KISAH
NABI KHIDIR A.S
Salah satu kisah
Al-Quran yang sangat mengagumkan dan dipenuhi dengan misteri adalah, kisah
seseorang hamba yang Allah s.w.t memberinya rahmat dari sisi-Nya dan
mengajarinya ilmu. Kisah tersebut terdapat dalam surah al-Kahfi di mana
ayat-ayatnya dimulai dengan cerita Nabi Musa, yaitu:
"Dan (ingatlah)
ketika Musa berkata kepada muridnya: 'Aku tidak akan berhenti (berjalan)
sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan; atau aku akan berjalan-jalan
sampai bertahun-tahun." (QS. al-Kahfi: 60)
Kalimat yang samar
menunjukkan bahawa Musa telah bertekad untuk meneruskan perjalanan selama waktu
yang cukup lama kecuali jika beliau mampu mencapai majma' al-Bahrain (pertemuan
dua buah lautan). Di sana terdapat suatu perjanjian penting yang dinanti-nanti
oleh Musa ketika beliau sampai di majma' al-Bahrain. Anda dapat merenungkan
betapa tempat itu sangat misteri dan samar. Para musafir telah merasakan
keletihan dalam waktu yang lama untuk mengetahui hakikat tempat ini. Ada yang
mengatakan bahawa tempat itu adalah laut Persia dan Romawi. Ada yang mengatakan
lagi bahawa itu adalah laut Jordania atau Kulzum. Ada yang mengatakan juga
bahawa itu berada di Thanjah. Ada yang berpendapat, itu terletak di Afrika. Ada
lagi yang mengatakan bahawa itu adalah laut Andalus. Tetapi mereka tidak dapat
menunjukkan bukti yang kuat dari tempat-tempat itu.
Seandainya tempat itu
harus disebutkan nescaya Allah s.w.t akan rnenyebutkannya. Namun Al-Quran
al-Karim sengaja menyembunyikan tempat itu, sebagaimana Al-Quran tidak
menyebutkan kapan itu terjadi. Begitu juga, Al-Quran tidak menyebutkan
nama-nama orang-orang yang terdapat dalam kisah itu kerana adanya hikmah yang
tinggi yang kita tidak mengetahuinya. Kisah tersebut berhubungan dengan suatu
ilmu yang tidak kita miliki, kerana biasanya ilmu yang kita kuasai berkaitan
dengan sebab-sebab tertentu. Dan tidak juga ia berkaitan dengan ilmu para nabi
kerana biasanya ilmu para nabi berdasarkan wahyu. Kita sekarang berhadapan dengan
suatu ilmu dari suatu hakikat yang samar; ilmu yang berkaitan dengan takdir
yang sangat tinggi; ilmu yang dipenuhi dengan rangkaian tabir yang tebal.
Di samping itu, tempat
pertemuan dan waktunya antara hamba yang mulia ini dan Musa juga tidak kita
ketahui. Demikianlah kisah itu terjadi tanpa memberitahumu kapan terjadi dan di
tempat mana. Al-Quran sengaja menyembunyikan hal itu, bahkan Al-Quran sengaja
menyembunyikan pahlawan dari kisah ini. Allah s.w.t mengisyaratkan hal tersebut
dalam firman-Nya:
"Seorang hamba di
antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi
Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami." (QS.
al-Kahfi: 65)
Al-Quran al-Karim
tidak menyebutkan siapa nama hamba yang dimaksud, yaitu seorang hamba yang
dicari oleh Musa agar ia dapat belajar darinya. Nabi Musa adalah seseorang yang
diajak berbicara langsung oleh Allah s.w.t dan ia salah seorang ulul azmi dari
para rasul. Beliau adalah pemilik mukjizat tongkat dan tangan yang bercahaya dan
seorang Nabi yang Taurat diturunkan kepadanya tanpa melalui perantara. Namun
dalam kisah ini, beliau menjadi seorang pencari ilmu yang sederhana yang harus
belajar kepada gurunya dan menahan penderitaan di tengah-tengah belajarnya itu.
Lalu, siapakah gurunya atau pengajarnya? Pengajarnya adalah seorang hamba yang
tidak disebutkan namanya dalam Al-Quran meskipun dalam hadis yang suci
disebutkan bahawa ia adalah Khidir as.
