu dengan sungguh-sungguh. Dan Kami berikan kepadanya hikmah selagi
ia masih anak-anak, dan rasa belas kasihan yang mendalam dari sisi Kami dan
kesucian (dari dosa). Dan ia adalah seorang yang bertakwa, dan banyak berbakti
kepada kedua orang tuanya, dan bukanlah ia orang yang sombong dan derhaka.
Kesejahteraan atas dirinya pada hari ia dilahirkan, dan pada hari itu ia
meninggal dan pada hari ia dibangkitkan kembali." (QS. Maryam: 12-15)
"Hai Zakaria, sesungguhnya Kami
memberi khabar gembira kepadamu akan (memperoleh) seorang anak yang namanya
Yahya, yang sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan
dia." (QS. Maryam: 7)
Inilah Yahya seorang Nabi yang Allah
SWT bersaksi bahawa sebelumnya tak seorang pun yang serupa dengannya. Yaitu
seorang Nabi yang Allah SWT berkata tentangnya:
"Dan rasa belas kasihan yang
mendalam dari sisi Kami." (QS. Maryam: 13)
Sebagaimana Khidir diberi ilmu dari
sisi Allah SWT, maka Yahya diberi rasa cinta dari sisi Allah SWT. Al-Hanan
ialah ilmu yang luas yang terkandung di dalamnya sesuatu kecintaan yang dalam
terhadap makhluk dan alam. Hanan ialah salah satu dari tingkat cinta yang
bersumber dari ilmu. Yahya adalah seorang Nabi yang menjadi cermin dari ibadah,
zuhud, dan cinta. Nabi Yahya mengungkapkan cinta kepada semua makhluk. Ia
dicintai oleh manusia, burung-burung, binatang buas, bahkan gurun dan gunung. Darah
Nabi Yahya tertumpah ketika beliau berusaha mempertahankan kebenaran yang
disampaikannya di istana raja yang lalim. Peristiwa tragis itu berkaitan dengan
seorang penari pelacur. Para ulama banyak menyebutkan keutamaan Yahya. Yahya
hidup sezaman dengan Nabi Isa dan termasuk kerabat dekatnya dari sisi ibu (anak
bibinya).
Ada hadis yang meriwayatkan bahawa
Yahya dan Isa pernah bertemu pada suatu hari. Lalu Isa berkata kepada Yahya,
mintakanlah ampun bagiku wahai Yahya. Sesungguhnya engkau lebih baik daripada
aku. Yahya berkata: "Mintakanlah ampun bagiku wahai Isa kerana engkau
lebih baik daripada aku." Isa berkata: "Tidak, engkaulah yang lebih
baik daripada aku. Engkau mengucapkan salam kepadaku sedangkan Allah SWT
mengucapkan salam kepadamu." Kisah tersebut menunjukkan keutamaan Yahya
ketika Allah S"WT menyampaikan salam kepadanya pada hari ia dilahirkan,
pada hari ia mati, dan pada hari ia dibangkitkan kembali dalam keadaan hidup.
Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw pernah pergi dan menemui para sahabatnya.
Pada suatu hari, beliau mendapati mereka sedang menyebut-nyebut keutamaan para
nabi. Ada yang mengatakan, Musa kalimullah (seorang nabi yang diajak bicara
oleh Allah SWT). Ada yang mengatakan, Isa ruhullah (tiupan roh Allah SWT). Dan
ada juga yang mengatakan, Ibrahim khalilullah (seorang kekasih Allah SWT).
Demikianlah para sahabat berbicara
tentang para nabi lalu Rasulullah saw menemui mereka. Ketika Rasul saw
mendapati mereka tidak menyebut nama Yahya, beliau berkata: "Di manakah
putera seorang syahid yang mendapatkan banyak penderitaan, yang memakan pohon
kerana takut dosa, di manakah Yahya bin Zakaria."
Sementara itu, datanglah musim semi
di Palestina dan bumi tampak semakin menghijau dan langit semakin terang. Bulan
dengan cahayanya menembus puncak-puncak pohon dan kebun. Bunga-bunga mawar dan
jeruk semakin berkembang dan baunya tersebar ke udara. Dan burung- burung yang
sedang berterbangan tampak bernyanyi dan melantunkan lagu-lagu kegembiraan di
tengah-tengah suasana yang ceria dan penuh keindahan.
