KISAH
NABI IDRIS A.S.
Allah s.w.t berfirman:
"Dan ceritakanlah
(Hai Muhammad kepada mereka kisah) Idris (yang tersebut)di dalam Al-Qur'an.
Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang rasul. Dan
Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi." (QS. Maryam: 56-57)
Kita tidak mengetahui
bila Nabi Idris hidup dan kepada kaum siapa dia diutus dan bagaimana Allah
s.w.t mengangkat darjatnya pada kedudukan yang tinggi.
Menurut dongeng kuno
disebutkan bahawa Nabi Idris adalah Uzairis, salah seorang pahlawan Mesir kuno.
Beliau dianggap sebagai Tuhan berhala. Izis, isterinya memainkan peranan
penting dalam mengembalikannya pada kehidupan. Kami tidak memiliki suatu sumber
yang otentik yang dapat kami percaya untuk meneguhkan pendapat seputar Nabi
Idris.
Barangkali Idris
adalah seorang Nabi yang dermawan dan mulia dan diutus di Mesir, lalu Allah
s.w.t mengangkatnya di sisi-Nya seperti Nabi Isa Ibnu Maryam. Ketika beliau
diangkat, terjadilah berbagai macam isu dan fitnah seputar beliau dan kemudian
beliau dijadikan sebagai Tuhan. Dan barangkali ada versi lain seputar kisah
itu.
Yang jelas Al-Qur'an
al-Karim tidak menyingkap kesamaran yang berhubungan dengan Nabi Idris. Yang
kami ketahui hanya bahawa beliau adalah seorang yang jujur, yang terpercaya,
dan seorang Nabi. Allah s.w.t mengangkatnya ke darjat yang tinggi di sisi-Nya.
?
Nabi Idris a.s Bersama
Malaikat Izrail
Suatu ketika Nabi
Idris a.s telah dikunjungi oleh Malaikat Izrail dan bertanya Nabi Idris a.s
katanya: "Hai malaikat Izrail, engkau datang ini untuk mencabut nyawa atau
untuk menziarah?." Kata Malaikat Izrail aku datang untuk menziarah dengan
izin Allah. Kata Nabi Idris kepada Malaikat Izrail: "Hai Malaikat Izrail,
saya ada keperluan dan kepentingan kepadamu" Kata Malaikat Izrail
"Kepentingan apa itu?" Jawab Nabi Idris "Kepentingan denganmu
iaitu supaya engkau mencabut nyawaku dan kemudian Allah menghidupkan kembali
sehingga aku dapat beribadah kepada Allah setelah aku merasakan
sakaratulmaut". Kata Malaikat Izrail sesungguhnya aku tidak akan mencabut
nyawa seseorang melainkan mendapat izin Allah. Maka Allah memberi wahyu kepada
kepada Malaikat Izrail agar dia mencabut nyawa Nabi Idris, maka seketika itu
Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Maka Malaikat Izrail menangis
atas kematian Nabi Idris sambil memohon kepada Allah agar Allah menghidupkan
kembali Nabi Idris a.s.
Kemudian Allah
mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka Nabi Idris hidup kembali. Malaikat
Izrail bertanya kepada Nabi Idris as. "Hai saudaraku, bagaimana rasanya
sakaratulmaut itu?. Kata Nabi Idris a.s "Sesungguhnya rasa sakaratulmaut
itu saya umpamakan binatang yang hidup itu dilapah kulitnya (dibuang kulitnya
semasa hidup-hidup) dan begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu kali
sakit."
Kata Malaikat Maut:
"Secara halus dan berhati-hati aku mencabut nyawa yang seperti itu
selama-lamanya." Kemudian Nabi Idris a.s berkata lagi pada Malaikat Maut:
"Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengan engkau iaitu saya ingin
melihat Neraka Jahanam sehingga saya boleh beribadah kepada Allah dengan
bersungguh-sungguh setelah melihat belenggu, rantai-rantai dan kala jengking
yang menyengat orang-orang yang ada di Neraka Jahanam." Kata Malaikat Maut
"Bagaimana saya boleh pergi ke Neraka Jahanam tanpa izin Allah".
