بِــــــسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيـــمِ

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG DI STIKOM MUHAMMADIYAH BATAM - RAIH MASA DEPANMU BERSAMA STIKOM MUHAMMADIYAH BATAM - TERDEPAN - MODEREN - DAN - ISLAMI, - KALAU ADA KRITIKAN YANG MEMBANGUN SILAKAN DIKIRIMKAN KE KAMI - DAN TERIMAKASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

Selasa, 16 Desember 2014

TAHAP ILMU RASA



Tahap Ilmu Rasa


Ilmu rasa itu, ada tujuh tahap atau tujuh makam.

1) Maqam taubat
2) Maqam wara’
3) Maqam zuhud
4) Maqam fakir
5) Maqam sabar
6) Maqam tawakkal
7) Maqam ridho
Ketujuh-tujuh tangga (maqam) itu, adalah melibatkan penyucian hati secara kesufian (pemurnian hati secara makrifat). Tujuh pemurnian hati diatas, adalah penyusian hati mengikut turutan tertib dari satu maqam kepada suatu maqam.
Setiap tangga penyusian hati itu, adalah bertujuan untuk sampai kepada tahap tercapainya “pembebasan hati dari segala ikatan dunia”. Bertujuan untuk mencipta kedudukkan atau suasana hati yang tidak lagi terpandang makhluk!.
Suasana hati orang-orang yang berada didalam ketujuh-tujuh maqam tersebut itu, adalah orang yang memandang bahawa setiap apa yang dicipta oleh Allah dan setiap apa yang belum tercipta itu, tidak lagi beharga dihatinya. Tidak beharga itu, seumpama tertanggalnya sehelai bulu romo dari tubuhnya!. Tamak kepada dunia atau tertilik hati kepada makhluk itu, merupakan mata pedang yang sedang membunuh kehidupan para sufi!.
Kehidupan seorang ahli makrifat atau seorang ahli sufi itu, adalah orang yang merdeka jiwanya dari tertilik makhluk!. Untuk menikmati ketujuh-tujuh tangga ilmu rasa itu, adalah mereka-mereka yang sanggup membelakangi selain Allah secara mutalak atau membelakagi dunia secata total. Rasa makrifat kepada Allah itu, “tidak boleh dimadu” dengan mahluk!. Rasa ingat kepada Allah itu, tidak boleh dimadu dengan ingat kepada makhluk!.
Tidak mungkin tercapai hati seseorang untuk sampai kepada tahap penyucian hati dari ikatan atau belenggu dunia, selama dunia atau selama sifat makhluk ini masih terlekat dihatinya!. Untuk meyisihkan hati dari tertakluk kepada dunia itu, hendaklah melalui tujuh maqam rasa atau tujuh martabat rasa!. Selepas melalui tujuh maqam taubat itu, barulah datangnya ilmu “rasa”.
Beza rasa orang awam berbanding rasa orang makrifat itu, adalah
Rasa makrifat orang awam itu, adalah diatas dasar “terlepas dari dosa-dosa”. Manakala rasa makrifat orang makrifatullah itu, adalah diatas dasar “tidak lalai dari mengigati Allah!”.
Untuk sampai atau untuk melalui ketujuh-tujuh anak tanggak atau tingkatan maqam rasa, hendaklah melalui tujuh peringkat.
1) Rasa Melalui Taubat.
Perkara taubat itu, bukan sahaja diajar oleh agama Al-Quraan, malahan diajar juga oleh agama-agama Injil, Taurat dan Zabur. Semua 4 kitab terdahulu memulakan ilmu dengan upacara taubat.
Taubat Orang Awam
Taubat bagi golongan orang-orang awam (golongan feqah) itu, adalah dengan melafaskan ucapan penyesalan. Sesal pelangaran atau ketidak patuhan kepada perintah Allah. Dengan menghentikan “seketika” perkara-perkara yang mendatangkan dosa. Dengan berjanji untuk menghentikan seketika dan berjanji untuk tidak megulangi doda buat “seketika”. Bilamana gagal memenuhi sumpahnya, lalu mereka memuhun ampun pada Tuhan. Bertaubat orang awam sebanyak 67 kali satu hari, namun mengulangai berbuat dosa sebanyak 167 kali satu hari. Bertaubat lagi dan buat lagi, ini taubat golongan orang awam (orang yang berilmu syariat atau feqah).
Taubat Orang Makrifat.
Manakala taubat bagi golongan yang berilmu makrifat atau yang berilmu hakikat itu, adalah bertaubat mereka atas kelalaian terhadap Allah Taala. Dipandang berdosa besar kiranya mereka lupa, lalai atau alpa kepada Allah walaupun sesaat!.
