KISAH
NABI SYU'AIB A.S.
Kaum Madyam, kaumnya Nabi Syu'ib,
adalah segolongan bangsa Arab yang tinggal di sebuah daerah bernama
"Ma'an" di pinggir negeri Syam. Mereka terdiri dari orang-orang kafir
tidak mengenal Tuhan Yang Maha Esa. Mereka menyembah kepada "Aikah"
iaitu sebidang padang pasir yang ditumbuhi beberapa pohon dan tanam-tanaman.
Cara hidup dan istiadat mereka sudah sangat jauh dari ajaran agama dan
pengajaran nabi-nabi sebelum Nabi Syu’ib a.s.
Banyak orang di zaman kita beranggapan
bahawa agama hanya merupakan program-program yang kosong dan nilai-nilai akhlak
semata. Ini adalah keyakinan klasik dan salah. Pada hakikatnya, agama adalah
sistem dalam kehidupan dan pergaulan. Intinya ialah hubungan dengan Allah
s.w.t. Oleh kerana itu, usaha memisahkan antara masalah-masalah tauhid dan
perilaku manusia dalam kehidupan mereka sehari-hari bererti memisahkan agama
dari kehidupan dan mengubahnya menjadi adat- istiadat, tradisi-tradisi, dan
acara-acara ritual yang hampa. Kisah Nabi Syu’ib menampakkan hal yang demikian
secara jelas.
Allah s.w.t mengutus Syu’ib pada
penduduk Madyan:
"Dan kepada (penduduk) Madyan
(kami utus) saudara mereka, Syu 'ib. Ia berkata: 'Hai kaumku, sembahlah Allah,
sekali-kali tiada Tuhan bagimu selain Dia.'" (QS. Hud: 84)
Ini adalah dakwah yang sama yang
diserukan oleh setiap nabi. Dalam hal ini tidak ada perbezaan antara satu nabi
dan nabi yang lain. Ia merupakan dasar akidah dan tanpa dasar ini mustahil
suatu bangunan akan berdiri. Setelah peletakan bangunan tersebut, Syu’ib mulai
menyuarakan dakwahnya:
"Dan janganlah kamu kurangi
takaran dan timbangan. Sesungguhnya aku melihat kamu dalam keadaan yang baik
(mampu) dan sesungguhnya aku khawatir terhadapmu akan azab hari yang
membinasakan (kiamat)." (QS. Hud: 84)
Setelah menjelaskan masalah tauhid
secara langsung, Nabi Syu’ib berpindah pada masalah muamalah sehari-hari yang
berkenaan dengan kejujuran dan keadilan. Adalah hal yang terkenal pada penduduk
Madyan bahawa mereka mengurangi timbangan dan mereka tidak memberikan hak-hak
manusia. Ini adalah suatu kehinaan yang menyentuh kesucian hati dan tangan
sebagaimana menyentuh kesempurnaan harga diri dan kemuliaan.
Para penduduk Madyan beranggapan
bahawa mengurangi timbangan adalah salah satu bentuk kelihaian dan kepandaian
dalam jual-beli serta bentuk kelicikan dalam mengambil dan membeli. Kemudian
nabi mereka datang dan mengingatkan bahawa hal tersebut merupakan hal yang hina
dan termasuk pencurian. Nabi Syu’ib memberitahukan kepada mereka bahawa beliau khawatir
jika mereka meneruskan perbuatan keji itu nescaya akan turun kepada mereka azab
di mana manusia tidak akan dapat menghindar dari seksaan itu. Perhatikanlah
bagaimana campur tangan Islam melalui Nabi Syu’ib yang diutus kepada manusia di
mana ia memperhatikan persoalan jual-beli dan mengawasinya:
"Hai kaumku, cukupkanlah
takaran dan timbangan dengan adil, dan janganlah kamu merugikan manusia
terhadap hak-hak mereka dan janganlah kamu membuat kejahatan di muka bumi
dengan membuat kerosakan." (QS. Hud: 85)
Nabi Syu’ib meneruskan misi
dakwahnya. Beliau mengulang-ulangi nasihatnya kepada mereka dengan cara yang
baik dan mengajak ke jalan yang baik, tidak ke jalan yang buruk; beliau
menghimbau kepada mereka untuk menegakkan timbangan dengan keadilan dan
kebenaran dan mengingatkan mereka agar jangan merampas hak-hak orang lain.