Mala Allah memberi
wahyu kepada Malaikat Maut dengan firman: "Pergilah engkau ke Neraka
Jahanam bersama-sama Nabi Idris a.s". Malaikat Maut pun pergi ke Neraka
Jahanam bersama-sama Nabi Idris kemudian Idris melihat segala macam seksaan
yang diciptakan Allah untuk musuh-musuhNya yang berupa belenggu, rantai-rantai
daripada neraka dan kala jengking serta ular dengan api-api yang menyala dan
kayu zakum dan air yang sangat panas untuk diminum oleh ahli neraka tersebut.
Setelah kembali Nabi Idris berkata lagi kepada Malaikat Maut. "Hai
Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengamu iaitu saya ingin melihat syurga
sehingga saya boleh tambah meningkatkan amal ibadah," maka Malaikat Maut
berkata "Bagaimana boleh saya bersamamu ke dalam syurga tanpa izin
Allah." Maka Allah memberi izin pada Malaikat Maut untuk pergi berdua dan
berhenti dekat pintu syurga.
Maka Nabi Idris
melihat di dalamnya nampak bermacam-macam nikmat dan istana besar lagi indah
dan beberapa anugerah yang berharga, juga tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan
yang beraneka warna dan rasanya berbeza-beza. Nabi Idris berkata "Hai
saudaraku, saya telah merasakan sakitnya sakaratulmaut, saya telah melihat
Neraka Jahanam yang didalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan azab neraka maka
mohonlah engkau kepada Allah agar Allah mengizinkan saya untuk masuk syurga dan
minum airnya agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di tenggkorakku ini dan
juga terhindar daripada seksaan Neraka Jahanam.
Maka Malaikat Izrail
minta izin kepada Allah lalu mengizinkannya, kemudian masuklah meraka berdua ke
alam syurga lalu keluar. Kemudian Nabi Idris masuk lagi ke dalam syurga dan
meletakkan seliparnya di bawah pokok kayu di dalam syurga. Maka Nabi Idris
berkata kepada Malaikat Izrail "Hai Malaikat Maut, selipar saya tertinggal
didalam syurga di bawah pokok kayu, maka kembalikanlah saya ke dalam
syurga," maka Nabi Idris masuk ke syurga dan tidak mahu keluar lagi dari
syurga. Maka berteriaklah Malaikat Izrail memanggil Nabi Idris agar keluar dari
syurga. "Hai Idris, keluarlah engkau dari syurga." Maka Nabi Idris
pun tidak mahu keluar Allah s.w.t telah berfirman "Tiap-tiap orang mesti
merasakan sakaratul maut, sedang saya sudah merasakan sakaratulmaut. Dan Allah
s.w.t berfirman lagi maksudnya: "Tidak ada diantara kamu sekelian kecuali
mereka itu memasuki (neraka/syurga) sedang aku pernah memasuki neraka dan Allah
pun juga berfirman lagi maksudnya: "Dan tidaklah mereka itu
dikeluarkannya". (keluar daripada syurga).
"Siapakah yang
mengeluarkan saya dari syurga" sedangkan Allah telah memberi wahyu kepada
malaikat Maut. "Tinggalkanlah dia (Nabi Idris) sesungguhnya Aku telah
memutuskan dia di zaman azali dahulu bahawa sesungguhnya dia (Nabi Idris)
tergolong ahli dan penghuni syurga."
Dan Allah telah
berfirman kepada rasul-rasulNya tentang kisah Nabi Idris dalam firmanNya yang
bermaksud. "Dan ingatlah olehmu cerita-cerita dalam kitab Nabi Idris
a.s dan seterusnya."