Kemudian lahirlah Yahya. Kelahiran
Yahya dipenuhi banyak mukjizat. Beliau lahir pada saat ayahnya Zakaria berusia
lanjut sehingga tampak seakan-akan ia putus asa kerana tidak akan mempunyai
keturunan. Beliau lahir melalui doa yang suci yang bersumber dari hati Nabi
Zakaria yang suci dan tulus. Nabi Yahya lahir di tengah-tengah masa yang
dipenuhi dengan puncak kesucian sebagaimana juga dihiasi dengan puncak
kelaliman. Maryam adalah simbol puncak kesucian di zamannya. Mihrabnya penuh
dengan bau yang harum yang memancarkan kalimat- kalimat solat yang terus
menerus dan zikir yang bersumber dari hati yang suci. Masjid tampak dipenuhi
dengan gelombang orang-orang yang solat dan orang-orang mukmin yang berzikir.
Namun nun jauh di sana kelaliman tetap membunyikan genderangnya.
Yahya dilahirkan dan masa kecilnya
tidak seperti lazimnya masa yang dilalui oleh anak-anak. Umumnya anak-anak saat
itu bermain hal-hal yang tidak berguna, sedangkan Yahya tampak serius sejak
beliau kecil. Anak-anak kecil saat itu merasa senang dan terhibur ketika mereka
menyeksa binatang, sementara Yahya justru memberi makan bintang- binatang dan
burung dari makanannya sebagai bentuk belas kasihan darinya, bahkan terkadang
Yahya sendiri makan dari daun-daun pohon atau buahnya. Ketika beliau menginjak
usia dewasa, maka cahaya wajahnya semakin bersinar dan hatinya penuh dengan
hikmah dan cinta kepada Allah SWT serta kedamaian. Yahya adalah seseorang yang
menyukai membaca sejak usia dini. Beliau rajin membaca dan menggali ilmu.
Ketika beliau masih kecil, Allah SWT memanggilnya: "Hai Yahya, ambilah
al-Kitab (Taurat) itu dengan sungguh-sungguh. Dan Kami berikan kepadanya hikmah
selagi ia masih anak-anak."
Yahya mendapatkan perintah—saat
beliau masih kecil—untuk mengambil Kitab dengan kekuatan. Yakni, hendaklah ia
belajar kitab dengan penuh ketelitian, Yaitu kitab syariat. Allah SWT
memberinya kemampuan untuk mengetahui syariat dan memutuskan perkara manusia
saat beliau masih kecil. Yahya adalah orang yang paling alim di zamannya dan
paling banyak menerima hikmah. Beliau mempelajari syariat secara sempurna. Oleh
kerana itu, Allah SWT memberinya kekuasaan saat beliau masih kecil. Beliau
mampu menyelesaikan persoalan di antara manusia dan menjelaskan mereka
rahsia-rahsia agama, bahkan beliau mengenalkan mereka jalan kebenaran dan
mengingatkan mereka dari jalan kesalahan atau kebatilan. Kemudian Yahya semakin
dewasa dan ilmunya makin bertambah serta kasih sayangnya pun makin meningkat,
baik kepada kedua orang tuanya mahupun kepada binatang. Kasih sayang Nabi Yahya
meliputi segala sesuatu.
Beliau mengajak manusia untuk
bertaubat dari dosa mereka; beliau memandikan mereka di sungai Jordania agar
mereka menyucikan diri mereka dengan taubat; beliau mengajak mereka untuk
menyembah Allah SWT. Di sana tidak terdapat seseorang yang tidak suka kepada
Yahya atau menginginkan keburukan baginya. Yahya adalah seseorang yang sangat
dicintai oleh masyarakatnya kerana ia memang seorang yang penyayang, seorang
yang bertakwa, seorang yang alim, dan seorang yang berbudi mulia. Beliau keluar
dan pergi ke gunung dan kebun bahkan gurun dan tinggal di dalamnya selama
berbulan-bulan untuk menyembah Allah SWT dan menangis di hadapan-Nya serta
solat. Beliau merasakan kedamaian di daratan, bahkan beliau tidak memperhatikan
makanannya. Beliau makan dari daun-daun pohon dan minum dari air sungai. Bahkan
beliau makan belalang dan juga rumput. Beliau tidur di gua mana pun yang
ditemuinya di gunung dan lubang mana pun yang didapatinya di bumi.
Terkadang beliau masuk di suatu gua
gunung lalu beliau menemukan binatang buas di dalamnya seperti serigala atau
singa namun kerana kesibukannya dan konsentrasinya saat berzikir kepada Allah
SWT dan solat sehingga beliau tidak lagi memperhatikan serigala atau singa.