Merampas hak-hak orang lain itu tidak terbatas pada jual-beli saja, namun juga
berhubungan dengan perbuatan-perbuatan lainnya; beliau memerintahkan mereka
untuk menegakkan timbangan keadilan dan kejujuran. Demikianlah seruan dari
agama tauhid dan akidah tauhid di mana ia selalu menyuarakan kejujuran dan
keadilan.
Agama selalu memerintahkan manusia
untuk menjalin kerjasama sesama mereka dalam kehidupan sehari-hari dengan
cara-cara yang bijaksana dan baik, baik menyangkut hubungan kerja, hubungan
peribadi mahupun hubungan lainnya. Al-Quran al-Karim mengatakan: "Dan
janganlah kamu merugikan manusia terhadap hak-hak mereka. "Dan kata
as-Syai' (sesuatu) dalam ayat tersebut diucapkan kepada hal-hal yang bersifat
materi dan yang bersifat non-materi (rohani) di mana masuk dalam kategori itu
perbuatan-perbuatan dan hubungan-hubungan yang menghasilkan. Al-Quran melarang
segala bentuk kezaliman, baik kezaliman berkenaan dengan menimbang buah-buahan
atau sayur- sayuran mahupun kezaliman dalam bentuk tidak memberikan penghargaan
terhadap usaha manusia dan pekerjaan mereka. Sebab, kelaliman terhadap manusia
akan menciptakan suasana ketidakharmonisan yang berakibat pada timbulnya
penderitaan, sikap putus asa, dan sikap tidak peduli, sehingga pada akhirnya
hubungan sesama manusia berjalan tidak harmonis dan menimbulkan kegoncangan
dalam kehidupan. Oleh kerana itu, Al-Quran mengingatkan agar jangan sampai ada
manusia yang berbuat kerosakan di muka bumi:
"Dan janganlah kamu membuat
kejahatan di muka bumi dengan membuat kerosakan. Sisa (keuntungan) dari Allah
adalah lebih baik bagimu jika kamu orang-orang yang beriman. Dan aku bukanlah
seorang penjaga atas dirimu." (QS. Hud: 85-86)
Yang di maksud al-'Atsu ialah
sengaja membuat kerosakan dan bertujuan untuk membuat kerosakan. Janganlah
kalian membuat kerosakan di muka bumi; janganlah kalian sengaja untuk
menciptakan keonaran di muka bumi. Apa yang ada di sisi Allah s.w.t adalah hal
yang terbaik buat kalian jika kalian benar-benar beriman. Kemudian Nabi Syu’ib
memberitahu kepada mereka bahawa ia tidak memiliki sesuatu kepada mereka; ia
tidak dapat menguasai mereka tidak juga ia selalu mengawasi mereka. Beliau
hanya sekadar seorang rasul atau utusan untuk menyampaikan ajaran Tuhannya:
"Dan aku bukanlah seorang
penjaga atas dirimu. " (QS. Hud: 86)
Dengan cara yang demikian, Nabi
Syu’ib menjelaskan kaumnya bahawa masalah yang mereka hadapi saat ini sangat
penting dan sangat serius, bahkan sangat berat. Beliau memberitahu mereka
akibat yang bakal mereka terima jika mereka membuat kerosakan. Selesailah
bahagian pertama dari dialog Nabi Syu’ib bersama kaumnya. Nabi Syu’ib telah
mengawali pembicaraan dan kaumnya mendengarkan. Kemudian beliau berhenti dari pembicaraannya
dan sekarang kaum membuka pembicaraan:
"Mereka berkata: 'Hai Syu’ib,
apakah agamamu yang menyuruh agar kami meninggalkan apa yang disembah oleh
bapak-bapak kami atau melarang dan berbuat apa yang kami kehendaki tentang
harta kami. Sesungguhnya kamu adalah orang yang sangat penyantun lagi berakal
" (QS. Hud: 87)
Para penduduk Madyan yang kafir
mereka biasa merampok dan menyembah al-Aikah, yaitu pohon dari al-Aik yang
dikelilingi oleh dahan- dahan yang berputar di sekelilingnya. Mereka termasuk
orang-orang yang menjalin hubungan sesama manusia dengan cara-cara yang sangat
keji. Mereka suka mengurangi timbangan; mereka mengambil yang lebih darinya dan
tidak menghiraukan kekurangannya. Perhatikanlah semua itu dalam dialog mereka
bersama Syu’ib. Mereka berkata, "wahai Syu’ib apakah agamamu yang
memerintahkanmu...?" Seakan-akan agama ini mendorong Syu’ib dan
membisikinya serta memerintahnya sehingga ia mentaati tanpa pertimbangan dan
pemikiran. Sungguh Syu’ib telah berubah dengan agamanya itu menjadi alat yang
bergerak dan alat yang tidak sedar. Demikianlah celaan dan tuduhan keji yang
dialamatkan oleh kaum Nabi Syu’ib kepadanya. Agama Syu’ib telah membuatnya gila
dan membuatnya nekad untuk memerintahkan mereka meninggalkan apa yang selama
ini mereka sembah dan disembah oleh kakek-kakek mereka. Kakek-kakek mereka
telah menyembah tumbuh-tumbuhan dan pohon- pohonan sementara agama Syu’ib
memerintahkan mereka untuk hanya menyembah Allah s.w.t. Kenekatan model apa
dari Syu’ib ini?