Musa berjalan bersama
hamba yang menerima ilmunya dari Allah s.w.t tanpa sebab-sebab penerimaan ilmu
yang biasa kita ketahui. Mula-mula Khidir menolak ditemani oleh Musa. Khidir
memberitahu Musa bahawa ia tidak akan mampu bersabar bersamanya. Akhirnya,
Khidir mahu ditemani oleh Musa tapi dengan syarat, hendaklah ia tidak bertanya
tentang apa yang dilakukan Khidir sehingga Khidir menceritakan kepadanya.
Khidir merupakan simbol ketenangan dan diam; ia tidak berbicara dan gerak-
gerinya menimbulkan kegelisahan dan kebingungan dalam diri Musa. Sebahagian
tindakan yang dilakukan oleh Khidir jelas-jelas dianggap sebagai kejahatan di
mata Musa; sebahagian tindakan Khidir yang lain dianggap Musa sebagai hal yang
tidak memiliki erti apa pun; dan tindakan yang lain justru membuat Musa bingung
dan membuatnya menentang. Meskipun Musa memiliki ilmu yang tinggi dan kedudukan
yang luar biasa namun beliau mendapati dirinya dalam keadaan kebingungan
melihat perilaku hamba yang mendapatkan kurnia ilmunya dari sisi Allah s.w.t.
Ilmu Musa yang
berlandaskan syariat menjadi bingung ketika menghadapi ilmu hamba ini yang
berlandaskan hakikat. Syariat merupakan bahagian dari hakikat. Terkadang
hakikat menjadi hal yang sangat samar sehingga para nabi pun sulit memahaminya.
Awan tebal yang menyelimuti kisah ini dalam Al-Quran telah menurunkan hujan
lebat yang darinya mazhab- mazhab sufi di dalam Islam menjadi segar dan tumbuh.
Bahkan terdapat keyakinan yang menyatakan adanya hamba-hamba Allah s.w.t yang
bukan termasuk nabi dan syuhada namun para nabi dan para syuhada
"cemburu" dengan ilmu mereka. Keyakinan demikian ini timbul kerana
pengaruh kisah ini.
Para ulama berbeza
pendapat berkenaan dengan Khidir. Sebahagian mereka mengatakan bahawa ia
seorang wali dari wali-wali Allah s.w.t. Sebahagian lagi mengatakan bahawa ia
seorang nabi. Terdapat banyak cerita bohong tentang kehidupan Khidir dan
bagaimana keadaannya. Ada yang mengatakan bahawa ia akan hidup sampai hari
kiamat. Yang jelas, kisah Khidir tidak dapat dijabarkan melalui nas-nas atau
hadis-hadis yang dapat dipegang (otentik). Tetapi kami sendiri berpendapat bahawa
beliau meninggal sebagaimana meninggalnya hamba-hamba Allah s.w.t yang lain.
Sekarang, kita tinggal membahas kewaliannya dan kenabiannya. Tentu termasuk
masalah yang sangat rumit atau membingungkan. Kami akan menyampaikan kisahnya
dari awal sebagaimana yang dikemukakan dalam Al-Quran.
Nabi Musa as berbicara
di tengah-tengah Bani Israil. Ia mengajak mereka untuk menyembah Allah s.w.t
dan menceritakan kepada mereka tentang kebenaran. Pembicaraan Nabi Musa sangat
komprehensif dan tepat. Setelah beliau menyampaikan pembicaraannya, salah
seorang Bani Israil bertanya: "Apakah ada di muka bumi seseorang yang
lebih alim darimu wahai Nabi Allah?" Dengan nada emosi, Musa menjawab:
"Tidak ada."
Allah s.w.t tidak
setuju dengan jawapan Musa. Lalu Allah s.w.t mengutus Jibril untuk bertanya
kepadanya: "Wahai Musa, tidakkah engkau mengetahui di mana Allah s.w.t
meletakkan ilmu-Nya?" Musa mengetahui bahawa ia terburu-buru mengambil
suatu keputusan. Jibril kembali berkata kepadanya: "Sesungguhnya Allah s.w.t
mempunyai seorang hamba yang berada di majma' al-Bahrain yang ia lebih alim
daripada kamu." Jiwa Nabi Musa yang mulia rindu untuk menambah ilmu, lalu
timbullah keinginan dalam dirinya untuk pergi dan menemui hamba yang alim ini.