Serigala dan singa itu melihat Nabi Yahya lalu mereka mengetahui bahawa ini
adalah seorang Nabi Allah SWT yang sangat berbelas kasih kepada binatang, maka
binatang-binatang buas itu menundukkan kepalanya dan meninggalkan tempat itu
dengan tenang sehingga Nabi Yahya tidak mendengar suara mereka.
Pada kesempatan yang lain, Nabi
Yahya memberi makan binatang- binatang buas dengan penuh kasih sayang. Bahkan
beliau tidak makan di malam harinya kerana makanannya diberikan kepada
binatang-binatang itu. Beliau merasa puas saat menjadikan solat dan zikir
sebagai makanan dari hatinya sebelum beliau memberi makanan pada tubuhnya.
Beliau makan dari daun-daun pohon. Beliau bermalam atau bergadang dalam keadaan
air matanya berlinangan saat berzikir kepada Allah SWT dan tenggelam dalam
lautan cinta dan bersyukur kepada-Nya. Ketika Nabi Yahya berdiri di depan
manusia untuk mengajak mereka menyembah Allah SWT, maka beliau mampu membuat
mereka menangis kerana cinta dan khusyuk. Beliau mampu mempengaruhi hati mereka
dengan kebenaran yang dibawanya dan beliau menampakkan bahawa beliau memang
dekat dengan Allah SWT.
Pada suatu hari, Nabi Yahya keluar
menemui manusia. Masjid tampak ramai dipenuhi orang-orang. Nabi Yahya berdiri
dan beliau mulai berbicara: "Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan aku
untuk menyampaikan kalimat-kalimat yang telah aku kerjakan dan aku telah
memerintahkan kalian untuk juga mengerjakannya. Hendaklah kalian menyembah
Allah SWT dan tidak menyekutukan-Nya. Barang siapa yang menyekutukan Allah SWT
dan menyembah selain-Nya, maka ia seperti seorang budak yang dibeli oleh
majikannya lalu ia bekerja dan memberikan tenaganya kepada tuan selain tuannya.
Siapakah di antara kalian yang ingin memiliki budak seperti itu. Dan aku
memerintahkan kalian untuk melaksanakan solat. Sesungguhnya Allah SWT melihat
hamba-Nya saat ia solat. Oleh kerana itu, jika kalian solat, maka hendaklah
kalian berusaha untuk khusyuk. Aku pun memerintahkan kalian untuk berpuasa,
maka siapa yang melakukan demikian, maka ia seperti seseorang lelaki yang
mempunyai bingkisan dari misik yang baunya harum. Setiap lelaki ini berjalan,
maka akan terpancarlah bau harum misik darinya. Aku pun memerintahkan kalian
agar banyak melakukan zikir kepada Allah SWT, maka orang seperti itu seperti
seorang lelaki yang dicari-cari oleh musuhnya lalu ia segera berlindung dalam
benteng yang kuat. Dan benteng yang paling kuat adalah zikrullah dan tiada
keselamatan tanpa benteng itu."
Nabi Yahya mengakhiri nasihatnya
lalu ia turun dari mimbar dan kembali ke gurun. Di gurun itu hanya terdapat
pasir yang berterbangan dan tiada suara lain selain suara angin dan nafas pohon
serta suara kaki-kaki binatang buas dan gerakan batu-batu gunung. Di sanalah
Yahya berdiri di tengah-tengah kesunyian ini. Beliau melaksanakan solat dan
menangis.
Kemudian terjadilah pergelutan hebat
antara Nabi Yahya dan pemerintah yang berkuasa. Salah seorang penguasa di zaman
itu adalah seorang yang lalim dan sempit akalnya. Kerosakan tersebar di
istananya. Ia mendengar berita tentang Yahya. Ia heran kerana banyaknya manusia
yang memberikan penghargaan dan penghormatan yang luar biasa kepada Yahya
sedangkan ia sebagai seorang raja tidak mendapatkan penghormatan yang demikian
besar.
Raja tersebut ingin memperkosa
isteri saudaranya di mana ia mempunyai anak perempuan yang memiliki kecantikan
yang terkenal. Dalam cerita disebutkan bahawa anak perempuan itu mampu
melakukan tarian yang mengagumkan sambil memakai tujuh helai baju. Setiap ia
menari, maka terlepaslah setiap baju yang dipakainya dan pada tarian yang
terakhir, ia tampak dalam keadaan telanjang.
Raja bertanya kepada Yahya, apakah
ia boleh menikahi isteri saudaranya. Yahya menjawab, itu tidak diperbolehkan.