Dengan ejekan dan penghinaan ini,
Nabi Syu’ib menghadapi dialog yang terjadi dengan mereka. Kemudian mereka
kembali bertanya-tanya dengan penuh keheranan dan dengan nada mengejek:
"Apakah agamamu yang menyuruh agar kami meninggalkan apa yang disembah
oleh bapak- bapak kami." Tidakkah engkau sedar wahai Syu’ib bahawa agamamu
ingin mencampuri keinginan kita dan cara kita menggunakan harta kita? Apakah
hubungan keimanan dan salat dengan muamalah materi?
Dengan pertanyaan ini, kaum Nabi
Syu’ib mengira bahawa mereka mencapai suatu tingkat kecerdasan. Mereka
mengemukakan di hadapannya masalah keimanan, dan mereka mengingkari adanya
keterkaitan antara perilaku manusia dan muamalah mereka serta perekonomian
mereka. Ini adalah masalah yang klasik; ini adalah usaha untuk memisahkan antara
ekonomi dan Islam di mana setiap nabi justru di utus untuknya meskipun
nama-nama mereka berbeza-beza; ini adalah masalah kuno yang diungkap oleh kaum
Nabi Syu’ib di mana mereka mengingkari bahawa agama turut campur dalam
kehidupan sehari-hari mereka, perekonomian mereka dan cara mereka menggunakan
harta mereka. Mereka menganggap bahawa menginfakkan harta atau menggunakannya
atau menghambur-hamburkannya adalah suatu yang tidak berhubungan dengan agama.
Hal itu menyangkut kebebasan peribadi manusia. Bukankah itu hartanya yang
khusus lalu mengapa agama turut campur di dalamnya?
Demikianlah pemahaman kaum Nabi
Syu’ib kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Syu’ib. Kami kira pemahaman demikian
sedikit atau banyak tidak berbeza dengan pemahaman banyak masyarakat di zaman
kita sekarang mereka menganggap bahawasanya Islam tidak memiliki kaitan dengan
kehidupan peribadi manusia dan kehidupan perekonomian mereka. Oleh kerana itu,
manusia dapat menggunakan harta mereka sesuai dengan kemahuan mereka:
"Sesungguhnya kamu adalah orang yang sangat penyantun lagi berakal."
Mereka ingin mengatakan kepada Nabi
Syu’ib, seandainya engkau seorang yang bijaksana dan memiliki pemikiran yang
matang nescaya engkau tidak akan mengatakan apa yang telah engkau katakan.
Mereka kembali mengejek Nabi Syu’ib dan merendahkan dakwahnya. Seandainya Anda
bertanya kepada kaum Nabi Syu’ib tentang pemahaman agama mereka maka mereka
pasti mengingkari bahawa agama adalah sebagai sistem dalam kehidupan yang
menjadikan hidup lebih mulia, lebih suci, lebih adil dan lebih pantas manusia
untuk menjabat sebagai khalifatullah di muka bumi; seandainya Anda bertanya
kepada mereka tentang agama nescaya mereka memberitahumu bahawa ia hanya berupa
kumpulan nilai-nilai rohani yang baik yang tidak mewarnai kehidupan
sehari-hari. Dengan pemahaman seperti ini, agama hanya sekadar hiasan. Ini
adalah pemahaman yang menggelikan kerana Allah s.w.t mengutus para nabi dan
ajaran-ajaran yang mereka bawa bukan untuk perhiasan dan main- mainan.