Musa bertanya bagaimana ia dapat menemui orang alim itu. Kemudian ia
mendapatkan perintah untuk pergi dan membawa ikan di keranjang. Ketika ikan itu
hidup dan melompat ke lautan maka di tempat itulah Musa akan menemui hamba yang
alim.
Akhirnya, Musa pergi
guna mencari ilmu dan beliau ditemani oleh seorang pembantunya yang masih muda.
Pemuda itu membawa ikan di keranjang. Kemudian mereka berdua pergi untuk
mencari hamba yang alim dan soleh. Tempat yang mereka cari adalah tempat yang
sangat samar dan masalah ini berkaitan dengan hidupnya ikan di keranjang dan
kemudian ikan itu akan melompat ke laut. Namun Musa berkeinginan kuat untuk
menemukan hamba yang alim ini walaupun beliau harus berjalan sangat jauh dan
menempuh waktu yang lama.
Musa berkata kepada
pembantunya: "Aku tidak memberimu tugas apa pun kecuali engkau
memberitahuku di mana ikan itu akan berpisah denganmu." Pemuda atau
pembantunya berkata: "Sungguh engkau hanya memberi aku tugas yang tidak
terlalu berat." Kedua orang itu sampai di suatu batu di sisi laut. Musa
tidak kuat lagi menahan rasa kantuk sedangkan pembantunya masih bergadang.
Angin bergerak ke tepi lautan sehingga ikan itu bergerak dan hidup lalu
melompat ke laut. Melompatnya ikan itu ke laut sebagai tanda yang diberitahukan
Allah s.w.t kepada Musa tentang tempat pertemuannya dengan seseorang yang
bijaksana yang mana Musa datang untuk belajar kepadanya. Musa bangkit dari
tidurnya dan tidak mengetahui bahawa ikan yang dibawanya telah melompat ke laut
sedangkan pembantunya lupa untuk menceritakan peristiwa yang terjadi. Lalu Musa
bersama pemuda itu melanjutkan perjalanan dan mereka lupa terhadap ikan yang
dibawanya. Kemudian Musa ingat pada makanannya dan ia telah merasakan
keletihan. Ia berkata kepada pembantunya: "Cuba bawalah kepada kami
makanan siang kami, sungguh kami telah merasakan keletihan akibat dari
perjalanan ini."
Pembantunya mulai
ingat tentang apa yang terjadi. Ia pun mengingat bagaimana ikan itu melompat ke
lautan. Ia segera menceritakan hal itu kepada Nabi Musa. Ia meminta maaf kepada
Nabi Musa kerana lupa menceritakan hal itu. Setan telah melupakannya. Keanehan
apa pun yang menyertai peristiwa itu, yang jelas ikan itu memang benar-benar
berjalan dan bergerak di lautan dengan suatu cara yang mengagumkan. Nabi Musa merasa
gembira melihat ikan itu hidup kembali di lautan dan ia berkata:
"Demikianlah yang kita inginkan." Melompatnya ikan itu ke lautan
adalah sebagai tanda bahawa di tempat itulah mereka akan bertemu dengan
seseorang lelaki yang alim. Nabi Musa dan pembantunya kembali dan menyelusuri
tempat yang dilaluinya sampai ke tempat yang di situ ikan yang dibawanya
bergerak dan menuju ke lautan.