Taubat orang makrifat itu, adalah bererti mengalamani “mati didalam hidup!”.
Dari Mana Asal Datangnya Dosa, Sehingga Memaksa Kita Bertaubat?
Dosa itu, bukan sesuatu perkara yang baru dan dosa itu, bukan pendatang yang terjadi kemudian!. Dosa atau pahala itu, sesungguhnya datang secara semulajadi bersama-sama dengan diri kita sedari azali!.
Segala perbuatan yang mendatangkan dosa atau pahala itu, adalah datangnya dari ketetapan Allah. Untuk membuang atau untuk mendatangkan dosa itu, sesungguhnya adalah datannya dari Allah. Kita selaku makhluk yang dijadikan, tidak berdaya untuk mendatang atau membuangkan dosa!. Untuk itu, mari kita serahkan diri kepada Allah, semoga diri tidak lagi menanggung dosa!.
Bukan hanya pahala datangya dari Allah, sesungguhnya dosa dan taubat juga adalah datangnya daripada Allah!. Taubat, dosa atau pahala itu, sesungguhnya adalah datangnya dari anugerah atau datangnya dari kurnia Allah. Taubat itu, sesungguhnya anugerah Allah. Datangnya taubat itu, sesungguhnya adalah dari Allah kepada manusia, tidak dari manusia kepada Allah. Datangnya perasaan penyesalan atau tercetusnya perasaan menyesal itu, adalah dari Allah, bukan datangnya dari diir sendiri!.
Jika boleh saya bertanya kepada tuan, siapakah yang menjadikan diri kita dan siapakah yang menjadikan perbuatan kita?. “Wallah hu Kholakokum, Wamatakmalun” (Aku jadikan kamu dan apa-apa yang kamu perbuat). Sesungguhnya taubat itu, bukan datangnya dari diri kita, tetapi datangnya dari Allah. Taubat yang datangnya dari Allah itulah, yang dikatakam sebenar-benar taubat!.
Bilamana taubat itu datangnya dari diri kita, itulah makanya setiap 67 kali bertaubat yang masih melakukan dan mengulangi perkara yang sama itu adalah 167 kali. Iaitu banyak mengulangi dari yang bertaubat.
2) Maqam wara’.
Wara’ itu, adalah meninggalkan perkara yang syubhat. Iaitu meninggal atau menjauhi segala perkara yang belum jelas atau perkara yang belun nyata, samaada dalam hal yang haram atau yang halal.
Didalam Islam wara’ itu, adalah langkah kedua sesudah taubat!, menandakan bahawa Wara’ itu, adalah suatu perkara yang penting bagi menerbit pembenaan mental untuk membersih hati dari ikatan dunia.
Wara’ itu, ada dua tingkat;
1) Pertama: wara’ dari segi zahir.
Erti wara’ dari segi zahir itu, adalah tidak bergerak, kecuali bergeraknya kita itu, adalah hanya untuk beribadah kepada Allah dan hanya untuk taat kepada ketetapan Allah.
2) Kedua adalah wara’ batin atau warak hakiki.
Erti wara’ hakiki itu, adalah bilamana tidak masuk dalam hatinya kercuali Allah Taala.
Wara’ itu adalah meninggalkan perkara-perkara yang berbau syubhat (perkara yang belum jelas) kepada perkara yang sudah jelas, terang, nyata dan diyakini. Orang wara’ itu, adalah orang melakukan perbuatan ibadah dengan benar-benar mengenal Allah Taala. Bukannya ibadah yang sekadar memperlakunkan atau ibadah dibuat-buat sebagai memenuhi tuntutan budaya, tanpa mengenal siapa yang disembah!.
Wara’ itu, adalah orang mengerjakan sesuatu ibadah dengan jelas terlihat, terpandang dan tertilik Allah dalam setiap pekerjaan ibadah yang dilakukan. Tahu dari mana datanngnya ibadah dan tahu pula siapa yang mengerjakan ibadah!. Orang wara’ itu, adalah orang yang tahu bahawa datangnya ibadah itu, adalah dari Allah dan yang mengerjakan ibadah itu, adalahjuga bukan dirinya!.
Ibadah oranng wara’ itu, bukan dari Allah kepada Allah atau dengan Allah. Perkataan dari Allah, kepada Allah dan dengan Allah, semua itu hanyalah perkataan istilah!. Istilah itu, adalah perkataan yang sekadar memberi makna, tidak memberi kenyataan. Untuk mengelak beribadah dengan hanya sekadar beristilah, kita hendaklah membuang perkataan istilah dari Allah, kepada Allah atau beserta dengan Allah.