Maha Suci Allah s.w.t dari semua
itu. Allah s.w.t mengutus para nabi-Nya dengan membawa sistem baru dalam
kehidupan, yaitu sistem yang mencakup nilai-nilai dan pemikiran-pemikiran yang
itu semua tidak akan bermakna jika tidak berubah menjadi suatu sistem dalam
kehidupan secara umum dan mengatur kehidupan secara khusus. Dengan pemahaman
seperti inilah agama menjadi mulai dan agama menjadi benar adanya. Dan dengan
asumsi seperti ini, kita memahami seberapa jauh campur tangan agama dalam
persoalan-persoalan kehidupan sehari- hari: dimulai dari hubungan-hubungan
cinta sampai undang-undang perkahwinan, bahkan cara mengambil keputusan hidup
sampai sistem dalam menginfakkan wang dan menggunakannya, juga sistem dalam
cara menggunakan dan mengagihkan kekayaan dan sebagainya. Jika manusia memahami
agama seperti ini maka jadilah agama sesuatu kebenaran. Dan kalau tidak, agama
laksana puing-puing saja.
Nabi Syu’ib mengetahui bahawa
kaumnya mengejeknya kerana mereka menganggap agama tidak turut campur dalam
kehidupan sehari-hari. Namun, beliau menghadapi semua itu dengan penuh
kelembutan dan kasih sayang kerana beliau yakin apa yang beliau bawa adalah
kebenaran. Beliau tidak peduli dengan ejekan mereka dan tidak tersinggung
dengannya dan tidak mempersoalkan hal itu; beliau memberi pengertian kepada mereka
bahawa beliau berada di atas kebenaran dari Tuhannya; beliau adalah seorang
nabi yang mengetahui kebenaran; beliau tidak melarang mereka untuk meninggalkan
sesuatu yang di balik larangan itu mendatangkan keuntungan peribadi buatnya;
beliau tidak ingin menasihati mereka dalam kejujuran agar pasar menjadi sepi
dan kerananya beliau mengambil manfaat; beliau hanya sekadar seorang nabi di
mana dakwah setiap nabi tergambar dalam ungkapan yang singkat:
"Aku tidak bermaksud kecuali
(mendatangkan) perbaikan selama aku masih berkesanggupan. " (QS. Hud: 88)
Yang beliau inginkan hanya al-Islah
(usaha membuat perbaikan). Demikianlah kandungan dan inti dakwah para nabi yang
sebenarnya. Mereka adalah al-Muslihun, yaitu orang-orang yang membuat
perbaikan; mereka memperbaiki akal, memperbaiki hati dan memperbaiki kehidupan
yang umum dan kehidupan yang khusus:
"Syu’ib berkata: 'Hai kaumku,
bagaimana fikiranku jika aku mempunyai bukti yang nyata dari Tuhanku dan
dianugerahi-Nya aku dari-Nya rezeki yang baik (patutkah aku menyalahi
perintah-Nya)? Dan aku tidak berkehendak menyalahi kamu (dengan mengerjakan)
apa yang aku larang. Aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan
selama aku masih berkesanggupan. Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan
(pertolongan) Allah. Hanya kepada Allah bertawakal dan hanya kepada-Nya-lah
aku kembali.'" (QS. Hud: 88)
Setelah Nabi Syu’ib menjelaskan
tujuan-tujuannya kepada mereka dan menyingkapkan kebenaran dakwahnya, beliau
mulai mengotak-atik akal- akal mereka; beliau mengungkapkan kepada mereka
bagaimana pergelutan orang-orang sebelum mereka dengan para nabi sebelumnya,
yaitu kaum Nabi Nuh, kaum Nabi Hud, kaum Nabi Saleh, dan kaum Nabi Luth yang
masa mereka tidak jauh dengan masa Nabi Syu’ib. Beliau mulai berdialog dengan mereka
dan mengingatkan mereka bahawa sikap penentangan mereka justru akan
mendatangkan seksaan bagi mereka. Nabi Syu’ib mengingatkan mereka bagaimana
nasib orang-orang yang mendustakan kebenaran:
"Hai kaumku, janganlah
hendaknya pertentangan antara aku (dengan kamu) menyebabkan kamu menjadi jahat