Perhatikanlah
permulaan kisah: bagaimana Anda berhadapan dengan suatu kesamaran dan tabir
yang tebal di mana ketika Anda menjumpai suatu tabir di depan Anda terpampang
maka sebelum tabir itu tersingkap Anda harus berhadapan dengan tabir-tabir yang
lain. Akhirnya, Musa sampai di tempat di mana ikan itu melompat. Mereka berdua
sampai di batu di mana keduanya tidur di dekat situ, lalu ikan yang mereka bawa
keluar menuju laut. Di sanalah mereka mendapatkan seorang lelaki. Kami tidak
mengetahui namanya, dan bagaimana bentuknya, dan bagaimana bajunya; kami pun
tidak mengetahui usianya. Yang kita ketahui hanyalah gambaran dalam yang
dijelaskan oleh Al-Quran: "Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di
antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahrnat dari sisi
Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami. "
Inilah aspek yang
penting dalam kisah itu. Kisah itu terfokus pada sesuatu yang ada di dalam
jiwa, bukan tertuju pada hal-hal yang bersifat fizik atau lahiriah. Allah s.w.t
berfirman:
"Maka tatkala
mereka berjalan sampai ke pertemuan dua buah laut itu, maka mereka lalai akan
ikannya, lalu ikan itu melompat mengambil jalannya ke laut itu. Tatkala mereka
berjalan lebih jauh, berkatalah Musa kepada muridnya: 'Bawalah ke mari makanan
kita; sesungguhnya kita merasa letih kerana perjalanan kita ini.' Muridnya
menjawab: 'Tahukah kamu tatkala kita mencari tempat berlindung di batu tadi,
maka sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak adalah
yang melupakan aku untuk menceritakannya kecuali setan dan ikan itu mengambil
jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali.' Musa berkata: 'Itulah (tempat)
yang kita cari; lalu keduanya kembali, mengikuti jejak mereka semula. Lalu
mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami
berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya
ilmu dari sisi Kami. " (QS. al-Kahfi: 61-65)
Bukhari mengatakan
bahawa Musa dan pembantunya menemukan Khidir di atas sejadah hijau di
tengah-tengah lautan. Ketika Musa melihatnya, ia menyampaikan salam kepadanya.
Khidir berkata: "Apakah di bumimu ada salam? Siapa kamu?" Musa
menjawab: "Aku adalah Musa." Khidir berkata: "Bukankah engkau
Musa dari Bani Israil. Bagimu salam wahai Nabi dari Bani Israil." Musa
berkata: "Dari mana kamu mengenal saya?" Khidir menjawab:
"Sesungguhnya yang mengenalkan kamu kepadaku adalah juga yang memberitahu
aku siapa kamu. Lalu, apa yang engkau inginkan wahai Musa?" Musa berkata
dengan penuh kelembutan dan kesopanan: "Apakah aku dapat mengikutimu agar
engkau dapat mengajariku sesuatu yang engkau telah memperoleh kurnia dari-Nya."
Khidir berkata: "Tidakkah cukup di tanganmu Taurat dan bukankah engkau
telah mendapatkan wahyu. Sungguh wahai Musa, jika engkau ingin mengikutiku
engkau tidak akan mampu bersabar bersamaku."
Kita ingin
memperhatikan sejenak perbezaan antara pertanyaan Musa yang penuh dengan
kesopanan dan kelembutan dan jawapan Khidir yang tegas di mana ia memberitahu
Musa bahawa ilmunya tidak harus diketahui oleh Musa, sebagaimana ilmu Musa
tidak diketahui oleh Khidir. Para ahli tafsir mengemukakan bahawa Khidir
berkata kepada Musa: "Ilmuku tidak akan engkau ketahui dan engkau tidak
akan mampu sabar untuk menanggung derita dalam memperoleh ilmu itu. Aspek-aspek
lahiriah yang engkau kuasai tidak dapat menjadi landasan dan ukuran untuk
menilai ilmuku. Barangkali engkau akan melihat dalam tindakan- tindakanku yang
tidak engkau fahami sebab-sebabnya. Oleh kerana itu, wahai Musa, engkau tidak
akan mampu bersabar ketika ingin mendapatkan ilmuku." Musa mendapatkan
suatu pernyataan yang tegas dari Khidir namun beliau kembali mengharapnya untuk
mengizinkannya menyertainya untuk belajar darinya. Musa berkata kepadanya
bahawa insya-Allah ia akan mendapatinya sebagai orang yang sabar dan tidak akan
menentang sedikit pun.
Perhatikanlah
bagaimana Musa, seorang Nabi yang berdialog dengan Allah s.w.t, merendah di
hadapan hamba ini dan ia menegaskan bahawa ia tidak akan menentang perintahnya.
Hamba Allah s.w.t yang namanya tidak disebutkan dalam Al-Quran menyatakan
bahawa di sana terdapat syarat yang harus dipenuhi Musa jika ia bersikeras
ingin menyertainya dan belajar darinya. Musa bertanya tentang syarat ini, lalu
hamba yang soleh ini menentukan agar Musa tidak bertanya sesuatu pun sehingga
pada saatnya nanti ia akan mengetahuinya atau hamba yang soleh itu akan
memberitahunya. Musa sepakat atas syarat tersebut dan kemudian mereka pun
pergi. Perhatikanlah firman Allah s.w.t dalam surah al-Kahfi:
"Musa berkata
kepadanya: 'Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang
benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu ?' Dia menjawab:
'Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan
bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan
yang cukup tentang hal itu?' Musa berkata: 'Insya-Allah kamu akan mendapati aku
sebagai orang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan
pun.' Dia berkata: 'Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan
kepadaku tentang sesuatu pun, sampai aku sendiri menerangkannya
kepadamu.'" (QS. al-Kahfi: 66-70)
Musa pergi bersama Khidir.
