KISAH
NABI ILYAS A.S.
Beliau adalah seorang utusan Allah
s.w.t. Telah terjadi pertentangan antara beliau dan kaumnya tentang berhala
yang bemama Ba'l. Nabi Ilyas menyeru di jalan Allah s.w.tdan mengajak kaumnya
tetapi kaumnya mengabaikannya. Mereka cenderung kepada Ba'l.
Selesailah halaman kehidupan dunia
dan mereka dihadirkan di hadapan Allah s.w.tpada hari kiamat. Allah s.w.t
menceritakan hal tersebut dalam firman-Nya:
"Dan sesungguhnya Ilyas
termasuk salah seorang dari rasul-rasul. (Ingatlah) ketika ia berkata kepada
kaumnya: 'Mengapa kamu tidak bertakwa? Patutkah kamu menyembah Ba'l dan kamu
tinggalkan sebaik-baik Pencipta, yaitu Allah Tuhanmu dan Tuhan bapak- bapakmu
yang terdahulu?' Maka mereka mendustakannya, kerana itu mereka akan diseret (ke
neraka), kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan (dari dosa). Dan Kami
abadikan untuk Ilyas (pujian yang baik) di halangan orang-orang yang datang
kemudian. (Yaitu) kesejahteran dilimpahkan atas Ilyas? Sesungguhnya demikianlah
Kami memberi balasan hepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya dia
termasuk hamba-hamba Kami yang beriman." (QS. ash-Shaffat: 123-132)
Hanya ayat-ayat yang pendek ini yang
Allah s.w.t sebutkan berkaitan dengan kisah Nabi Ilyas. Dan pendapat yang
paling kuat adalah pendapat yang menyatakan bahawa Ilyas adalah seorang Nabi
yang bernama Ilya dalam Taurat. Injil Barnabas mengemukakan nasihat-nasihat
Ilya. Tentu nasihat-nasihat tersebut tidak begitu terkenal dalam Taurat. Kami
akan menyebutkan nasihat-nasihat tersebut kerana di dalamnya terdapat hikmah
yang dalam dan ketulusan hati. Pesan tersebut terdapat dalam injil Barnabas
dari ayat 23 sampai ayat 49. Disebutkan di dalamnya bahawa
"Ilya adalah hamba Allah. Hal
ini ditulis bagi semua orang yang menginginkan untuk berjalan bersama Allah
Pencipta mereka. Sesungguhnya orang yang suka untuk banyak belajar maka ia akan
sedikit takut kepada Allah. kerana orang yang takut kepada Allah maka ia akan
merasa puas untuk mengetahui apa-apa yang diinginkan Allah saja. Hendaklah orang-orang
yang menginginkan untuk mengerjakan amal-amal yang soleh memperhatikan diri
mereka kerana seseorang tidak akan memperoleh manfaat ketika mendapati dunia
mendapatkan keuntungan sementara ia mendapati kerugian. Selanjutnya, hendaklah
orang yang mengajari orang lain berusaha untuk lebih baik daripada orang lain
kerana tidak akan bermanfaat suatu nasihat yang diberikan oleh orang yang tidak
mengamalkan apa yang dikatakannya. Sebab, bagaimana seorang yang salah dapat
memperbaiki kehidupannya sementara ia mendengar seorang yang lebih buruk
darinya berusaha untuk mengajarinya. Kemudian hendaklah orang yang mencari
Allah berusaha lari dari percakapan dengan manusia kerana Musa ketika berada
sendirian di atas gunung Saina' maka beliau menemukan Allah dan berdialog
dengan-Nya sebagaimana seorang pencinta berdialog dengan kekasihnya. Dan
hendaklah orang-orang yang mencari Allah berusaha keluar sekali setiap tiga
puluh kali ke tempat yang biasa di jadikan perkumpulan oleh masyarakat dunia.
kerana boleh jadi ia dapat melakukan suatu amal pada satu hari saja namun
dihitung amalnya itu selama dua tahun, khususnya berkaitan dengan pekerjaan
yang di situ ia mencari ridha Allah. Hendaklah ketika ia berbicara tidak
melihat ke arah mana pun kecuali ke arah dua kakinya, dan ketika ia berbicara
hendaklah mengatakan hal yang penting saja. Hendaklah ketika ia makan tidak
berdiri dari meja makan dalam keadaan kekenyangan. Dan hendaklah mereka
berpikir setiap hari kerana boleh jadi mereka tidak akan menemui hari
berikutnya. Dan hendaklah mereka benar-benar memanfaatkan waktu mereka
sebagaimana mereka selalu bernafas. Hendaklah satu baju dari kulit binatang
cukup untuk mereka. Hendaklah mereka setiap malam berusaha untuk tidur tidak
lebih dari dua jam. Hendaklah mereka berusaha berdiri di tengah-tengah salat
dengan rasa takut.
Kerjakanlah semua ini dalam rangka
mengabdi kepada Allah s.w.t dengan menjunjung tinggi syariat-Nya yang Allah
s.w.t kurniakan kepada kalian melalui Nabi Musa. kerana dengan cara seperti
ini, kalian akan menemukan Allah s.w.t dan kalian akan merasakan pada setiap
zaman dan tempat bahawa kalian berada di bawah naungan Allah s.w.t dan Dia akan
selalu bersama kalian." Demikianlah apa-apa yang disebutkan dalam injil
Barnabas melalui tulisan Ilya. ?