hingga kamu ditimpa azab seperti yang menimpa kaum Nuh atau kaum Hud atau kaum
Saleh, sedang kaum Luth tidak (pula) jauh (tempatnya) dari kamu. Dan mohonlah
ampun dari Tuhanmu kemudian bertaubatlah kepada- Nya,sesungguhnya Tuhanku Maha
Penyayang lagi Maha Pengasih. " (QS. Hud: 89-90)
Usai Nabi Syu’ib berdakwah kepada
Allah s.w.t dan menjelaskan al-ishlah (usaha memperbaiki masyarakat) dan
mengingatkan mereka bahaya penentangan serta menakut-nakuti mereka dengan
menceritakan kembali seksaan yang diterima orang-orang yang berbohong sebelum
mereka. Meskipun demikian, Nabi Syu’ib tetap membukakan pintu pengampunan dan
pintu taubat bagi mereka. Beliau menunjukkan kepada mereka kasih sayang
Tuhannya Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Namun kaum Nabi Syu’ib memilih
azab. Kekerasan hati mereka dan keinginan mereka untuk mendapatkan harta yang
haram serta rasa puas dengan sistem yang mengatur mereka, semua itu menyebabkan
mereka menolak kebenaran:
"Mereka berkata: 'Hai Syu’ib,
kami tidak banyak mengerti tentang apa yang kamu katakan itu.'" (QS. Hud:
91)
Kami tidak memahamimu. Engkau adalah
seorang yang mengacau; engkau mengatakan sesuatu yang tidak dimengerti:
"Dan sesungguhnya kami
benar-benar melihat kamu seorang yang lemah di antara kami." (QS. Hud: 91)
Beliau dikatakan sebagai orang yang
lemah kerana orang-orang fakir dan orang-orang yang menderita adalah
orang-orang yang beriman padanya, sedangkan orang-orang kaya dan para pembesar
telah menentang mereka. Demikianlah pertimbangan umumnya manusia yang tidak
memiliki kekuatan cukup untuk menghadapi kebenaran dakwah Nabi Syu’ib di mana
beliau dianggap sebagai orang yang lemah:
"Kalau tidaklah kerana
keluargamu tentulah kami akan merejammu."(QS. Hud: 91)
Seandainya kalau bukan kerana
keluargamu dan kaummu dan orang-orang yang mengikutimu nescaya kami akan
menggali suatu lubang dan kami akan bunuh kamu di lubang itu dengan cara
melempari kamu dengan batu:
"Sedang kamu pun bukanlah
seorang yang berwibawa di sisi kami." (QS. Hud: 92)
Kaum Nabi Syu’ib berpindah dari cara
mengejek pada cara menyerang. Nabi Syu’ib telah menyampaikan bukti kepada
mereka setelah mereka mengejeknya, lalu mereka mengubah cara mereka berdialog.
Mereka memberitahunya bahawa mereka tidak memahami apa yang beliau katakan dan
mereka melihat bahawa Nabi Syu’ib sebagai orang yang lemah dan hina. Dan
seandainya kalau bukan kerana mereka takut (kasihan)
kepada keluarganya nescaya mereka
akan membunuhnya. Mereka menampakkan kebencian kepada Nabi Syu’ib dan ingin
sekali untuk membunuhnya kalau bukan kerana alasan-alasan yang berhubungan
dengan keluarganya. Menghadapi ancaman itu, Nabi Syu’ib tetap menunjukkan sikap
lembutnya lalu beliau bertanya kepada mereka dengan maksud untuk menggugah ke
sekian kalinya akal mereka:
"Syu’ib menjawab: 'Hai kaumku,
apakah keluargaku lebih terhormat menurut pandanganmu daripada Allah. "
(QS. Hud: 92)
Apakah cukup rasional jika mereka
membayangkan hal tersebut? Mereka melupakan hakikat kekuatan yang mengatur
alam. Sesungguhnya hanya Allah s.w.t Yang Maha Mulia dan Maha Kuat. Seharusnya
mereka mengingat hal itu; seharusnya seseorang tidak takut kepada apapun selain
Allah s.w.t dan tidak membandingkan kekuatan di alam wujud ini dengan kekuatan Allah
s.w.t. Hanya Allah s.w.t Yang Kuat dan hanya Dia yang mengatur hamba-hamba-Nya.