Mereka berjalan di tepi laut. Kemudian terdapat perahu yang berlayar lalu
mereka berbicara dengan orang-orang yang ada di sana agar mahu mengangkut
mereka. Para pemilik perahu mengenal Khidir. Lalu mereka pun membawanya
berserta Musa, tanpa meminta upah sedikit pun kepadanya. Ini sebagai bentuk
penghormatan kepada Khidir. Namun Musa dibuat terkejut ketika perahu itu
berlabuh dan ditinggalkan oleh para pemiliknya, Khidir melubangi perahu itu. Ia
mencabut papan demi papan dari perahu itu, lalu ia melemparkannya ke laut
sehingga papan-papan itu dibawa ombak ke tempat yang jauh.
Musa menyertai Khidir
dan melihat tindakannya dan kemudian ia berfikir. Musa berkata kepada dirinya
sendiri: "Apa yang aku lakukan di sini, mengapa aku berada di tempat ini
dan menemani laki-laki ini? Mengapa aku tidak tinggal bersama Bani Israil dan
membacakan Kitab Allah s.w.t sehingga mereka taat kepadaku? Sungguh Para
pemilik perahu ini telah mengangkut kami tanpa meminta upah. Mereka pun
memuliakan kami tetapi guruku justru merosak perahu itu dan melubanginya."
Tindakan Khidir di mata Musa adalah tindakan yang tercela. Kemudian bangkitlah
emosi Musa sebagai bentuk kecemburuannya kepada kebenaran. Ia terdorong untuk
bertanya kepada gurunya dan ia lupa tentang syarat yang telah diajukannya, agar
ia tidak bertanya apa pun yang terjadi. Musa berkata: "Apakah engkau
melubanginya agar para penumpangnya tenggelam? Sungguh engkau telah melakukan
sesuatu yang tercela." Mendengar pertanyaan lugas Musa, hamba Allah s.w.t
itu menoleh kepadanya dan menunjukkan bahawa usaha Musa untuk belajar darinya
menjadi sia-sia kerana Musa tidak mampu lagi bersabar. Musa meminta maaf kepada
Khidir kerana ia lupa dan mengharap kepadanya agar tidak menghukumnya.
Kemudian mereka berdua
berjalan melewati suatu kebun yang dijadikan tempat bermain oleh anak-anak
kecil. Ketika anak-anak kecil itu sudah letih bermain, salah seorang mereka
tampak bersandar di suatu pohon dan rasa kantuk telah menguasainya. Tiba-tiba,
Musa dibuat terkejut ketika melihat hamba Allah s.w.t ini membunuh anak kecil
itu. Musa dengan lantang bertanya kepadanya tentang kejahatan yang baru saja
dilakukannya, yaitu membunuh anak laki-laki yang tidak berdosa. Hamba Allah
s.w.t itu kembali mengingatkan Musa bahawa ia tidak akan mampu bersabar bersamanya.
Musa meminta maaf kepadanya kerana lagi-lagi ia lupa. Musa berjanji tidak akan
bertanya lagi. Musa berkata ini adalah kesempatan terakhirku untuk menemanimu.
Mereka pun pergi dan meneruskan perjalanan. Mereka memasuki suatu desa yang
sangat bakhil. Musa tidak mengetahui mengapa mereka berdua pergi ke desa itu
dan mengapa tinggal dan bermalam di sana. Makanan yang mereka bawa habis, lalu
mereka meminta makanan kepada penduduk desa itu, tetapi penduduk itu tidak mahu
memberi dan tidak mahu menjamu mereka.