Beribadahnya orang wara’ itu, adalah beribadah yang bukan datangnya dari perkataan dari Allah, kepada Allah atau beserta Allah, sudah tidak ada istilah perkataan dari, kepada atau besereta Allah, tetapi ibadah mereka-mereka yang benar-benar wara’ itu, adalah ibadah hanya Allah, Allah, Allah………………………………
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian, cuba tuan-tuan dasarkan atau asaskan perbuatan ibadah tuan-tuan, apakah datangnya kerajinan ibadah kita itu, datangnya dari diri sendiri?. Apakah ada kuasa kita untuk mengerjakan ibadah, jika tidak sedia tertulis dan jika tidak sedia terecatat dari semulajadi di dalam kitab luh mahfuz?. Cuba jawab?…………………………….
Ibadah atau amal kita itu, bukan datangnya dari rajin atau usaha kita, tetapi datangnya dari Allah!. Wara’ itu, adalah perkara yang tidak masuk dalam hatinya kecuali Allah, Allah dan Allah……………………………………..
3) Maqam Zuhud
Zuhud itu ertinya, tidak tamak, tidak mengutamakan atau tidak berkeinginan kepada kepada balasan, upah, imbuhan atau ganjaran!.
Dalam maqam zuhud, kita dikehendaki menjauhi dari perkara-perkara syubhat (perkara-perkara yang mendatangkan was-was). Manakala didalam perkara zhud pula, kita diasas atau didasarkan kepada tidak tamak kepada dunia, tidak harap kepada balasan, ganjaran atau inbuhan dari pekerjaan amal ibadah yang kita kerjakan!.
Zuhud itu, selalunya kita sasarkan kepada menjauhi atau tidak berkeinginan kepada perkara-perkara dunia sahaja tetapi menurut sudut pandang ilmu makrifat. Zuhud itu, adalah termasuk kepada perkara-perkara akhirat seperti balasan syurga atau takutkan neraka!.
Zuhud itu, selalunya kita hanya disogok atau diperdengarkan kepada perkara-perkara dunia sahaja. Seumpama menghindari diri dari berkeinginan kepada perkara-perkara keduniaan. Ada yang sampai tidak mahu pakai kereta, ada yang sampai tidak mahu beli sofa (sanggup duduk atas lantai) dan ada yang sanggup berhenti dari bekerja dengan kerajaan, katanya wang gaji dari kerajaan itu, datangnya dari hasil perkara shubhat. Ada yang menjauhi diri atau mengasingkan diri daripada bergaul dengan masyarakat!.
Ada yang mendakwa bahawa hanya dengan cara menjauhi diri dari dunia dan dari masyarakat sahaja yang membolehkan kita berzuhud!. Dengan menolak terus keduniaan. Ada yang sanggup tidak beli talivisian dan membiarkan anak isteri tidak tengok TV. Ada yang sanggup me;lihat rumahnya tidak ada sofa, semata-mata untuk berzuhud.
Zuhud itu, bukan dengan menolak pakai baju ala Melayu dengan memakai baju ala-ala Afghanistan!. Zuhud itu, bukan berdiri didepan orang ramai dengan mengeluarkan kayu sugi!. Uhud itu, bukan dengan memakai jubbah atau sarban. Buykan dengan cara menarik diri untuk tekun beribadah atau menghindarkan diri dari berkeinginan menikmati kelazatan hidup didunia!.
Zuhud Menurut Sudut Pandang Ilmu Makrifat
Zuhud menurut sudut pandang ilmu makrifat itu, bukan sahaja perkara-perkara sebagaimana yang tersebut diatas. Zuhud menurut pandanngan ilmu makrifat itu, adalah “kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput atau dari apa yang terlepas dari kita” dan “ Kamu jangan terlalu bergembira terhadap apa yang diberikanNya kepada kita”.
Firman: 57 : 23
Orang zuhud itu, tidak bergembira dengan adanya dunia dan tidak berduka cita dengan adanya akhirat. Pengertian atau tafsiran zuhud itu, tidak sahaja berkisar kepada menghindari kelazatan atau kenikmatan hidup didunia sahaja. Kebanyakkan ulamak hanya selalu mengetegahkan cerita-cerita zuhud yang berat sebelah dan hanya condong kepada tafsiran feqah. Dengan menceritakan seumpama contoh cerita Abu Sulaiman Al- Darani, katanya sufi itu;
“sufi itu, suatu ilmu yang sehingga tidak boleh untuk mengenakan (untuk membeli) kain suf dengan wang ditangan 3 dirham untuk membeli barang yang beharga 5 darham”.