Tampak bahawa kaum Nabi Syu’ib mulai
kesal dan semakin kesal dengannya, lalu berkumpullah para pembesar kaumnya:
"Pemuka-pemuka dari kaum Syu'ib
yang menyombongkan diri berkata: 'Sesungguhnya kami akan mengusir kamu hai
Syu’ib dan dengan orang-orang yang beriman bersamamu dari kota kami, kecuali
kamu kembali kepada agama kami.'" (QS. al-A'raf: 88)
Mereka menggunakan tahap baru dengan
cara mengancam Nabi Syu’ib; mereka mengancamnya untuk membunuh dan mengusir
dari desa mereka; mereka memberi pilihan kepada Nabi Syu’ib antara terusir dan
kembali kepada agama mereka yang menyembah pohon-pohon dan benda-benda mati.
Nabi Syu’ib memberitahu kepada mereka bahawa masalah kembalinya ia ke agama
mereka adalah masalah yang tidak berhubungan dengan masalah-masalah yang
disebutkan dalam perjanjian. Sungguh Allah s.w.t telah menyelamatkan beliau
dari agama mereka lalu bagaimana beliau kembali lagi padanya? Beliau yang
mengajak mereka pada agama tauhid lalu bagaimana beliau mengajak mereka untuk
kembali pada kesyirikan dan kekufuran? Beliau mengajak mereka dengan cara yang
lembut dan kasih sayang sementara mereka
mengancamnya dengan kekuatan.
Demikianlah pertentangan antara Nabi
Syu’ib dan kaumnya semakin berlanjutan. Nabi Syu’ib memegang amanat dakwah
untuk menghadapi para pembesar, para pendusta, dan para penguasa kaumnya.
Akhirnya, Nabi Syu’ib mulai mengetahui bahawa mereka tidak lagi memiliki harapan
kerana mereka telah berpaling dari Allah s.w.t:
"Sedang Allah kamu jadikan
sesuatu yang terbuang di belakangmu? Sesungguhnya pengetahuan Tuhanku meliputi
apa yang kamu kerjakan. Dan (dia berkata): 'Hai kaumku, berbuatlah menurut
kemampuanmu, sesungguhnya aku pun berbuat (pula). Kelak kamu akan mengetahui
siapa yang akan ditimpa azab yang menghinakannya dan siapa yang berdusta. Dan
tunggulah azab (Tuhan). Sesungguhnya aku pun menunggu bersama kamu." (QS.
Hud: 92-93)
Nabi Syu’ib berlepas diri dari
mereka. Mereka telah berpaling dari agama Allah s.w.t bahkan telah mendustakan
nabi-Nya dan menuduhnya bahawa ia tersihir dan seorang pembohong. Maka, setiap
orang hendaklah melakukan apa saja yang diinginkannya dan hendaklah mereka
menunggu azab Allah s.w.t. Kemudian pergelutan antara Nabi Syu’ib dan kaumnya
berakhir adanya fasa baru. Mereka meminta kepada Nabi Syu’ib untuk mendatangkan
azab dari langit jika beliau termasuk orang-orang yang benar. Dengan nada
mencabar dan menentang, mereka berkata: "di mana azab itu, di mana seksaan
yang dijanjikan itu? Mengapa terlambat datang?"
Mereka mengejek Nabi Syu’ib dan
beliau dengan tenang menunggu datangnya azab Allah s.w.t. Allah s.w.t
mewahyukan kepada beliau agar keluar bersama orang-orang mukmin dari desa
tersebut. Akhirnya, Nabi Syu’ib keluar bersama para pengikutnya dan datanglah
azab Allah s.w.t:
"Dan tatkala datang azab Kami.
Kami selamatkan Syu’ib dan orang- orang yang beriman bersama-sama dengan dia
dengan rahmat dari kami, dan orang-orang lalim dibinasakan oleh satu suara yang
mengguntur, lalu jadilah mereka mati bergelimpangan di rumahnya. Seolah-olah
mereka belum pernah berdiam di tempat itu. Ingatlah, kebinasaan bagi penduduk
Madyan sebagaimana kaum Tsamud telah binasa." (QS. Hud: 94-95)
Ia adalah teriakan sekali saja satu
suara yang datang kepada mereka dari celah-celah awan yang menyelimuti.
Mula-mula mereka barangkali bergembira kerana membayangkan itu akan membawa
hujan tetapi mereka dikejutkan ketika datang kepada mereka seksaan yang besar
pada hari yang besar.
Selesailah
masalah ini. Mereka menyedari bahawa teriakan itu membawa bencana buat mereka;
teriakan itu menghanguskan setiap makhluk yang ada di dalam negeri itu. Mereka
tidak mampu bergerak dan tidak mampu menyembunyikan diri dan tidak pula mereka
dapat menyelamatkan diri mereka