Kemudian datanglah
waktu petang. Kedua orang itu ingin beristirahat di sebelah dinding yang hampir
roboh. Musa dibuat terkejut ketika melihat hamba itu berusaha membangun dinding
yang nyaris roboh itu. Bahkan ia menghabiskan waktu malam untuk memperbaiki
dinding itu dan membangunnya seperti baru. Musa sangat hairan melihat tindakan
gurunya. Bagi Musa, desa yang bakhil itu seharusnya tidak layak untuk
mendapatkan pekerjaan yang gratis ini. Musa berkata: "Seandainya engkau
mau, engkau bisa mendapat upah atas pembangunan tembok itu." Mendengar
perkataan Musa itu, hamba Allah s.w.t itu berkata kepadanya: "Ini adalah
batas perpisahan antara dirimu dan diriku." Hamba Allah s.w.t itu
mengingatkan Musa tentang pertanyaan yang seharusnya tidak dilontarkan dan ia
mengingatkannya bahawa pertanyaan yang ketiga adalah akhir dari pertemuan.
Kemudian hamba Allah
s.w.t itu menceritakan kepada Musa dan membongkar kesamaran dan kebingungan
yang dihadapi Musa. Setiap tindakan hamba yang soleh itu—yang membuat Musa bingung—bukanlah
hasil dari rekayasanya atau dari inisiatif sendiri, ia hanya sekadar menjadi
jambatan yang digerakkan oleh kehendak Yang Maha Tingi di mana kehendak yang
tinggi ini menyiratkan suatu hikmah yang tersembunyi. Tindakan-tindakan yang
secara lahiriah tampak keras namun pada hakikatnya justru menyembunyikan rahmat
dan kasih sayang. Demikianlah bahawa aspek lahiriah bertentangan dengan aspek
batiniah. Hal inilah yang tidak diketahui oleh Musa. Meskipun Musa memiliki
ilmu yang sangat luas tetapi ilmunya tidak sebanding dengan hamba ini. Ilmu
Musa laksana setitis air dibandingkan dengan ilmu hamba itu, sedangkan hamba
Allah s.w.t itu hanya memperoleh ilmu dari Allah s.w.t sedikit, sebesar air
yang terdapat pada paruh burung yang mengambil dari lautan. Allah s.w.t
berfirman:
"Maka berjalanlah
heduanya, hingga tatkala keduanya menaiki perahu lalu Khidir melubanginya. Musa
berkata: 'Mengapa kamu melubangi perahu itu yang akibatnya kamu menenggelamkan
penumpangnya? Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar.'
Dia (Khidir) berkata: 'Bukankah aku telah berkata: 'Sesungguhnya kamu
sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku.' Musa berkata: 'Janganlah kamu
menghukum aku kerana kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku dengan sesuatu
kesulitan dalam urusanku.' Maka berjalanlah keduanya; hingga tatkala keduanya
berjumpa dengan seorang anak, maka Khidir membunuhnya. Musa berkata: 'Mengapa
kamu membunuh jiwa yang bersih itu, bukan kerana dia membunuh orang lain?
Sesungguhnya kamu telah melakukan suatu yang mungkar.' Khidir berkata:
'Bukankah sudah kukatakan kepadamu, bahawa sesungguhnya kamu tidak akan sabar
bersamaku?' Musa berkata: 'Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu sesudah
(kali) ini, maka janganlah engkau memperbolehkan aku menyertaimu, sesungguhnya
kamu sudah cukup memberikan uzur kepadaku.' Maka keduanya berjalan; hingga
tatkala keduanya sampai kepada penduduk suatu negeri, mereka minta dijamu
kepada penduduk negeri itu, tetapi penduduk negeri itu tidak mau menjamu
mereka, kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang
hampir roboh, maka Khidir menegakkan dinding itu. Musa berkata: 'Jikalau kamu
mau, nescaya kamu mengambil upah untuk itu.' Khidir berkata: 'Inilah perpisahan
antara aku dengan kamu. Aku akan memberitahukan kepadamu tujuan
perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya. Adapun bahtera itu
adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan aku bertujuan
merosakkan bahtera itu, kerana di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas
tiap-tiap bahtera. Dan adapun anak itu maka kedua orang tuanya adalah
orang-orang mukmin dan kami khawatir bahawa dia akan mendorong orang tuanya itu
kepada kesesatan dan kekafiran. Dan kami menghendaki supaya Tuhan mereka