Cerita-cerita seumpama ini, hanya mengisahkan perkara untuk meniunggalkan dunia. Sedangkan siapakah yang menceritakan dengan cerita-cerita tentang untuk tidak melupa dan melalikan Allah?. Siapa yang memandang zuhud dari sudut Allah?, siapakah yang memperjuangkan Allah, melainkan rata-rata yang kita temuai, hanya memperjuangkan zuhud dunia dengan langsung tidak meyentuh zuhud Allah.
Sedangkan menurut sudut pandang atau menurut tafsiran ilmu makrifat, zuhud itu, adalah menghendaki supaya kita menghindari sesuatu selain Allah.
Barang siapa yang ingin tahu lebih lanjut dan lebih mendalam, mari ikut saya kita sama-sama mengharungi, menyeberangi dan menghayati ilmu makrifat Tok kenali. Maksud, erti dan makna sebenar-benar zuhud itu, adalah bilamana sampai kepada tahap “tidak ada lagi yang hendak dizuhud”. Jika masih ada perkara-perkara yang hendak dizuhudkan, tandanya masih ada dunia, bilamana masih ada dunia, ertinya jauh dari Allah, bilamana jauh dari Allah bermakna belum berzuhud.
Jika masih duduk dalam keadaan berzuhud (membuang dunia), bererti dunia masih ada terlekat pada tubuh akalnya!. Selagi berpaut hati pada keberadaan dunia, selagi itu belum berzuhud. Zuhud itu, setelah tidak lagi berpaut hati pada dunia. Inilah yang dikatakan zuhud, mengikut fahamanan ilmu makrifat.
Zuhut itu, hanya bagi mereka-mereka yang belum nyata Allah. Dunia dan diri bagi orang makrifat itu, sudah lama terkubur dan terkaram dalam wajah Allah, yang tidak ada apa lagi hendak dizuhudkan!. Setelah Allah nyata dalam hatinya, sudah tidak ada lagi yang hendak dizuhudkan.
Saya ulangi sekali lagi bahawa, zuhud bagi orang feqah itu, adalah bererti mengasingkan diri dari kehidupan dunia untuk bertekun kepada ibadah dan menjalankan latihan rohani, seumpama menjalankan ibadah puasa, menjaga makan minum, berzikir dan sebagainya, demi memerangi keinginan hawa nafsu.
Adapun zuhud orang makrifat itu, adalah bererti tidak lagi ingat selain Allah.
4) Maqam Faqir
Mengikut tafsiran ilmu feqah, fakir itu adalah miskin. Meskin seumpama tidak punya wang, rumah, tanah tidak punya makanan untuk dimakan dan sebagainya.
Manakala fakir menurut suluhan ilmu makrifat itu, adalah mengosongkan seluruh fikiran dan harapan dari kehidupan masa kini dan kehidupan yang akan datang dan tidak menghendaki serta tidak berkeinginan apapun kecuali Allah!. Fakir yang lenyap sifat kesedaran keberadaan diri sendiri selain Allah.
Fakir menurut suluhan makrifat itu, bukan merujuk kepada fakir miskin yang tidak punya harta atau wang ringgit. Fakir itu, boleh terjadi kepada seorang jutawan, seorang Raja atau seorang yang memiliki bank sendiri. Fakir itu, bukan ukurannya pada wang ringgit!. Fakir yang sebenar-benar fakir itu, adalah orang yang bilamana hatinya tidak kepada yang lain selain Allah. Fakir itu, adalah orang yang tidak membutuh, berkeinginan atau tidak berkehendak kepada sesuatu apapun selain Allah!.
Untuk memahami sifat fakir, mari kita imbas kembali sifat wara’. Wara’ itu, adalah tidak masuk kedalam ingatan hatinya kecuali Allah. Manakala zuhud itu, adalah meninggalkan sifat keakuan, meninggalkan sifat makhluk dan sifat dunia kepada segala-galanya terlihat, ternampak dan tertilik Allah.
Adapun sifat fakir itu, bukanya fakir dari segi kekurangan wang ringgit!. Yang dimaksudkan fakir dari sudut suluhan ilmu makrifat itu, adalah fakir dari terlihta adanya sifat keberadaan diri atau masih ada sifat keakuan!. Tidak punya apa-apa termasuk tidak berkeinginan dan tidak berkehendak selain Allah!.
5) Maqam Sabar
Kita sambung nanti ya.....
ada di dalam KITAB MAKRIFAT TOK KENALI