Raja tetap berbicara kepada Yahya dan mendesak kepadanya agar membolehkannya
menikah dengan wanita yang disukainya itu, dan hendaklah Yahya mencari solusi
atau fatwa yang sangat memuaskannya. Namun Yahya menolak keras untuk memenuhi
permintaan raja itu. Kemudian Yahya pun meninggalkannya. Akhirnya, raja tampak
marah kepada Yahya dan memerintahkan agar Yahya dipenjara. Kemudian raja itu
pun memperkosa isteri saudaranya. Anak perempuan wanita itu yang suka menari
telah melihat Yahya saat ia berbicara dengan raja. Anak perempuan itu sangat
tertarik akan ketampanan Yahya dan keagungan keperibadiannya.
Ringkasnya, wanita yang ahli menari
itu pun merasa jatuh cinta kepada Yahya. Ia pergi menemui Yahya di penjaranya
dan ia melihat Yahya dalam keadaan duduk solat dan menangis. Wanita itu terus
mengawasi Yahya saat beliau solat sampai selesai. Lalu ia meletakkan dirinya di
bawah kaki Yahya dan memintanya agar mencintainya sebagaimana ia mencintai
Yahya. Yahya menjawab bahawa di dalam hatinya tidak ada cinta lain selain cinta
kepada Allah SWT. Wanita itu pun bangkit dari tempatnya dalam keadaan putus
asa. Ia meninggalkan Yahya dalam keadaan hatinya dipenuhi kebencian padanya. Ia
kembali ke istana raja.
Waktu Isyak telah berakhir. Raja
mulai meminum minuman kesukaannya, yaitu khamr. Wanita itu memberikan minum
kepada raja. Makin banyaknya raja minum, sampai-sampai raja merasa bahawa
kepalanya seperti belon besar dan ia sebentar lagi akan terbang. Di sanalah
wanita penari itu segera memakai pakaian tarian dan kembali kepada raja. Raja
melihatnya dan ia merasa kepalanya bertambah besar dan wanita itu mulai menari.
Lalu dipukullah rebana dan berbagai alat muzik sehingga wanita itu tampak
menari dan menikmati tariannya. Pada tarian ke tujuh ia berhenti lalu membuka
wajahnya sambil berkata kepada raja: "Wahai tuanku, aku ingin bertanya
sedikit kepadamu." Raja yang sedang mabuk itu berkata: "Segala
sesuatu yang engkau inginkan akan kuberikan kepadamu sekarang juga."
Wanita itu berkata: "Aku menginginkan kepala Yahya bin Zakaria."
Mendengar perkataan itu, raja segera
sadar dari mabuknya lalu ia merasakan ketakutan. Ia berkata kepadanya:
"Mintalah kepadaku yang lain saja." Wanita itu berkata: "Aku
menginginkan darah Yahya bin Zakaria." Wanita ini adalah simbol keburukan.
Raja berkata sambil minum minuman keras yang keempat kalinya setelah empat
puluh kali: "Bunuhlah Yahya!" Akhirnya, pemimpin pasukan raja
mengeluarkan perintah kepada anak buahnya untuk menghabisi Yahya. Kemudian
Yahya menemui ajalnya secara tragis dan meneguk madu syahadah.
Injil Mata pada pasal yang keempat
belas menyebutkan suatu riwayat sebagai berikut:
"Hirdus telah menangkap Yuhana
lalu ia memasukkan ke dalam penjara kerana Hirduya isteri dari saudaranya.
Sebab Yuhana berkata kepadanya, engkau tidak boleh mengambilnya sebagai
isterimu. Ia ingin membunuh Yuhana tetapi ia khuatir terhadap reaksi masyarakat
kerana mereka menganggapnya sebagai seorang Nabi. Ketika diadakan acara
kelahiran Hirdus salah seorang perempuan anak dari Hirduya menari di
tengah-tengah para hadirin sehingga Hirdus merasa kagum, kerananya kemudian ia
bersumpah bahawa apa pun yang diminta penari itu akan diturutinya. Wanita itu
berkata: "Berikanlah kepadaku kepala Yuhana." Sebetulnya raja itu
keberatan tetapi ia sudah terlanjur bersumpah dan disaksikan orang-orang di
sekitarnya, maka ia pun memerintahkan agar permintaan wanita itu dituruti.
Kemudian kepala Yuhana dikirim dari penjara, dan diberikan kepada gadis itu,
lalu gadis itu membawanya kepada ibunya."