mengganti bagi mereka dengan anak yang lebih baik kesuciannya dari anaknya itu
dan lebih dalam dari kasih sayangnya (kepada ibu dan bapaknya). Adapun dinding
rumah itu adalah kepunyaan anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta
benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya seseorang yang soleh, maka
Tuhanmu menghendaki supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan
simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu
menurut kemahuanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang
kamu tidak dapat sabar terhadapnya.'" (QS. al-Kahfi: 71-82)
Hamba soleh itu
menyingkapkan dua hal pada Musa: ia memberitahunya bahawa ilmunya, yakni ilmu
Musa sangat terbatas, kemudian ia memberitahunya bahawa banyak dari musibah
yang terjadi di bumi justru di balik itu terdapat rahmat yang besar. Pemilik
perahu itu akan menganggap bahawa usaha melubangi perahu mereka merupakan suatu
bencana bagi mereka tetapi sebenarnya di balik itu terdapat kenikmatan, yaitu
kenikmatan yang tidak dapat diketahui kecuali setelah terjadinya peperangan di
mana raja akan memerintahkan untuk merampas perahu- perahu yang ada. Lalu raja itu
akan membiarkan perahu-perahu yang rosak. Dengan demikian, sumber rezeki
keluarga-keluarga mereka akan tetap terjaga dan mereka tidak akan mati
kelaparan. Demikian juga orang tua anak kecil yang terbunuh itu akan menganggap
bahawa terbunuhnya anak kecil itu sebagai musibah, namun kematiannya justru
membawa rahmat yang besar bagi mereka kerana Allah s.w.t akan memberi
mereka—sebagai ganti darinya—anak yang baik yang dapat menjaga mereka dan
melindungi mereka pada saat mereka menginjak masa tua dan mereka tidak akan
menampakkan kelaliman dan kekufuran seperti anak yang terbunuh. Demikianlah
bahawa nikmat terkadang membawa sesuatu bencana dan sebaliknya, suatu bencana
terkadang membawa nikmat. Banyak hal yang lahirnya baik ternyata justru di
balik itu terdapat keburukan.
Mula-mula Nabi Allah
s.w.t Musa menentang dan mempersoalkan tindakan hamba Allah s.w.t tersebut,
kemudian ia menjadi mengerti ketika hamba Allah s.w.t itu menyingkapkan
kepadanya maksud dari tindakannya dan rahmat Allah s.w.t yang besar yang
tersembunyi dari peristiwa-peristiwa yang terjadi.
Selanjutnya, Musa
kembali menemui pembantunya dan menemaninya untuk kembali ke Bani Israil.
Sekarang, Musa mendapatkan keyakinan yang luar biasa. Musa telah belajar dari
mereka dua hal: yaitu ia tidak merasa bangga dengan ilmunya dalam syariat
kerana di sana terdapat ilmu hakikat, dan ia tidak mempersoalkan
musibah-musibah yang dialami oleh manusia kerana di balik itu terdapat rahmat
Allah s.w.t yang tersembunyi yang berupa kelembutan-Nya dan kasih sayang-Nya.
Itulah pelajaran yang diperoleh Nabi Musa as dari hamba ini. Nabi Musa
mengetahui bahawa ia berhadapan dengan lautan ilmu yang baru di mana ia
bukanlah lautan syariat yang diminum oleh para nabi. Kita berhadapan dengan
lautan hakikat, di hadapan ilmu takdir yang tertinggi; ilmu yang tidak dapat
kita jangkau dengan akal kita sebagai manusia biasa atau dapat kita cerna
dengan logik biasa. Ini bukanlah ilmu eksperimental yang kita ketahui atau yang
biasa terjadi di atas bumi, dan ia pun bukan ilmu para nabi yang Allah s.w.t
wahyukan kepada mereka.
Kita sekarang sedang
membahas ilmu yang baru. Lalu siapakah pemilik ilmu ini? Apakah ia seorang wali
atau seorang nabi? Majoriti kaum sufi berpendapat bahawa hamba Allah s.w.t ini
dari wali-wali Allah s.w.t. Allah s.w.t telah memberinya sebahagian ilmu laduni
kepadanya tanpa sebab-sebab tertentu. Sebahagian ulama berpendapat bahawa hamba
soleh ini adalah seorang nabi. Untuk mendukung penyataannya ulama- ulama
tersebut menyampaikan beberapa argumentasi melalui ayat Al- Quran yang
menunjukkan kenabiannya.
Pertama, firman-Nya:
"Lalu mereka
bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-ham- ba Kami, yang telah Kami
berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya
ilmu dari sisi Kami."
Kedua, perkataan Musa
kepadanya:
"Musa berkata
kepadanya: 'Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang
benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?' Dia menjawab:
'Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku. Dan
bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan
yang cukup tentang hal itu ?' Musa berkata: 'lnsya-Allah kamu akan mendapati
aku sebagai orang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu
urusan pun.' Dia berkata: 'Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu
menanyakan kepadaku tentang sesuatu pun, sampai aku sendiri menerangkannya
kepadamu,'" (QS. al-Kahfi: 66-70)
Seandainya ia seorang
wali dan bukan seorang nabi maka Musa tidak akan berdialog atau berbicara
dengannya dengan cara yang demikian dan ia tidak akan menjawab kepada Musa
dengan jawapan yang demikian. Bila ia bukan seorang nabi maka bererti ia tidak
maksum sehingga Musa tidak harus memperoleh ilmu dari seseorang wali yang tidak
maksum.
Ketiga, Khidir
menunjukkan keberaniannya untuk membunuh anak kecil itu melalui wahyu dari
Allah s.w.t dan perintah dari-Nya. Ini adalah dalil tersendiri yang menunjukkan
kenabiannya dan bukti kuat yang menunjukkan kemaksumannya. Sebab, seorang wali
tidak boleh membunuh jiwa yang tidak berdosa dengan hanya berdasarkan kepada
keyakinannya dan hatinya. Boleh jadi apa yang terlintas dalam hatinya tidak
selalu maksum kerana terkadang ia membuat kesalahan. Jadi, keberanian Khidir
untuk membunuh anak kecil itu sebagai bukti kenabiannya.
Keempat, perkataan
Khidir kepada Musa:
"Sebagai rahmat
dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemahuanku sendiri.
" (QS. al-Kahfi: 82)
Yakni, apa yang aku
lakukan bukan dari doronganku sendiri namun ia merupakan perintah dari Allah
s.w.t dan wahyu dari-Nya. Demikianlah pendapat para ulama dan para ahli zuhud.
Para ulama berpendapat bahawa Khidir adalah seorang Nabi sedangkan para ahli
zuhud dan para tokoh sufi berpendapat bahawa Khidir adalah seorang wali dari
wali-wali Allah s.w.t.
Salah satu pernyataan
Khidir yang sering dikemukakan oleh tokoh sufi adalah perkataan Wahab bin
Munabeh, Khidir berkata: "Wahai Musa, manusia akan diseksa di dunia sesuai
dengan kadar kecintaan mereka atau kecenderungan mereka terhadapnya
(dunia)." Sedangkan Bisyir bin Harits al-Hafi berkata: "Musa berkata
kepada Khidir: "Berilah aku nasihat." Khidir menjawab:
"Mudah-mudahan Allah s.w.t memudahkan kamu untuk taat kepada-Nya."
Para ulama dan para ahli zuhud berselisih pendapat tentang Khidir dan setiap
mereka mengklaim kebenaran pendapatnya. Perbezaan pendapat ini berhujung
pangkal kepada anggapan para ulama bahawa mereka adalah sebagai pewaris para
nabi, sedangkan kaum sufi menganggap diri mereka sebagai ahli hakikat yang mana
salah satu tokoh terkemuka dari ahli hakikat itu adalah Khidir. Kami sendiri
cenderung untuk menganggap Khidir sebagai seorang nabi kerana beliau menerima
ilmu laduni. Yang jelas, kita tidak mendapati nas yang jelas dalam konteks
Al-Quran yang menunjukkan kenabiannya dan kita juga tidak menemukan nas yang
gamblang yang dapat kita jadikan sandaran untuk menganggapnya sebagai seorang
wali yang diberi oleh Allah s.w.t sebahagian ilmu laduni.
Barangkali kesamaran
seputar peribadi yang mulia ini memang disengaja agar orang yang mengikuti
kisah tersebut mendapatkan tujuan utama dari inti cerita. Hendaklah kita berada
di batas yang benar dan tidak terlalu jauh mempersoalkan kenabiannya atau
kewaliannya. Yang jelas, ketika kami memasukkannya dalam jajaran para nabi
kerana ia adalah seorang guru dari Musa dan seorang ustaz baginya untuk
beberapa waktu.